Alhamdulillah, dah sebulan pun umur Safi. Berat dari 2.98kg dah naik pada 4.4kg. Mantap bukan? Hahaha. Umminya aje yang tak berapa nak turun berat. Wuwuwu. Skang ni nak tunggu habis tempoh berpantang pulak. Untuk entri kali ni, n beberapa entri akan datang aku akan ceritakan pengalaman masa mengandung, masa bersalin sampai la masa berpantang.
MENGANDUNG
Aku positif pregnant kira-kira lepas 3 tahun kawin. Masa awal perkahwinan, aku masih lagi stadi. Jadi kami planning. After 1 tahun setengah, aku stop amik precaution. Doktor dah bitau, once stop precaution, it will take time dalam 1 bulan hingga 1 tahun setengah untuk kembali subur, depends pada individu. So, aku ni kira amek masa yang paling maximum.
Kisah masa bwat pregnancy test pun, lucu gak. Sebab aku bwat test bukan sebab syak diri pregnant. Tapi untuk gunakan test kit yang dah nak expired. Test kit tu aku amek dari office masa dorg nak lupuskan test kit yang dah nak expired. So aku pk, daripada tak digunakan, baik aku guna je. Sekali tgk2, double line. Melompat makcik! Ikutkan aku memang belum ada plan yg serius untuk pregnant sebab aku tgh sambung master pulak. Tapi aku dah set mind dari awal, kalu ada rezeki masa aku wat master pun, aku akan terima dengan hati yang senang dan syukur.
Klu ikut last menstrual period masa tu, kehamilan patut dah cecah 6 minggu. Tapi bila scan, doktor belum dapat nampak apa-apa. Aku rasa saspen sket jadi aku cuba dapatkan maklumat dari internet. Hasil dari carian tu, aku rasa mungkin aku tak boleh ikut tarikh last period tu sebab cycle period aku bukan 28 hari macam kebanyakan ladies. Cycle aku setiap bulan agak panjang, sejak aku stop precaution. Jadi aku beranggapan waktu subur adalah lewat, maka kehamilan aku masa tu mungkin belum lagi mencecah 6 minggu seperti jangkaan. Maybe baru 4 minggu, sebab tu tak nampak apa-apa. After 2 weeks, bila repeat scan, barulah nampak sket. Dan ukuran masa tu menunjukkan 6 minggu dan expected due datenya (EDD) ialah 5 Februari 2010. EDD inilah yang digunakan sampai aku deliver sebab ukuran baby lepas tu pun memang konsisten kepada EDD tersebut.

safi masa 6 weeks of pregnancy… besar kacang je (tgk dalam bulatan merah)
Masa 1st trimester, aku teruk juga mabuk. Mula-mula rasa mabuk, aku tengah holiday kat Medan. Paling teruk bila aku kena low stomach acid tapi disangka gastrik. So suda salah makan ubat la. Makin teruk jadinya. Makan apa pun, muntah balik sebijik-sebijik macam masa makan. Memang lesu. Beza low stomach acid dengan gastrik ialah, low stomach acid ni kurang acid dalam perut sedangkan gastrik pulak terlebih acid dalam perut. Kalau kurang acid, maka makanan sukar untuk dipecahkan dan akan berlakulah ketidak hadaman. Nasihat aku pada yang mengalami masalah macam ni, makan buah-buahan dan sayur sebab makanan macam ni mudah dihadam.
Sepanjang aku tak sehat ni, emak kesayangan aku le yang menjadi puan pemandu jelita aku. Pegi balik opis termasuk pegi balik kelas kat UKM, dia la yang drive. Gi medical checkup pun mak aku yang menemankan. Keadaan ni berterusan la sampai aku sehat penuh. Tapi bila masuk minggu-minggu akhir pregnancy, aku guna balik khidmat pemandu jelita neyh
.
Masuk empat bulan, aku dah mula ok. Masa ni tengah bulan puasa. Dapat juga aku berpuasa walaupun tak cukup sebulan. Ada masanya aku tak puasa bukan sebab tak tahan, tapi sebab ada satu masa tu aku kena urine infection yang aku suspek akibat kurang minum air. Selebihnya aku tak hadapi banyak masalah kecuali mudah letih.
safi masa 21 weeks of pregnancy… kiri tu perut dia, kanan tu kepala. nampak tak tangan dia stretch ke atas? sampai skang dia suke bwat gitew
Bila masuk tujuh bulan, tambah-tambah la aku mudah penat. Iyola, perut dah besar kan. Berat pulak naik 20++kg sepanjang mengandung. Bayangkan dari 43kg naik 66kg. Woooo~ sepanjang mengandung aku memang tak kontrol makan. Asal rasa nak makan, aku bedal je. Memang terasa betul badan jadi berat n tak larat nak bawak perut sendiri. Namun seingat aku, semakin membesar perut aku, semakin banyak aku merayap mencari makan yg sodap-sodap. Selera bagus btol.
Sepanjang pregnant jugak, aku selalu wat medical checkup dengan doktor biasa je (MO). Cuma sekali je pernah jumpa pakar. Mak oi… menunggu dah le lebih 3 jam, jumpa 10 minit, chargenya rm175. Sedangkan jumpa MO cuma dalam rm50 je. Bezanya cuma pakar punya scan lebih cantik dan jelas. Alahai!
Setiap kali scan juga, consistently nampak baby girl. Paling confirm masa scan 4D kat Kluang. Cerita pasal scan 4D ni pun menarik. Sebab kalu nak scan 4D kat area Klang Valley chargenya beratus. Tapi kat Kluang, Johor kampung ku yang terchenta ni, cuma rm30 kalu tak print. Aku mmg tak print sebab masa scan 4D tu baby tutup muka ngan tangan. Saje bikin surprise la tuh! Huhuhu.
Paling best masa ngandung ni, berjangkit2 mangandung satu opis. Punyalah ramai ibu-ibu dan bakal ibu, hamil berganti-ganti. Hahaha. Seronok sungguh bila ibu-ibu hamil berkumpul and tak abes2 bercakap pasal pregnancy. It’s such a sweet moment
7 months… safi dalam perut
Kisah bersalin bakal menyusul selepas ini…
saye: letih but happy… alhamdulillah
Related posts:
Comments





hola!
cite psl low stomach acid…ni slh satu la psl apa aku admitted ari tuh..ye ke..ke sbb aku gastrik ha..jap konpius..tp dr segi doc xplain mcm low stomach acid ..xpe la baikan..
sonok kan cite pngalaman hidup mcm ni..aku sokong 200%..
tahniah kenrna selamat naik ke tingkat ats putaran hidup..
aku kat ko : toksah la diet beria bagai..bdn da mantop tuh…:p
low stomach acid is opposite dari gastric. ada setengah doc tatau pun pasai penyakit neyh. sian kan?
nantikan pengalam idup ai lagi lepas neyh… pengalaman u masuk spital bila nak stori?
teng kyu… it’s a miracle
takmo la… baju2 tak muat…!
Bestkan mengandung?