Archive for April, 2010

Empat tahun dah ye?

Baru empat tahun….

Hope akan ada many many many more years to come.

Sehingga nyawa yang memisahkan.

Mohon Allah panjangkan usia.

Mohon diberi kesempatan tua bersama-sama.

InsyaAllah.

Banyak dah perkara ditempuh… dirempuh… hohoh.

Puas dah gaduh… :P

Gaduh gak lagi… abg asben kan pakar menyakitkan hati?

Tol dak encik asben??? Betul kan kan kan…………

Ngahahahah….

Walaupun sakit ati… aku tetap tunggu dia balik hari-hari.

Apsal tah?

Selagi tak sampai depan pintu pagar, selagi belum muncul helmet merah terhegeh2 bukak pintu… hati aku tak menentu. Rindu? Sori…. i cuma tunggu dia balik mandikan Safi…. kah kah kah.

Ok la… i still love u… walaupun u semakin comot.

Menyampah!

 

saye: wish more more more years to come… amin

Related posts:

Aku dah mula malas nak update blog. Kelas dah start. Keje dah mula banyak.

Aku ada 20 minit untuk merapek sekejap.

Dekat sini… blog tercinta….

Tiba-tiba aku rasa jadi manusia yang super busy. Tiba-tiba aku rasa cam ada tokoh nak kalahkan kesebukkan perdana menteri. Mebi najib pun ada masa untuk layan bini. Aku? Aku suruh je laki aku makan sendiri (dari dulu pun aku suh dia makan sendiri :P ).

Cabaran sebagai ibu bekerjaya + ibu bersatus pelajar mula mencengkam. Kadang-kadang aku rasa terancam. Terancam oleh masa, terancam oleh keupayaan aku untuk buat semua perkara. Aku rasa macam boleh. Memanglah hari-hari rasa letih. Aku dah tau keadaan tak akan sama macam dulu. Ketika zaman berpoya-poya itu.

Aku korbankan waktu bersuka-suka. Aku korbankan waktu tengok tv. Aku korbankan semua siri drama kesukaan diri. Aku cuma telan liur tengok orang lain berpusu-pusu tengok wayang. Aku cuma dapat dengar cerita orang meronggeng pagi petang. Semua tu… macam dah hilang.

Di sebalik kesibukkan itu… aku sentiasa riang.

Anak di sisi… pengubat duka, sang motivasi diri… SAFI.

 

Cabaran memberi penyusuan eksklusif pun boleh tahan. Untuk maintain stok, komitmen sangat diperlukan. Termasuklah segala bentuk disiplin dan kesabaran. Walaupun Safi boleh aje bedal susu formula, tapi buat masa ni aku masih gagah mencukupkan stok setiap masa. Bukankah susu ibu yang terbaik di dunia?

Dulu gilakan gadjet berteknologi tinggi. Sekarang tengok botol susu pun boleh syok sendiri.

 

Cabaran berjaga malam tak le teruk sangat. Safi, a very good baby… tido malam sampai ke pagi. Kalau mengaruk lapar pun hanya sekali. Cuma yang tercabarnya nak bangun very very pagi. Kononnya nak jadikan a good habit. Supaya badan cergas, rezeki pun tak sempit.

Aku paling cemas memikirkan tesis. Jangan katakan proposal, tajuk pun aku belum ada. Kadang-kadang aku rasa nak serender. Tapi dah tinggal tesis aje, kalau tak abeskan memang bodo la namanya. Aku bimbang tak pandai nak bahagikan masa. Menjadi anak, isteri, ibu, pekerja dan pelajar dalam satu masa… kalau tak pandai nak manage, memang boleh sewel jadinya.

Aku dua kali cemas bila kompeni perintahkan barisan pendidik mem-propose research. Ingat keje private boleh ngelat dari research. Rupa-rupanya terjebak juga. Haih… sakit… sakit jiwa raga.

Rasa nak cuti lama-lama… nak lepak kat kampung halaman tercinta. Bergosip sakan sentiasa.

 

Berhongok-hongok dengan family setiap masa.

 

Kalaulah boleh.

Aku malas nak tulis panjang-panjang. Takkan korang hingin nak baca diari hidup aku malam siang. Aku cuma nak kata, aku dah sibuk kembali. Heh, macam la korang peduli….

 

saye: nak jadi ibu berjaya serba-serbi

Related posts:

Korang pun dah tahu, masa berpantang hari tu, aku pegi merambu.

Pegi Penang pulak tu.

Dulu-dulu gi Penang tahun 1992. Round utara punya acara. Best.

Pastu ikut rombongan skolah tahun 1997. Tido kat USM. Pun best.

Pastu ikut encik asben outstation tahun 2006. So tade jalan-jalan sgt. Tapi simpan niat. Mahu datang lagi. ASAP.

Laa ni suda 2010. Baru dapat kembali. Tu pun sebab puan emak ada agenda sendiri.

Tak kisah la, janji boleh cuti-cuti.

Gini cerita dia.

11 – 14 mac 2010

Kitorang pegi 2 keta. Aku, encik asben, cik baby safi, puan emak, cik puan kaklong, cik puan acu dan encik abg ashraff akmi. Ingatkan nak pegi satu keta je. Mana nak muat. Stroller je dah dua. Padahal bila sampai Penang, haram tak diguna.

Cuti-cuti berjalan 4 hari 3 malam. Kitorg stay kat The Gurney Hotel. Holiday kali ni paling lawak ah. Jalan-jalan sket, sampai hotel dah terkapar memasing. Ntah la apa yang penat kitorg pun pelik. Maybe cuaca panas tapi yang jadi renyah sangat sebab disertai oleh dua peserta bawah umo. Satu tengah superaktif, satu tengah dalam hari. Tambah-tambah ada ibu berpantang. Sudah eh, jadi cuti-cuti dalam hotel. Ahahaha.

Kelik la gambo kalu nak dia besor.

Konon-konon nak piknik. Bawak bekal beriya. Konon-konon nak cari wakaf. Sudahnya tak ade. Perut dah lapar gile. So duduk je kat R&R, bukak tupperware segala. Jadi le….

Dah bape kali lalu pun jakun jugak. Padahal jembatan kat putrajaya pun lagi gempak. Tol dia, korang pun tau kan, rm tujuh. Botak!

Gini le ghope The Gurney Hotel dan view nye. View dari bilik konpem nampak laut. Gambo bangunan hotel dan bilik tu aku rembat dari website. Biasa la dah masuk bilik tade nyempat nak amek gambo nyer. Terus lompat katil punye. Kalu dah masuk beg + barang-barang segala toksah cite. Cam titanic karam la jawabnye.

Bilik2 kat sini sume suite. Besar bilik dia, tapi dah agak lama. Ada jacuzzi. Yang tak bestnya tv dia. Ade ke tv zaman tok kadok tu diletaknya? Upgrade la lcd ke plasma ke. Pastu channel ntah hape-hape. Kadang-kadang pulak tu, hilang sore. Kitorg pe lagi, hentak2 aje. Padan muke!

Kat lobby hotel. Sila abaikan gambo2 saye yang mendebab tu ye << tamo komen tamo komen.

Haa… ni le ghope kitorg dalam bilik. Sila tenung gambo encik asben. Sambil surfing, sambil brp-kan cik baby safi. Superdaddy la katakan. Oh ye, hotel ni ada kasik line internet yang superb.

Orang len berendam jacuzzi, cik baby safi berendam dalam sinki. Ok ape? Itu menunjukkan bilik air ni memang serba guna. Iya?

Orang kata, duduk macam tuan, makan macam kuli. Haa… yang ini memang dah praktik beratus kali. Ala makan kat hotel bukannya gorjes setiap hari. Baik makan meggi. Hihihi.

Hey order makan room service hari tu aje dah ratus-ratus. X sedap nak mampus (xde la mampus, saje je aku nak kasi sedap ayat).

Ada jugak kitorg panggil mc dee ngan pizza hut. Dah dasar pemalas, nak kuar makan pun malas. Baik tayah holiday, ye dok?

Oh ye, sape ada baby yang cute, boleh gedix2 mintak baby cot. Kalu baby dah besar pun boleh kurung dalam tuh. Hari tu nak bagi suasana aman sket, ktorg letak encik abg ashraff akmi dalam tuh. Kalu tak dia buat bilik tu macam balapan. Pusing-pusing macam orang kena sawan.

Berendam berendam. Tak cukup jacuzzi, terjun pulak kat kolam. Kalau nak berendam, sila lakukannya di waktu petang. Kalu tak, kena halau sebab tak pakai swimming trunk. Tang tang tang….

Breakfast breakfast. Buffet ok, boleh tahan best. Seswai ngan harga gitu. RM25 saje.

1st nite lagik da meroyan nak melantak kat padang kota. Nak pesembur katanya. ala, biasa aje.

Yang ini destinasi wajib. Nasi kandar line clear. Sape tak pegi, memang rugi gile. Any kandar shop cannot beat sini punye. Lokasinya celah-celah lorong. Sekali pandang macam tak selera. Tapi sebab rekomended, ktorang serang. More info boleh try google ye. Tak pun baca sini. Sedap gila lah. Makan sampai muntah!

Singgah sat kat Cocoa Boutique. Borong coklat sampai bankrap. Coklat tempatan memang mahal kan. Tapi ada certain produk yang memang sedap.

Ini pulak kat Feringgi. Jalan-jalan cuci mata. Tatau nak beli apa. Sudah nya beli baju t-shirt kanak-kanak aje (gambar 1st atas). So cute oh. Korang pun mesti tergoda kalau tengok. Pilihan aku semestinya mr. elmo. Takde saiz XS pun aku bedal je saiz M. Dengan harapan bila cik baby safi dah besar, baju tu akan aku sarungkan. InsyaAllah.

Wowowo… apsai tak banyak gambo? Kan dah kata, aku masa tu ibu berpantang, tambah-tambah melayan kerenah kanak-kanak superaktif dan bayi dalam hari. Tak menyempat nye nak snap sana-sini.

Selebihnya ktorg banyak jalan-jalan tgk view. Pusing-pusing dari Feringgi ke Balik Pulau. Bukit Bendera pulak under renovation. Tsk. Kat Penang ni jalan asik jem aje. Keta banyak tapi jalan sempit. Pastu pulak mr. driver asek salah masuk jalan.

Kalu shopping pulak, banyak shopping rempah. Berkilo-kilo bwk balik. Hey hey, rempah made in penang memang marbelos tau. Tak caye pegi la cuba. Takkan nyesal punya. Sempat jugak shopping rempah untuk kenduri aqiqah safi next week nye. Nak testimoni, cuba tanya cik nusrah. Hohoho.

Eh eh, aku dah tatau la apa nak cite. Nape tah skang n banyak lupe. Agaknya lepas bersalin banyak urat putus.

saye: love to “berhoghok-hoghok” dengan family

Related posts:

Buat teman-teman msu…

Rindu kamu, kamu, dan kamu…

kelik gambar… kasik dia besar

saye: mature in mind, young and wild at heart

Related posts:

Jilat jari jilat jari.

Seingat-ingat aku, last aku melantak sini tahun 2004. Buka pose bersama encik asben dan kawan-kawan. Masa tu mmg la belum kawin kan. Baru berkenal-kenalan. Ketika dia masih ensem dan menawan.

Alkisah, setelah berzaman-zaman, tatkala aku sedang membuyong sakan….

Ntah cemana boleh singgah sini. Rasanya masa tu aku dah bosan tahap ngeri. 39 weeks pregnen belum jugak bersalin lagi. Jalan sampai hujung, jupe juge gerai yang menjual hidangan idaman hati.

Makan-makan kat Seksyen 2, kalu tak pekena ABC, memang rugi gile. Sedap tahap dewa. Harga RM3.

Sirloin steak with blackpaper sauce. Boleh tahan sedap. Coslow gini le yang aku suke. Menunjukkan chef pencipta menu ini rajin orangnya. Harga RM13.50.

Fish and chips with tartar sauce. Oh memang mantap nyeh. Harga RM7.50. Berbaloi-baloi.

Mushroom Soup. RM3.50 sahaje. Rasanya cap campbells kot? Tapi sedap juge. Ada roti lagik you. Best!

Mahu cuba? Gerai no. 7. Gerenti tak nyesal punya.

saye: rasa nak terbang pegi shah alam

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments