Archive for 2009
Saya pernah menulis entri ini pada April 2009 lalu (pada blog terdahulu) yang mengundang perbezaan pendapat di antara pembaca. Hingga kini pendirian dan prinsip saya tetap utuh dan sama. Sempena bulan bahasa kebangsaan ini, saya post kembali entri ini. Selamat membaca (kalau rajin
)
PENGKHIANAT BANGSA YANG BANGSAT
Pesanan sebelum membaca: sila jangan terasa kalau kau orang tak ada kena-mengena. Ini cuma luahan saya yang beremosi.
Saya memang emosi dengan isu PPSMI. Saya memang marah kepada makhluk2 yang mempertahankannya. Pedulik hape orang kata saya poyo. Siapa yang tidak emo kalau bahasa ibunda (baca IBUNDA = ibu) dipijak-pijak dan dinafikan haknya. Walau atas alasan apa sekalipun, meminggirkan bahasa ibunda serupa seperti meminggirkan ibu kandung sendiri.
Iya, saya menulis entri ini kerana marah. Seronok menulis apabila emosi mengepalai akal kerana idea tidak perlu dicari. Ia memenuhi kotak marah, tinggal dimuntah-muntah biar kena pada orang yang disasar.
Ini satu metafora….
Kau orang mesti punya ayah. Ayah yang menjadi sebab lahirnya kau orang, yang menjaga kau orang, yang berpenat lelah, berisau susah membesarkan kau orang. Sampai masa, kau orang ada ayah angkat. Itu tak apalah, tidak salah. Tetapi kemudian kau orang lebihkan ayah angkat. Sebab ayah angkat kaya, banyak duit, banyak ilmu, banyak kenalan dari golongan bagus-bagus. Kau orang secara sedikit-sedikit lupakan ayah kandung. Abaikan ayah kandung. Sebab ayah kandung tidak lagi menguntungkan. Tidak lagi memanfaatkan. Kau orang kejam tapi kau orang rasa itu tidak salah sebab hidup ini perlu ke hadapan. Ayah kandung adalah masa silam meskipun dia banyak berjasa. Ayah angkat adalah masa depan sebab dia ada segala-galanya. Kau orang derhaka tapi kau orang tak peduli. Kau orang masih rasa ia tidak salah.
Kau orang punya ibu. Ibu yang mempertaruhkan nyawa demi melahirkan kau orang. Ibu yang memberi susu dari badannya, yang mendidik dan bersengkang mata demi kau orang. Sampai masa kau orang ada bini. Kau orang rasa tanggungjawab kepada bini besar, maka kau orang lebihkan bini. Kau orang sedikit-sedikit lupakan ibu. Kau orang rasa ibu tidak secantik bini kau orang. Kau orang rasa ibu tidak membahagiakan sebagaimana bini kau orang. Kau orang anggap bini lebih pandai sebab dia masuk universiti. Kau orang lama-lama bosan dengan ibu. Kau orang pun mula meracuni ibu perlahan-lahan. Kau orang membunuh ibu secara paling tersembunyi. Kau orang kejam tapi kau orang tak peduli. Kau orang fikir buat apa bebankan hidup dengan ibu yang tidak lagi kau orang perlukan? Kau orang berdosa tetapi kau orang tak kisah sebab kau orang anggap hidup ini adalah pilihan kau orang dan kau orang rasa itu tidak salah.
Tamat metafora….
Menyokong pelaksanaan PPSMI bagi saya menunjukkan kau orang menghalalkan pemusnahan bahasa ibunda kita secara terhormat. Iyalah, PPSMI kan usaha menteri-menteri cerdik pandai. Mula-mula matematik dan sains, lepas itu?
Hei, kau orang fikir semua perkataan sains dan teknologi itu wujud dalam bahasa inggeris sejak zaman nabi Adam ke? Kau orang ingat perkataan download, upload, spam, firewall dan segala mangkuk hayun tu wujud sebelum Al-Quran diturunkan ke? Hari ini kau orang tidak tahu apa itu download di dalam Bahasa Malaysia. Besok-besok anak kau orang tidak tahu apa itu fraction di dalam Bahasa Malaysia. Lusa-lusa, cucu kau orang tidak tahu apa itu one two three dalam Bahasa Malaysia. Masa itu baru nak terhegeh-hegeh nak rombak sistem pendidikan kah?
Sifat bahasa itu sentiasa berkembang. Sama dan seiring dengan berkembangnya teknologi. Cuba kau orang baca surat khabar atau tonton berita dalam Bahasa Malaysia. Ada tak dia orang tulis atau sebut perkataan download? Tak ada tau! Yang ada ialah muat turun. Itu bermakna bahawa perkataan itu bukannya tidak ada. Ia ada dan diwujudkan seperti perkataan yang sama diwujudkan dalam Bahasa Inggeris. Cuma penggunaanya tidak meluas menyebabkan saya dan kau orang buta bahasa kebangsaan sendiri. Sampaikan nak tulis tesis dalam bidang sains dan teknologi di dalam bahasa kebangsaan pun rasa susah dan lebih mencabar berbanding menulis di dalam Bahasa Inggeris. Habis tu kalau semua tesis dalam Bahasa Inggeris, macam mana nak ada hasil kajian dalam Bahasa Malaysia? Habis dah semua penyelidik ralit menulis hasil kajian dalam Bahasa Inggeris saje? Kalau nasib baik, adalah yang peka sedikit untuk terus membuat terjemahan kepada versi Bahasa Malaysia. Padanlah bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa ilmu. Golongan bijak pandai pun tak mahu guna.
Pelaksanaan PPSMI memang kurang ajar. Saya tidak mahu membuka muka surat sejarah pada kala Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu ketika zaman kegemilangan Melayu Melaka. Sebab orang akan kata itu dulu. Dulu dulu dulu. Habis buat apa kita belajar sejarah? Cuma nak melengkapkan matapelajaran sekolah? Itulah kau orang tak suka subjek baca-baca. Matematik tak payah baca dan lebih perlu untuk menongkah arus perubahan masa. Sains lebih praktikal sebab keperluan masa kini yang lebih menyeluruh… itu kata kau orang. Bukan kata saya.
Kalau orang Jepun dan Korea tergagap-gagap berkomunikasi dalam bahasa inggeris, kenapa mereka tetap mengungguli dunia dalam banyak hal? Kenapa mereka tetap berjaya? Mereka belajar semuanya dalam bahasa ibunda. Sehingga dunia sendiri terpaksa mempelajari bahasa mereka untuk membongkar rahsia-rahsia mereka. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kau orang mungkin tidak sedar bahawa semakin ramai anak-anak muda Malaysia termasuk dari keluarga Melayu tulen sudah tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda dengan baik. Cakap dalam Bahasa Malaysia tersangkut-sangkut tetapi bangga tidak fasih bahasa itu. Well, i sound silly when i speak in Malay. Podah! Ingat bagus sangat? Saya lebih hormat kepada orang yang fasih Bahasa Inggeris ala-ala British, American dll tetapi dalam masa yang sama begitu fasih dalam bahasa kebangsaan masing-masing.
Penerapan nilai budaya perlu dilakukan sejak zaman sekolah. Percaya tak kau orang kalau saya kata murid darjah 5 kini tidak tahu siapa bapa kemerdekaan? Dan kau orang sendiri kenalkah siapa sasterawan negara kita yang pertama? Kau orang kisah tak berapa ramai rakyat tempatan yang pakar dalam pelbagai bidang sudah pun berkhidmat di negara lain? Jika penerapan nilai budaya gagal diterapkan kini, habis mahu cantas lagi nilai bahasa yang sedia ada? Kau orang tak ada otak ke?
Bahasa Inggeris boleh dipelajari dan digunakan tetapi penggunakan Bahasa Malaysia wajar dioptimum. Selepas memasuki alam universiti, mahu atau tidak pelajar akan menguasai Bahasa Inggeris sewajarnya kerana keperluannya yang luas. Tetapi jika penggunaan Bahasa Inggeris dimaksimumkan sejak zaman sekolah, demi mengejar kehendak semasa, tiada siapa akan peduli untuk mempelajari Bahasa Malaysia. Tolonglah, sekiranya kau orang menghalalkan PPSMI, maka sedikit-sedikit penggunaan Bahasa Malaysia akan pudar. Lama-lama ia luntur dan hilang warna.
Kau orang pandai-pandai kata penulis tempatan yang menulis dalam Bahasa Malaysia tidak berkualiti. Sekurang-kurangnya mereka lebih bersemangat kebangsaan tahu? Inilah impak yang diterima apabila bahasa lain menjadi keutamaan. Rakyat tempatan tidak sudi membaca karya dalam bahasa ibunda kerana tidak ada kelas akibat kegagalan penerapan nilai budaya dengan mencukupi. (Saya sendiri rasa bangga ala-ala poyo kalau membaca novel Inggeris di tempat-tempat awam)
Saya mahu cakap banyak-banyak tapi saya yakin entah berapa kerat yang peduli dengan catatan panjang saya yang tidak ada gambar gedik-gedik dan tidak ada tajuk yang comel-comel. Kalau ada satu dua orang yang pedulik dan mahu baca sampai habis pun tak apalah. Asal isi hati saya dapat luahkan meskipun di medan yang cukup terhad pengunjungnya.
Saya bukannya anti Bahasa Inggeris. Kau orang tahu tak betapa saya panasaran mahu fasih Bahasa Inggeris? Saya tahu kepentingan Bahasa Inggeris. Saya sendiri suka bahasa itu tetapi tidaklah sampai meminggirkan dan menafikan hak bahasa ibunda sendiri. Saya memang patriotik, sebab itu saya marah siswazah tempatan berkhidmat di luar negara. Ke mana perginya semangat mahu berkhidmat untuk anak bangsa sendiri? (Peringatan untuk diri sendiri>>> saya sendiri pernah berhasrat mahu berkhidmat di negara lain kerana bayaran yang lebih lumayan… aduh!). Sedarlah kita semua, jangan kera di hutan disusukan, anak di rumah mampus kelaparan!
Moga saja kemarahan ini tidak mencacatkan hubungan kawan-kawan yang berlainan pendapat dengan saya. Tetapi anggap saje bahawa kita sedang berperang dengan musuh, maka saya sama sekali tidak akan membela kawan yang berdiri di pihak yang salah. Maaf, saya memang patriotik. Malaysia adalah tanah air kebanggaan saya, tanah tumpah darah tercinta. Kalau kau orang tidak suka dan tidak setuju, pergi la mana-mana kau orang suka dan matilah di tanah sana. Saya tidak peduli satu sen pun!
saya: mungkin kau orang tak belajar sejarah malaysia masa dekat sekolah… patutlah!
LAGU BAHASA JIWA BANGSA
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Lagu/Lirik: Dol Ramli
Related posts:
Setiap kali utusan seri paduka baginda ni masuk perut postbox, aku rasa cam ada petir berdentum-dentum atas kepala, kilat sabung-menyabung, cuma ujan lebat je yang tak turun-turun.
Ini bukan cerita hantu dalam erti kata hantu yang sebenar.
Al kisah, atas keperihatinan kerajaan selangor, bulan-bulan awal aku duk kat umah skang ni, bil air kami selalunya tak lebih rm10. Sehinggalah mac lepas.
Mula-mula bil datang rm50++. Tergezut gak la… tapi duk pk2, may be bulan sebelum tu umah kami bwat kenduri. Possible la kot bil naik. Tapi kalu ikutkan, takkan sampai rm50? Bulan-bulan lepas tu, warga rumah bertambah, bil pun bukan main join sekaki naik. Tapi dengan angka-angka yang semakin lama semakin tidak boleh diterima akal. Umah kami bukannya ada swimming pool, jauh sekali waterfall yang airnya mencurah 24-7. Hallo?
Maka, bermacam-macam teori pun dikeluarkan oleh pakar-pakar maintenance and plumbing dalam umah. Antara teori yang terbukti tepat ialah pelampung tangki rosak. Oleh kerana tak percayakan kebolehan makhluk Tuhan paling seksi merangkap satu-satunya lelaki dewasa dalam umah, kami pun panggil plumber. Dia punya charge, melampau tak ingat haa…. Mentang-mentang la kami ni nampak nerd and sengal bab-bab plumbing, ada ke dia charge rm300++, kunun barang kualiti bla bla bla. Sib bek makhluk Tuhan paling seksi tu turut dianugerahkan Tuhan ngan akal dan sifat kerajinan jitu pada hal-hal berkaitan, sempat survey kejap kat kedai hardware, harga barang ganti tu cuma rm20! Wohoi! Sib bek belum bayor, and after drama argue-argue depan umah, baru le plumber ampeh tu turun rege. Tu pun kami kena bayor rm100. Ikutkan kalu upah plumber + barang ganti baru je dalam rm60. Haih!
Hatta, bil air tetap tak pernah susut. Menambah dan meninggi dari bulan ke bulan.
Kami kehabisan teori.
Tepon Syabas.
Syabas antar pembaca meter.
Encik pembaca meter mengeluarkan teori separa mahir – oleh kerana meter tetap berjalan walaupun sume paip dalam umah ditutup, maka disuspek paip bawah tanah pecah.
Encik pembaca meter bagi satu senarai plumber berdaftar dengan Syabas.
Kami pun kol satu-satu. Ingat nak bagi bisnes pada encik-encik plumber dari syarikat melayu. Takde satu yang mahu… apa dah berlaku pada melayu? Korang tahu?
Kami compare rege dengan 2-3 plumber cina. At last decide amek yang satu ni. Instal paip baru, sume skali rm1400.
Hatta, pressure air kat umah kami menjadi bagus.
Tapi bil air dah tertuggak. Beratus jumlahnyer. Huuu~. Pasai monthly kami bayar sket2. Ingat buleh instalment. Ada ke? Ngeh!
Sampailah bulan pose ari tu, utusan seri paduka baginda dah ada cop PERINGATAN! Nak potong air katanya. Jahat! Jahat! Padahal 2-3 hari sebelum tu baru je bayor rm100 tru maybank2u.
Kami pun terhegeh ke Syabas. Siap kena scan suhu badan sebelum masuk bangunan…H1N1… uh!
Langsai sume.
Agaknya masa bayor kat Syabas tu, amount yang masuk tru maybank2u tu tak masuk lagi kat Syabas. Meaning, kami bayor terlebey suda.
Utusan seri paduka baginda terbaru.
Bagus kan?
saya: ambek kau!
Related posts:
Dah berzaman abg asben terpekik2 nyanyi lagu2 Ebiet G Ade… since mula kawin, baru skang aku duk tergedik2 nak mengenali karyawan ini. Time kaceh to abg asben, walaupun abg asben suke layan blues dan drama melayu, kadang2 ada banyak hasil karya yang indah untuk dinikmati.
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya “Mengapa?”
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
saya: kupu-kupu kertas yang lakiku dok terpekik2 tu ebiet juge rupanya… haih patetiknya saye
Related posts:
Raya yang memenatkan… dari tengah ke atas, dari atas ke tengah, dari tengah ke bawah, pastu naik atas sket, patah balik bawah, turun lagi, patah balik atas, atas lagi and finally balik ke tengah kembali. Hari-hari balik malam, hari-hari tido kul 2-3 pagi. Upload gambo kecik-kecik sudah… kalu besar nanti nampak cacat cela… hiii. Terimalah gambo raya saya yang bertambah 7 kilo ini.
kat kuang, kampung mader-in-law
kat muar, kampung fader-in-law
kat kluang and jaybe, bersama my kawan yg gediks and syami yang sibuk nak gambo juge
kluang dan jaybe juge
kat bahau, umah paklong n makngah
Baru pasan kat Temerloh takde gambo langsung… huhuh
saye: baju raya yang tempah awal2 ampeh ar tak le pakai… beli jubah siap saje
Related posts:

Bukanlah sebab Mawi atau Fafau.
Menulis semula kata-kata emak, tontoni filem ini dengan akal.
Rasanya pembuat filem kita sudah berani sedikit-sedikit.
Dunia dan negara hari ini… orang baik yang kena hukum…?!
Tempat yang paling jahat adalah mahkamah…?!
Correct correct correct!
saya: sian tengok kaki Fafau









