Archive for 2009

Kau nak tahu, suatu masa dulu saya memang seorang yang energetic dan motivated. Buktinya penemuan ini.

Kau agak-agak, apa le kejadahnya yang diconteng ke atas kertas-kertas buruk tuh kan? Ada kertas kecik, kertas besar, kertas A4, kertas buku nota sampailah kepada kertas yang hanya diedarkan di dewan peperiksaan termasuk kertas soalannya sekali. Gulp! Dahsyat sungguh saya menulis waktu tuh. Macam ketagih tahap bahaya. Tapi tu semua dulu….

Kau percaya tak yang saya dulu menulis cerpen dengan handwriting saje? Saya pun baru tau! Muahaha! Walaupun tulisan saya tuh tak senonoh mengalahkan tulisan doktor, sekurang-kurangnya saya sungguh prolifik pada waktu itu. Walaupun prolifik dalam erti kata karya eceran itu untuk diterbitkan di dalam fail yang dipasarkan di dalam kabinet selama bertahun-tahun.

Draf pertama cerpen Psikik… Amman – Singapura


Hanya 6 cerpen dan 5 puisi pernah tersiar secara sah. 2 daripadanya hanya menerima bayaran berupa novel popular yang sungguh tak pernah hingin saya nak baca. Karangkraf… nama je syarikat publisher besar, tapi bayar ciput nampak sgt penulis-penulis kat Malaysia ni takde harga. Sob sob… tumpang lalu… emosi sket.

Sebenarnya saya la manusia pemalas yang tak termotivasi untuk terus menulis. Iya, “M” saya lebih besar dari “M” Mc Donald. Nak bwat macam mana? Mc Donald… uh!

 

Menjumpai fail ini setelah 8 tahun, inilah cebisan paling hebat dalam hidup saya… tsk tsk (terharu).

saya: seni itu hidup

 

Related posts:

Lambakan spam pada ruangan komen sememangnya merencatkan kelancaran aktiviti blogging berbayar. Saya malas memikirkan jalan membanteras kemasukannya secara aktif melainkan hanya melabelkan setiap satunya sebagai parasit ancaman dengan harapan sistem pengurusan server mahupun cms sedia ada berkemampuan menepisnya dengan apa cara sekalipun.

HELLO WORLD! Dua minggu ini saya telah sedikit cergas. Kau orang tak perlu bersedia untuk melawat blog ini selalu-selalu kerana saya tidak langsung bernafsu untuk mengemaskininya dengan teruja. Agenda utama terkini adalah mengurangkan stress dan meningkatkan kadar hormon gembira dalam menghadapi hari-hari baru.

Ramadhan 1430 tidak begitu terasa kerana 2 bulan kebelakangan ini selera makan merudum tanpa belas. Dehidrasi akibat puasa dan cuaca panas melampau hampir menjejaskan semula sebahagian sistem badan. Bagi mengelakkan jangkitan dan kemelaratan, kau orang boleh memilih yang paling tidak mudarat di antara dua mudarat. Faham maksud saya? Kalau dah tak sihat tu tak usah le puasa, kang tak pesal-pesal sakit sendiri pastu menyusahkan orang. Wuwuwu.

Pertemuan kembali dengan cik ISmellMe membolehkan flu saya bermukim lebih lama di dalam badan akibat kurang rehat yang disebabkan oleh program *bertabatop. Terima kasih kepada beliau kerana menjadi jururunding pakaian luar dan dalam yang tidak bertauliah. Enjoy beb, lama gilak tak ronggeng ngan ko. Semoga Cik IsmellMe akan lebih sukses sebagai cikgu hyper yang berjiwa kanak-kanak dan semoga diposting ke daerah sederhana maju bagi mengekalkan kejelitaan kulit yang dikehendaki berseri di hari bahagia kelak. Cewah. Kata emak, kita tidak ada kabel menteri yang besar-besar tetapi kita ada kabel yang lebih besar dari segala-galanya – iaitu Allah!

Kemaskini di sisi Ramadhan dan 31 Ogos, saya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan korang semua seisi keluarga. Semoga bahagia dan ceria selalu.

saya: sedikit kemajuan pada emosi dan berat badan :)

*rujuk WIDURA.ORG DICTIONARYpada sidebar di sebelah kanan laman

 

Related posts:

Kutuk la sesesap rasa kerana saya memang buta design. Macam mana la boleh muncul kursus multimedia innovation dalam majoring industrial computing? Sigh!

Illustrator CS3 adalah software yang menyakitkan hati apabila anda tidak dianugerahkan talent sebagai designer. Nasib baik ada live trace. Agak2 lecturer terima tak? Uhuhu……..

Hasil assignment haram tak menunjukkan ciri2 pelajar postgraduate…

 

 

 

saya: tangan kayu

Related posts:

Bismillahirrahmanirrahim

Saya dengan ini memulakan entri terbaru saya dengan tajuk yang terang lagi jujur… update terpaksa. Almaklum, sudah commit pada blog (berbayar plak tuh), maka perlulah ada update. Klu tak berabuk je buat buang space kat dunia maya. Cewah!

First of all, welcome to Cikzu yang baru sahaja menghidupkan sebuah lagi blog d dunia maya bagi mewakili dirinya iaitu I Smell Me (tak le baru benor, aku je yang agak baru tengok). Huhu terasa macam blog tu tribute untuk aku plak. Wawawa. Anyway aku akan sentiasa menyokong ngko (walaupun ternyata aku tak larat nak menyokong berat badan ngko… kuikui) sampai bila-bila. Caiyok!

Masuk hari ni, dah lebih 2 bulan saya jadi manusia yang paling tak produktif dalam dunia. Kerjanya makan, tido, termenung. Oh ye, plus pening, lesu, mengah, loya, muntah dan yang sepekej dengannya. MC yang disubmit ke Human and Capital Management Department dah berkepuk macam bangsa paling pemalas nak pegi keje. Kerja umah, mintak sorry memang hamba tak sanggup melakukannya. Jadi korang boleh bayangkan le betapa antinya saya waima nak meng-turn-on laptop tercinta ini. Ampun!

Baru-baru ni semua warga universiti telah pun pulang ke kampus untuk semester baru. Saya yang dengan bahagianya telah clear 4 paper terdahulu pun turut sama berjuang menyelesaikan coursework yang tinggal seketul ini. Lepas ni azab tesis akan menyerang. Malah sepatutnya Julai lepas dah pun submit proposal namun dek sakit tak berpenyakit saya ini, maka terpaksalah delay saje ke semester depan atau lebih teruk lagi tahun depan. Oyyo, bila nak grad macam neyh? Leceh la. Bila dah sakit-sakit, memang keinginan apa pun tak ada. Rasa nak defer semester pun ada. Tu belum rasa nak unpaid leave n makan gaji buta. Muahaha. Oh Tuhan, tolonglah berikan aku kesihatan dan semangat seadanya.

Virus H1N1 dengarnya pulak dah sampai ke MUCH. Setiap kali masuk kelas saya tanya kuat-kuat… “SEMUA SIHAT? SAPE TAK SIHAT SILA JANGAN DATANG KELAS!!!”. Hello, sape tak takut virus kan? Mintak simpang ya Allah. Jauhilah kami dari penyakit berjangkit.

Ok la, rasanya dah terbayar sikit tugasan menghapdet yang tak termaktub kat  mana-mana kanun undang-undang kuno maupun moden di seluruh dunia ni. Terima kasih kepada semua pembaca yang masih sudi menjenguk blog berabuk saya. Di kesempatan yang terada ini, marilah kita bersama-sama berdoa semoga dijauhkan Tuhan dari segala keburukan yang boleh datang tanpa warning. Semoga kita, ibubapa kita dan anak-anak kita akan sentiasa selamat di bawah lindunganNya. InsyaAllah.

saye: mengah mengah mengah

Related posts:

haih… sangat rindu nak blogging tapi ada halangan2 kesibukan dan kesehatan yang tak mengizinkan aktif macam dulu… wuwuwu… skema tak?

anyway juz nak share some pic hasil holiday 8 hari di medan pada 6-13 june lepas… more pic n story akan dipost later… :)

Ini ialah pemandangan di Danau Toba. Sangat2 cantek dan amazing… macam laut tak bertepi dan sejuk pulak tu.

 

Ini pulak patung2 di Kuburan Tua Raja Sidabutar dan Stone Grave di Tomok, Danau Toba.

 

Peminat filem Indon and karya Habiburrahman El Shirazy… jangan jeles kerana saya berjaya menonton filem ini pada hari pertama tayangannya di Indonesia… confirm best dan sangat memuaskan hati. Jauh lebih hebat dan kualiti berbanding Ayat2 Cinta. Owh!

 

Buku-buku yang sempat shopping di gedung buku di Medan. Puas hati even shop buku lebih banyak dari baju… aiyai!

 

Sempat g pesta kawin adik pada family maid… different!

 

To be continued ok…. :)

Continue di Medan… Laporan Tertangguh

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments