Setiap kali utusan seri paduka baginda ni masuk perut postbox, aku rasa cam ada petir berdentum-dentum atas kepala, kilat sabung-menyabung, cuma ujan lebat je yang tak turun-turun.

Ini bukan cerita hantu dalam erti kata hantu yang sebenar.

Al kisah, atas keperihatinan kerajaan selangor, bulan-bulan awal aku duk kat umah skang ni, bil air kami selalunya tak lebih rm10. Sehinggalah mac lepas.

Mula-mula bil datang rm50++. Tergezut gak la… tapi duk pk2, may be bulan sebelum tu umah kami bwat kenduri. Possible la kot bil naik. Tapi kalu ikutkan, takkan sampai rm50? Bulan-bulan lepas tu, warga rumah bertambah, bil pun bukan main join sekaki naik. Tapi dengan angka-angka yang semakin lama semakin tidak boleh diterima akal. Umah kami bukannya ada swimming pool, jauh sekali waterfall yang airnya mencurah 24-7. Hallo?

Maka, bermacam-macam teori pun dikeluarkan oleh pakar-pakar maintenance and plumbing dalam umah. Antara teori yang terbukti tepat ialah pelampung tangki rosak. Oleh kerana tak percayakan kebolehan makhluk Tuhan  paling seksi merangkap satu-satunya lelaki dewasa dalam umah, kami pun panggil plumber. Dia punya charge, melampau tak ingat haa…. Mentang-mentang la kami ni nampak nerd and sengal bab-bab plumbing, ada ke dia charge rm300++, kunun barang kualiti bla bla bla. Sib bek makhluk Tuhan paling seksi tu turut dianugerahkan Tuhan ngan akal dan sifat kerajinan jitu pada hal-hal berkaitan, sempat survey kejap kat kedai hardware, harga barang ganti tu cuma rm20! Wohoi! Sib bek belum bayor, and after drama argue-argue depan umah, baru le plumber ampeh tu turun rege. Tu pun kami kena bayor rm100. Ikutkan kalu upah plumber + barang ganti baru je dalam rm60. Haih!

Hatta, bil air tetap tak pernah susut. Menambah dan meninggi dari bulan ke bulan.

 

Kami kehabisan teori.

Tepon Syabas.

Syabas antar pembaca meter.

Encik pembaca meter mengeluarkan teori separa mahir – oleh kerana meter tetap berjalan walaupun sume paip dalam umah ditutup, maka disuspek paip bawah tanah pecah.

Encik pembaca meter bagi satu senarai plumber berdaftar dengan Syabas.

Kami pun kol satu-satu. Ingat nak bagi bisnes pada encik-encik plumber dari syarikat melayu. Takde satu yang mahu… apa dah berlaku pada melayu? Korang tahu?

Kami compare rege dengan 2-3 plumber cina. At last decide amek yang satu ni. Instal paip baru, sume skali rm1400.

Hatta, pressure air kat umah kami menjadi bagus.

Tapi bil air dah tertuggak. Beratus jumlahnyer. Huuu~. Pasai monthly kami bayar sket2. Ingat buleh instalment. Ada ke? Ngeh!

Sampailah bulan pose ari tu, utusan seri paduka baginda dah ada cop PERINGATAN! Nak potong air katanya. Jahat! Jahat! Padahal 2-3 hari sebelum tu baru je bayor rm100 tru maybank2u.

Kami pun terhegeh ke Syabas. Siap kena scan suhu badan sebelum masuk bangunan…H1N1… uh!

Langsai sume.

Agaknya masa bayor kat Syabas tu, amount yang masuk tru maybank2u tu tak masuk lagi kat Syabas. Meaning, kami bayor terlebey suda.

Utusan seri paduka baginda terbaru.

Bagus kan?

saya: ambek kau!

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments