Archive for 2010

Ini tahun sibuk. Sibuk sibuk sibuk.

Selain mengandung, bersalin, berpantang dan menjadi seorang ibu, kerja macam tak ada break. Kerja yang dimaksudkan tidak terhad kepada kerja opis, dan kerja mengajar yang non-stop sebab da upgrade tahun ini kena lecture student degree yang cuma sorang dua (thx to examption), tapi juga kerja-kerja lain yang ada antaranya mendatangkan pendapatan sampingan sedangkan selebihnya mendatangkan rezeki dalam pelbagai bentuk lain yang tak perlu dijelaskan. Perancangan demi perancangan menampakkan progres. Produktiviti meningkat sedikit.

Satu perkara yang menakutkan sepanjang tahun ini ialah tesis master yang tak bergerak-gerak. Setelah defer satu semester sebab bersalin, aku macam susah nak dapat momentum untuk bermula. Stress menjadi-jadi bila terbawak-bawak risau sedangkan effort untuk benda tu tak ditegaskan langsung. Menda ni aku pernah cerita dalam entri positif dulu. Momentum cuma muncul bermula suku tahun terakhir. Lambat-lambat aku tau rupanya kejadian membazirkan semester dengan tak buat apa-apa adalah sesuatu yang normal dan kerap terjadi tak kira di kalangan full time atau part time student. Membuat sesuatu yang bersandar penuh kepada disiplin tanpa ada pemantauan oleh satu mata yang hidup dan concern  terhadap pergerakan kita adalah mimpi ngeri yang hanya sanggup dihadapi oleh mereka yang tak takutkan cabaran dalam melengkapkan diri dengan ilmu (ewah aku ke tu?).

Sedikit demi sedikit juga aku mula sukakan research dan menganggapnya sebagai suatu yang fun instead of mimpi ngeri. Ya, melakukan kajian boleh menjadi suatu perkara fun dengan manfaat yang tidak boleh dinafikan langsung. Ianya merupakan satu pencerahan yang tidak terjangka. Mendekatkan diri dengan ilmu rupanya seperti mendekatkan diri dengan agama. Itu adalah jawapan mengapa kumpulan academician seperti pensyarah terutamanya end up dengan kesederhaan diri dan hidup padahal income masing-masing membolehkan mereka memiliki lebih dari apa yang ditampilkan.

Aku mahu jadi seperti itu.

Patutlah Islam sangat menekankan ilmu. Tapi ada ke agama lain yang menolak ilmu?

Alhamdulillah, kehadiran anak tidak membataskan aku dari cubaan menjadi wanita serba boleh. Malah membolehkan pembaziran terhadap masa dikurangkan. Sibuk, penat, tapi puas meskipun hasilnya buat masa ini cuma jiwa aku sahaja yang boleh rasa.

Perancangan lain akan carry forward. Itu kita cerita masa pembukaan nanti.

Terima kasih 2010. Perancangan manusia dan ketentuan Allah akan terus menemukan satu titik pertemuan yang kadang mengujakan dan kadang sungguh ironi. Namun bukanlah satu pembaziran untuk terus merancang kerana takdir Allah itu terlalu luas pemahamannya.

hasil 2010: profesor

oke yang ni senonoh sket

saye: penutup 2010 adalah macam bless sebab dapat cuti terpijak

Related posts:

Entri makan dedikasi kepada si pemakan-pemakan di dalam dan luar negara. Wada sila jangan meleleh ye. Nanti air liur tu beku dengan salji seoul. Wakaka.

Plan nak balun nasi arab dekat restoran saba cyberjaya terpaksa diubah sebab restoran itu sarat macam tin sardin ditambah dengan sardin2 yang baru datang bersepahan wait to be seated. Macam konpiden sangat pegi al rawsha kat jalan damai. Tapi pun penuh maka dengan senang hatinya kami cross sahaja restoren seberangnya. Al Maghreb.

Ini arab jugak. Morocco. Kawasan yang sama dengan al rawsha, just beberapa meter ke seberang. Masa lalu dekat depan al maghreeb ni, sumpah macam tak laku je restoren ni sebab kalu compare dengan al rawsha, macam nak comparekan kedai makan mamak dengan restoren melayu yang malap. Hoh!

Tapi itu buruk rupa dari kabar. Kabar di dalamnya boleh lempar bintang banyak-banyak.

Keadaan dalam al maghreb ni agak cozy. Even kalau lepak kat luar pun nampak cozy if compare dengan rawsha yang macam warung-warung je. Menu dia pun tak jauh beza. Cuma dari segi price dia up sket dari rawsha aku rasa. Sket je la.

Masa ni memang la satu family tak sihat. Tapi dah nama nak dapat makan free… takdonye nak tolak rezki. Buat aje le muka hepi. Asal boleh makan sampai perut tak ada space lagi.

Ini menu pertama yang sampai. Dipilih oleh tukang belanja yang rezki bonus berganda. Lamb tagine kot nama dia. Kalau dah nama lamb dari tangan arab, memanglah tekstur lembutnya tak boleh dinafikan langsung.

Budak demam yang semakin sukar dikawal. Macam ulat. Tak reti duduk diam. Kadang dah letih memang aku panggil aje, “woi ulat”.

Mandy lamb. Memang mandi aku. Satu pinggan rm28 boleh makan empat orang. Kalau korang perati betul2, ada 2 jenis baryani kat situ. Lamb nye pulak, aduiyai………….. meloncat-loncat aku nak describekan kesedapan dia.

Ni mushroom soup. Tak recommend. Pelik rasa dia. Tawar hebeh. Sape la yang order ni? Tahamak! Sudahnya walaupun tapau pun tak makan jugak.

Encik gebu. Gebu… ye gebu. Datang sekali dengan lamb tangine, mix grill dan kebab.

Mix grill. Ada ayam, kambing dan daging. Sos yang dia bagi tu aku tatau jenis apa tapi rasanya memang lain sket. Tapi sodap sampai rasa nak menangis. Boleh?

Ini kebab kambing kot. Lebih kurang sama je dengan mix grill. Err, memang sama pun.

Arabian Tea. Before that kitorg order moroccan tea. Rasanya arabian tea ni lagi sodap. Sebab dia teh biasa aje cuma tambah pudina. Moroccan tea tu rasa dia agak pelik dan kaler dia lebih light. Tapi sape yang suka, suka la kot.

Cozy kan? Selesa dan tenang. Nak melepak lama-lama dengan family memang seswai sgt. Err untuk makluman para ibu bapa, terdapat juga wanita yang sexy giler bekerja di sini. Tapi bukan belly dancer ye, konpem bukan!

Sedikit cadangan sekiranya makan di sini, lebih baik amek menu yang berbeza bagi setiap orang dan sila jangan tamak. Sebab portion yang diberikan adalah sederhana besar selain makanannya yang terlalu sedap membolehkan korang rasa muak dengan cepat. Tapi kalau bercadang nak tapau aje yang tak abes, ye silakan.

Malam itu pulang dengan perut kenyang, hati senang dan sedikt tapau untuk esok siang. Puas hati berganda. Alhamdulillah.

Untuk map boleh klik sini dan sini.

saye: mari makan

Related posts:

Err… hot…

Kalau ada seorang wanita sebaya yang boleh aku cemburui, ini mungkin adalah orangnya.

Wedding beliau di Dewan Seri Endon Putrajaya memang kool habis. Dewan yang superb cantik, makanan yang banyak dan superb sedap, pelamin yang superb cun, parents n siblings yang superb hot dan of cos pengantin yang superb in and out.

She’s a master holder from Cambridge, penerima anugerah pelajaran diraja, anak seorang yang bergelar datuk ir, a lecturer kat unisel, n now married to a medical doctor… n both of them will fly to oz untuk cont studi lagi.

Dan tak perlu didescribe lagi… dia mmg cun… tanpa perlu grooming berlebihan.

But yet… she’s so damn humble… soft spoken… sederhana, takde langsung nak tunjuk diri best atau bercerita yang best-best atau yang hot-hot belaka… itu yang buat aku rasa nak menangis sangat… huwaaahahahahaha.

Nik Nur Jehan.

She’s not perfect of cos… tapi beliau ada value yang tak dimiliki oleh banyak orang.

Hidup ini pelbagai… itu kebenarannya. Walau siapa pun kita, bersyukur itu sudah pasti perlu. Bersyukur adalah tanggungjawab manusia terhadap pelbagai perkara sebagai asas yang menghasilkan persepsi positif dalam diri masing-masing. Namun syukur tidak akan sempurna tanpa sebuah kesederhanaan.

Sederhana adalah pohon jiwa yang tumbuh dalam diri setiap insan yang tidak pernah jauh daripada penciptaNya. Jiwa yang ditumbuhi pohon kesederhanaan sering akan mencari sebanyak-banyaknya tetapi menggunakan sebatas keperluan.

Bahkan Islam sendiri adalah sebuah agama yang berteraskan kepada nilai kesederhanaan yang tinggi.

Berbalik kepada kenyataan di atas, kalau ada seorang wanita sebaya yang boleh aku cemburui, Nik Nur Jehan mungkin adalah orangnya. Ironinya, tak terbit langsung perasaan cemburu seperti itu, jauh sekali rasa jaki. Sebaliknya, aku rasa ikhlas bersyukur atas terciptanya seorang hawa seindah ini. Semoga beliau berhasil menjadi seorang wanita yang wajar dicontohi.

Hidup kita pilihan kita. Anda mahu yang bagaimana?

saye: ikutlah resmi padi.

Related posts:

Miscellaneous yang seronok dilihat

satu cucu makan kaki, satu cucu sepak pintu, uwan eh tak koso nak buek apo dah

disuruh tido takmau, mengamok, sudah eh terkapar dekat celah kusyen dengan baju berlonggok… sukati ko la bang

tak padan domam nak bagi aksi ottomen… hah ye, lopeh tu tido tak bangun-bangun

dua anak bujang norjana tido dengan agak sopan… sopan oke… at least tidak terkeluar jauh dari koordinat dan paksi

ini dua anak dara hamiza hamidon, asalnya dua kepala dekat utara, tiba pagi aje, kepala masing-masing sudah satu dekat timur, satu dekat barat… anak dara oke…

anak dara ketiga hamiza hamidon… … … err lengkapkan caption ini sendiri

saye: cuti sekolah yang menggamatkan

Related posts:

Dialog melalui sistem pesanan ringkas.

Emak: Beli kue. Lapo.

Aku: Ujan lobek guruh berdontum.

Emak: Mano yg dapek la. Izrol dah balik, guruh bodontum yo, tapi bolom ujan, xnak deh poi boli, kurang asam punyo anak antu.

Anak Antu: (Berfesfuk dalam jamban, dialog tak dapat dikesan)

p/s: dialog dalam slang nogori… sila google translate (kalau ade… ngeheheheheh)

saye: anak antu? laki aku la tuuuuuuuuuuu

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments