Lambakan spam pada ruangan komen sememangnya merencatkan kelancaran aktiviti blogging berbayar. Saya malas memikirkan jalan membanteras kemasukannya secara aktif melainkan hanya melabelkan setiap satunya sebagai parasit ancaman dengan harapan sistem pengurusan server mahupun cms sedia ada berkemampuan menepisnya dengan apa cara sekalipun.

HELLO WORLD! Dua minggu ini saya telah sedikit cergas. Kau orang tak perlu bersedia untuk melawat blog ini selalu-selalu kerana saya tidak langsung bernafsu untuk mengemaskininya dengan teruja. Agenda utama terkini adalah mengurangkan stress dan meningkatkan kadar hormon gembira dalam menghadapi hari-hari baru.

Ramadhan 1430 tidak begitu terasa kerana 2 bulan kebelakangan ini selera makan merudum tanpa belas. Dehidrasi akibat puasa dan cuaca panas melampau hampir menjejaskan semula sebahagian sistem badan. Bagi mengelakkan jangkitan dan kemelaratan, kau orang boleh memilih yang paling tidak mudarat di antara dua mudarat. Faham maksud saya? Kalau dah tak sihat tu tak usah le puasa, kang tak pesal-pesal sakit sendiri pastu menyusahkan orang. Wuwuwu.

Pertemuan kembali dengan cik ISmellMe membolehkan flu saya bermukim lebih lama di dalam badan akibat kurang rehat yang disebabkan oleh program *bertabatop. Terima kasih kepada beliau kerana menjadi jururunding pakaian luar dan dalam yang tidak bertauliah. Enjoy beb, lama gilak tak ronggeng ngan ko. Semoga Cik IsmellMe akan lebih sukses sebagai cikgu hyper yang berjiwa kanak-kanak dan semoga diposting ke daerah sederhana maju bagi mengekalkan kejelitaan kulit yang dikehendaki berseri di hari bahagia kelak. Cewah. Kata emak, kita tidak ada kabel menteri yang besar-besar tetapi kita ada kabel yang lebih besar dari segala-galanya – iaitu Allah!

Kemaskini di sisi Ramadhan dan 31 Ogos, saya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan korang semua seisi keluarga. Semoga bahagia dan ceria selalu.

saya: sedikit kemajuan pada emosi dan berat badan :)

*rujuk WIDURA.ORG DICTIONARYpada sidebar di sebelah kanan laman

 

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments