“Educators of the world, thank you for pouring your heart and soul in educating the future generations. Happy Teacher’s Day! Enjoy your special day.”
SMS dari fizza menjadikan sambutan 16 Mei tahun ini berbeza dari yang sebelumnya. Lucu tetapi berbangga. Seloroh emak, guru itu terlalu ramai jumlahnya, terlalu luas pengertiannya. Sepatutnya tidak dipanggil Hari Guru, tetapi Hari Pendidik.
Pendidik, satu kerjaya bukan pilihan saya dan keluarga. Namun hari ini saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya menjawat satu jawatan kerjaya yang mulia. Ketika menerima tawaran kerjaya ini lagi saya sudah bertitah kepada diri, menjadi pendidik bukan kerjaya yang bermotifkan keuntungan. Niat perlu dimurnikan. Saya tahu saya tidak akan kaya-raya dengan menjadi pendidik. Tetapi satu yang saya yakini, keikhlasan sepanjang menjalankan tanggungjawab dalam bidang ini akan memuliakan wang ringgit dari keringat yang berjuang untuk meninggikan martabat anak bangsa dari sudut ilmu. Syukurlah.
Sempena hari yang istimewa ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan cinta yang murni kepada semua guru-guru dan pensyarah yang pernah mendidik saya secara langsung ataupun tidak. Semoga segala niat dan amalan yang mulia akan memberikan hasil yang baik serta mendapat keberkatan dan rahmat dari Ilahi. Syabas guru. Selamat Hari Guru.
saye: cikzu, kita jadik cikgu akhirnya… huhu
Related posts:
Comments



iyolah cikwie,, sape sangke kann?.
*slmt ari pendidik* ehhe
slmt ari pendidik 2u2… ehehehe
aku pun cikgu kt driving skul
eceych chekgu… amacam? suda kurus mengejar murid2 mu? miahaha
aku xyah kejar. dorg gerun kt aku. heheh
Selamat hari pendidik …ups dah tlambat la weh…<<<wie, Mit and diri daku
selama hari guru widura..
er.. cikgu ngajar kat mana sebenarnya ni?
selamat hari guru ina… tak sabar nak tgk ina naik pelamin…
err… cikgu ni ngajar kat cheras… hehehe… kat much @ masterskill uni college of health sciences…
ai, bukan ke ko tgh buat msc? ke keje kt masterskill tu part time?
yep… aku kije kat much full time n wat msc part time (tapi status aku kat ukm ful time…) huhuhu
[...] ruang ini, pernah aku katakan dulu (sini).. guru itu terlalu ramai jumlahnya, terlalu luas pengertiannya. Dari seawal pelajaran pertama ~ [...]