Ada beberapa sebab munasabah untuk hibernasi. Pertamanya serabut dengan perkara ubah suai dapur sejak dua bulan kebelakang. Kedua, serabut oleh urusan pembetulan tesis (alhamdulillah telah selesai semuanya). Ketiga, serabut dengan perkara pindah randah tempat kerja tuan inspektor. Mujurlah telah terbiasa oleh kesibukan, keserabutan dan kejutan dalam satu masa. Tidak ketinggalan segala khabar angin yang terkadang lucu serta tidak masuk akal. Rasanya semakin tenang mengawal turun naik emosi. Kadang-kadang Akademi Fantasia dan filem Hindustan memang tepat menggambarkan kehidupan sebenar.

Naik dan turun adalah graf yang paling normal. Itu bukti kita hidup.

Mendatar bererti mati.

Terusan meningkat? Mungkin tanda jantung akan meletup. Hah!

Ditambah dengan urusan pernikahan kaklong bulan depan, rencana lain bolehlah disusun pada hujung Mei. Selain poket yang agak ‘lesu’ sumbangan acara ubah suai dapur yang disebut pada perenggan satu, tahun ini bolehlah duduk-duduk sahaja di sekitar Lembah Klang sambil menebus kembali masa berkualiti yang telah dikorbankan. Tapi itu hanya perancangan. Selalunya Allah SWT ada agenda yang lebih misteri. Lebih bermakna pastinya.

Apa pun yang telah berlalu, sesal tak perlu ada.

Apa pun yang akan berlaku, semoga redha Allah ada bersamanya.

saya: lively

Related posts:

Sambungan part 1.

Dari airport terus ke hotel. 360 Urban Resort Hotel – Executive 2 bedroom apartment (RM 349.00 nett). More info di sini.

Tingkat sembilan. Keluar lif terus nampak.

.

Hall ringkas dan luas. Tak ada karpet. Lantai marble. Sejuk sangat. Kalau tak pakai stokin/selipar, memang meloncat2 nak berjalan.

.

Ada meja study. Ada tepon. Ada port internet, tapi tak try pun.

.

1st room. Di conquer oleh makwan and the geng.

.

Bathroom ada 3. Setiap bilik ada satu, dan satu lagi kat hall.

.

2nd room. Bilik ini menghadap view sungai sarawak.

.

Ini tempat paling disukai. Dapur! Barang asas dapur disediakan termasuk kuali, senduk, pinggan mangkuk, cawan sudu, termos, sabun dan span basuh pinggan.

.

Ya, peti sejuk dua pintu dan microwave. Terbaek! Oh ye, laundry boleh dilakukan di level 6/12 (tak sure). Ada washing machine dan dryer yang bayar guna coin tu.

.

Dining.

.

Stok makanan. Kami masak sendiri.

.

Tukang masak dan tukang karut.

.

Luas (dan bersepah).

.

Cafe. Buffet breakfast adalah standard. Price RM15/per head kot?

.

.

Secara keseluruhan, kami sangat sukakan penginapan ini. Rasa macam kat rumah sendiri. Sesuai untuk yang bercuti dengan family. In fact, rasanya kami lebih banyak menghabiskan masa di penginapan berbanding jalan-jalan. :D

saye: bercuti di Kuching adalah aktiviti berhoghok2 dengan family di Kuching. Love them!

 

 

Related posts:

1.

Naaa… belum register phd lagi. Belum.

Inilah akibat mengumpat. Fakta yang disebarkan dari mulut ke mulut memang boleh ke laut.

Doktor?

Fuh!

Amin…………………..

.

2.

Saya rasa ramai di antara kita pernah main game ‘cerita berantai’. Biasanya game ni dibuat masa camping, kursus, orientasi, bengkel, training, team building dan yang sewaktu dengannya. Dalam game ini, satu teks akan diberi kepada seorang peserta. Peserta ini akan bertindak sebagai peserta pertama dan dikehendaki menceritakan semula teks berkenaan kepada peserta yang kedua. Peserta yang kedua pula perlu menyampaikan kepada peserta yang ketiga, dan begitulah seterusnya. Peserta yang terakhir kemudian dikehendaki menceritakan semula input yang diperoleh. Dan selalunya apa yang disampaikan oleh peserta terakhir ini sangat jauh berbeza berbanding cerita asal.

Masa darjah 6, saya pernah main game ini dalam satu kumpulan yang besar. Lebih kurang 100++ orang. Kata kunci yang perlu disebarkan ketika itu ialah “ayam”. Di pertengahan rantaian peserta itu, sebaran telah menjadi “diam-diam, nanti cikgu marah!”.

Kesian “ayam”. Yang paling kesian adalah cikgu itu. Sape suruh buat game macam ni pukul 1 pagi?

.

3.

Ketika dalam latihan di Pulapol, Iszrole mendapat kecederaan lutut yang dipanggil sebagai “meniskus tear”. Kekerapan berulang ke HKL bagi menjalani rawatan fisioterapi dan temu janji pakar secara tidak langsung menimbulkan sangsi satu (atau mungkin beberapa) pihak di Pulapol. Iszrole juga berulang kali dipersoalkan kenapa beliau selalu mendapat privilege dari HKL (entah apa privilege-nya saya pun taktau). Bagi melengkapkan spekulasi sendiri, sang speculator ini mengandaikan isteri Iszrole yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej universiti kesihatan pasti ada connection dengan doktor2 di HKL. Walhal sekiranya sang speculator yang merupakan seorang anggota polis terlatih dan berpengalaman ini cuba menyelidik perkara sebenar, beliau akan mendapati bahawa spekulasi beliau itu adalah melucukan kerana hakikatnya saya sang isteri Iszrole ini merupakan seorang pensyarah teknologi maklumat!

Jangan kan kata doktor HKL, pegawai teknologi maklumat di mana2 jabatan kerajaan pun saya tak kenal.

Cerita berantai memang hebat. Bayangkan, kalau permulaannya pun dengan sebuah spekulasi yang berunsur fitnah, bagaimana pula dengan corak sebarannya? Itu baru cerita pekerjaan isteri Iszrole dan connection-nya dengan doktor2 HKL. Belum lagi cerita isteri Iszrole berkrisis dengan OC Kompeni F, isteri Iszrole bercakap buruk dengan kakitangan Kompeni F, isteri Iszrole selalu telefon Kompeni F, isteri Iszrole itu, isteri Iszrole ini… ya isteri Iszrole ini terkenal tahu? Beliau menghantui Pulapol!

Sila tabik spring kepada saya.

Rantaian cerita itu rupanya belum berhenti meski latihan telah tamat awal Januari lalu. Terkini, ada seorang kakitangan Bukit Aman bertanya kepada Iszrole;

“Isrol, wife kau doktor kan?”

.

*mari ketawa besar-besaran

.

Yes sahab, tak lama lagi la tu. Cuma bukan doktor perubatan ye sahab. Kang ramai pulak yang mampus akibat salah makan ubat!

saye: ayat skema? Peralihan kepada bahasa bijaksana ;-)

Related posts:

Buku yang paling senang nak baca. Cepat dan mudah. Tak perlu banyak fikir, tak perlu mengulang perenggan, tak perlu bukak Kamus Dewan. Pendek kata, senanglah!

Itulah Almad Al Kebab. Karya Wan Azlan – sebuah novel parodi, baca tak kering gusi.

credit gambar kepada KakWa (kakaknya dr. sudugarpu)

.

Akhir-akhir ini, istilah parodi jadi terkenal. Atau aku yang rasa macam ia baru terkenal? Menurut Kamus Dewan Online, parodi adalah karya sastera, seni, dsb yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara yg meĀ­lucukan atau menyindir.

Novel ini bermula dengan watak Dimanosajo, seorang warga Thailand yang menjalankan perniagaan kebab sebagai punca rezeki di Kota Permaisuri. Unsur parodi hanya muncul dengan meluas (dan jelas) selepas terhentinya (seketika) watak Dimanosajo yang awalnya disangkakan sebagai watak utama dalam karya ini.

Parodi bermain di sekitar watak Sediakawal, Sakurakura, Sihuruhara, Mergastura, Murrahan dan Sifar. Kambing menjadi burung unta. Pening lalat menjadi Tahi Lalat. Sayuran menjadi ikan. Pintu menjadi perut (penyebab kepada munculnya Al Kebab).

Ya. Ahmad Al Kebab memparodikan Ahmad Albab.

Selain sesuai sebagai bacaan pelbagai peringkat umur, Ahmad Al Kebab boleh menjadi permulaan bagi yang mahu bermula atau mahu kembali berjinak2 kepada naskah penuh teks. Lambakan pilihan di toko buku adalah satu isyarat kepada kita untuk kembali kepada asas, kembali kepada kaedah tradisi sebagai sumber pencerahan. Iya, itupun setelah mendahulukan ayat-ayat Tuhan di dalam naskah Al Quran. Ayuhlah, resam dunia pun tak disuruh untuk tidak dipedulikan.

Mari jadi manusia lively.

saye: siapa kita untuk memandang rendah dan melabel hidup orang lain sebagai tunggang langgang? Tegurlah sikapnya, bukan hidupnya.

Related posts:

Kembali dari USS Februari lepas, masing-masing kemaruk nak bercuti lagi. Dan ianya mestilah a family trip. Dalam family kami, kalau feeling2 nak honeymoon ataupun nak bikin trip anak-beranak sendiri (baca: suami-isteri-anak2), memanglah susah untuk direalisasikan. Sebab akan pasti datang unsur-unsur godaan yang akhirnya akan menjadikan perancangan percutian 5 orang menjadi berbelas orang (rujuk Berkubang @ Legend International Water Homes PD). Malah percutian Fraser’s Hill hampir 3 tahun dulu pun terpaksa warning dan highlight ‘honeymoon’ berkali-kali.

Rancangan Kuching Trip bermula dengan promosi RM10 AirAsia. Masa ni Isrol baru je dapat offer ke Pulapol. Mengikut jangkaan, date yang kami booking ni suppose Isrol dah tamat latihan. Tapi nak buat macam mana, nama pun perancangan manusia.

Secara kasar, harga return tiket seorang adalah RM103. Ini termasuk harga tambang (RM10x2), airport tax (RM7.50×2), insurance (RM9x2), dan pre purchase baggage 15kg (RM25x2). Kalau tolak baggage dan insurance, harga return tiket adalah hanya RM35.

Trip kali ini melibatkan 7 dewasa, 3 kanak2 bawah 12 tahun dan 1 infant. Twin kena tinggal. Tak seswai nak dibawa berjalan sangat. Lagipun masa beli tiket bulan Februari lepas, twin ni belum lahir pun. Untuk infant, harga tiket tak dapat harga promo. Harga dia statik RM50. Macam tak aci la pulak kan. Dah la tade sit, kena pangku. Alih2 tiket lagi mahal pulak.

Untuk perjalanan pergi-balik Kajang-LCCT, kami chater satu van. Senang, tayah pening2 fikir pasal parking.

Kanak-kanak riang memang macam ni. Dari semenanjung sampai ke kuching, kalo tak berebut sit memang tak sah. Err yang tengah tu ketua dia. Paling kuat mengalah jenisnya.

.

Ini taiko rombongan. Nak anggap macam maskot pun boleh jugak. Kalo bab bergambar, memang dia yang conquer. Nak buat macam mana, anugerah Ilahi katanya.

.

Yang tengah dan paling depan itu adalah pengurus itinerary. Selain boss dan banker, beliau juga adalah satu2nya warga separuh emas.

.

Pemilik blog, anak dan entiti terselit di belakang.

.

Sampai kat LCCT, terus buat kaunter check in. Mudah sebab dah buat web check in kat rumah beberapa hari sebelum. Jadi tinggal uruskan baggage saje. Settle, terus masuk terminal.

Wajah keriangan anak-beranak sebab tak payah mengelek, mendukung dan melayan kerenah twin yang ditinggalkan.

.

Mem-bajet duit yang akan dihabiskan.

.

Excitement tiga beradik yang first time naik flight.

.

Taiko duduk sit mahal. Al maklumlah, oversize. Kenalah layanan first class.

.

Minah ini tido b4 takeoff dan bangun hanya selepas landing.

.

Sesampai di Kuching International Airport. Kak long snap this foto sebab tu dia xde dlm gambar. Hanya Toktak dan Abg Ashraff je lelaki. Isrol terkurung d pulapol… burn tiket dia, cuti Bang long (Amer) plak xlulus….

.

Abang baju hitam di sebelah kanan itu adalah driver merangkap tourist guide kami sepjg di Kuching. Namanya Syaza..sangat gentle dan very co-operative… antara factor happening-nya trip kali ini. Oh ya, kat sana pun kami charter van. Kos sehari RM280. Boleh dapat diskaun bergantung pada keadaan.

.

Restoran where we have our 1st lunch. Untuk makan2, kami bayar RM30/sehari setiap orang pada bendahari (Puan Kak Long). Maka setiap kali sesi makan, puan bendahari yang akan uruskan. Yang lain-lain order dan melantak saje. Easy!

.

To be continued…. – part 2

saye: berhabuk entri ni dalam draf. Mencari masa dan mood untuk siapkan n publish.

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments