Aku benci orang yang mengkhianati janji. Sungguh!
Allah juga tidak suka hambaNya mengabaikan janji. Betul!
Maka untuk tidak menyamakan diri aku dengan golongan di atas, akan aku sempurnakan kisah seperti yang tertera pada tajuk.
Bahagian ketiga.
Al kisah.
BERPANTANG
Kerana mahukan kesederhanaan, aku memilih untuk berpantang selama 44 hari. Kalau la boleh dikirakan 44 hari. Hee~. Nama pun kerja makan gaji. Takkan nak berpantang sampai 100 hari? Kalau nak 100 hari, ada yang akaun banknya segan nak berisi. Lain la kalau laki aku tu pak menteri.
Aku menyempurnakan acara berpantang ini di tapak jajahan aku di Cheras. Sepanjang tempoh nan bahagia itu, aku ditemani oleh puan emak terchenta. Selalunya puan emak cuma ingatkan aku buat itu dan ini, sebab kebanyakan kerja-kerja menjaga baby dilakukan sendiri oleh encik asben sebagai superdaddy. Cuma kalau encik asben tidak berada di tempat kejadian, barulah puan emak menghulur tangan memberi bantuan. Tapi bab menu-menu berpantang, kebanyakan memang puan emak yang masakkan.
Sape kata aku mengelat berpantang? Aku berpantang macam orang Melayu lain juge. Pakai bengkung, sarung kain batik, sarung stokin, berurut, lulur (sekali dua aje
), pakai param (again… sekali saje), mandi air panas, mandi herba (dua kali), tak makan benda sejuk, tak makan benda gatal dan lain-lain. Puan emak pulak memang masak yang sedap-sedap. Takde la macam aku baca cerita bloggers lain, yang kena makan nasi ngan lada itam setiap masa. Oh! Mengambil kata-kata emak Cik IsmellMe, yang mana diturunkan kata-kata itu dari emaknya pula,
“kau bersalin dah banyak hilang darah, hah makan sedap-sedap”
Hamik.

cik ismellme yang selalu di sisi tak kira senang atau susah, kaya atau sengkek, gembira atau sedih
Aku paling suka menu ikan haruan goreng. Perghhh! Tapi bila disuakan kepala dia, serentak aku meloncat lalu mencampak ikan tu jauh-jauh. Sempat pulak jeling-jeling sambil menguis dan mencubit-cubit dagingnya tanpa memandang kepalanya itu. Bley gitu?
Berpantang cara orang dulu-dulu, kena sukat-sukat masa minum air. Tak boleh banyak. Aku pun sukat jugak. Sukat kasi banyak. Har har har. Ko gile musim panas nak catu aku minum air? Tambah-tambah baru lepas bersalin. Ada nanti yang melolong terpekik sembelit kau tahu!
Makan jamu? Mintak ampun. Secara tidak sengaja, aku telah contribute meng-kaya-kan tokey Salindah. Promosi sikit. Takde testimonial, makan tak proper.
Tak kuar umah? Hari ke-4 aku dah kuar umah. Aku tak pegi Ikea. Aku tak pegi Mid Valley. KLCC jauh sekali. Hee~. Mana boleh ummi duduk melangok kat rumah bila baby kena duduk dalam incubator sebab jaundice. Tengah pantang, emosi rapuh 24 jam. Tahu-tahu baby kena tahan wad, aku masuk bilik air nanges puas-puas. Baru kau tahu perasaan menjadi seorang ibu. Sarat berat tenat bila masuk bab anak. Even Safi menonggeng dalam incubator dengan darjah kecomelan yang mengagumkan pun aku tak sanggup nak snap gambar. Sentap betul masa tu.
Aku rela Safi memekak sampai aku tak tido malam. Jangan dia takde kat sebelah aku bila aku terjaga tengah malam.
Pernah satu malam, rasanya malam kedua lepas bersalin. Aku pegang Safi yang berbedung sambil sandar kat katil. Mata yang mengantuk tak hengat tetiba terlelap pulak. Dan Safi yang molek di tangan berguling-guling jatuh. Nasib baik atas katil. Aku yang saspen gile, “astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah”, yang Safinya lena memejam mata. Aduhai anak!
Aku tak menghadapi sindrom kebosanan melampau sepanjang tempoh berpantang. Ini disebabkan aku dikelilingi oleh sekian ramai hamba Allah yang sukerela melayan dan menjaga aku tanpa banyak komplen. Juga diziarahi saudara-mara dan sahabat handai terhebat yang takkan terlupakan.

pinjam model saya… sila bayar sewa
Malah perayaan Chinese New Year tahun ini juga bersambut dengan BBQ ala Rob Rainford di samping pertunjukan bunga api percuma tanpa henti di kawasan sekitar.

license to grill versi malaya

tak payah pegi klcc
Okey cerita pasal perkembangan lain pulak.
Berat badan aku? Perlu ke nak tahu? Wuwuwu~ Aku naik 23 kilo. Sudah turun 13 kilo. Okey… amik kalkulator dek. Kira la sendiri how many kilos to go. Tapi kadang-kadang aku rasa body skang cam solid gitew! Takde la lagi orang panggil aku papan. Problemnya, baju-baju aku yang dah super sendat tu nak taruh mana? Ouch!

dalam pantang… debab to the max (gambar curik dari fb fizza, tqs)

hujung tempoh berpantang… 43 hari… masih debab debab debab

terkini… helah gambar kabur… hakikatnya tidak seindah gambar… (kalau la gambar pun indah) ohooo… tolonglah kata saya telah comel… pls pls pls
Berat Safi? Bagai juara. Berketak membulat membelon. Mau tidak, makan tido berak. Lebih berat dari sekampit beras lima kilo. Ramai duk tanya, Safi minum susu apa. Jawabnya, susu termahal di alam buana. Tidak terdapat di pasaran.

bulat bulat bulat

minah lasak sudah tersasar dari tempat parking… hoih

hokey… describe sendirik

posisi tido feberet
3 minggu pertama, Safi bantai tido siang, malam-malam dia bikin orkestra. Bak nenek-nenek si bongkok tiga, siang mengantok malam berjaga.
3 minggu berpantang, aku balik Kluang… cukur jambul kecil-kecilan.

5 minggu berpantang, aku holiday kat Penang. Hahaha! Jangan mare la. Aku masih pantang makan. Tak caya tanya mak aku.

very nice view dari bilik2 hotel ini… view ajelah
InsyaAllah later nak cerita pasal cuti-cuti ni.
Nak cerita pasal majlis aqiqah dan cukur jambul Safi.
Nak cerita pasal pindah umah terkini.
Semuanya berlangsung masa aku cuti materniti.
InsyaAllah akan masuk satu-persatu ke dalam entri.
Tapi tak janji.
Hehehee~
Anak dara aku


saye: macam nak join the biggest loser… rasa-rasa diterima tak? tsk
Related posts:
Comments



Satu pengalaman yang amat beharga bagi seorang perempuan…Um aku rasa, cun la body ko sekrang kalau nak banding zaman belajar yg persis papan kan…
Perghhh…suke-2 jer ko letak gambo aku tgh tido…marah nie…baby tu tgh bau ketiak ayah dia…wangi tau…pakai rexona men 24/7…tu yg stim & trus tido….kakakakak
1. bab ikan haruan tu aku leh trime..setap kan kapla dia??(terbayang zmn 1st akak aku berpantang, time die mkn matanya dipejamkan seakan2 ikan tenggiri yg dia nikmatinya(sycho)mak aku plak akn ngadap dia n make sure die harus abeskan nasi n lauk)
*nasi n lauk misti ‘portion’ tertentu..x blh tambah x boleh x abes.. tp ko blh agak kan..anak2 die dr kecik smpai besor mane dengo ckp mak pun kan…x heran pun langgor pantang..
lepas tu mak aku rileks je mana2 next ank dia pantang..nak pantang buat cara pantang..xmo xpa..dia pesan..kalau la lps pantang bdn da slim melim..hakikatnya kesan kita rasa bile da tua2 nti..bdn lemah,saket kt dlm perot2 tu.. mudah dpt pnyakit..sakit sendi tulang..blablabla..hik3..*semoga ku tabah mnghadapi cabaran berpantang kelak..
2.pix ko baju merah tu x bape clear la??terlebey distort..membuatkan mata aku fokus kt lappy ko je..idup lagi yek lappy ko??*larikkk
3. safi sudah butakkkk!!bila shave kapla dia ni??makin molat plak..safi nak lawan umi yee??:D
4. nak masuk biggest loser sila ajak aku..baru la aku bsamangat nk slimkan diri ni kan..:p
hamek ko, aku komen bejela..
selamat bekerja..
:p
p/s bila nak turun Equin lepak kedai kopi,
haruslah ko kendong safi sekali,
supaya aku x boring mendengar ko bebel sana sini,
yg pasti boleh buat aku terhibur sekian hari
amacam??
Bismillahirrahmanirrahim…
cik puteri>> mana ko tau body ai cun? tak show off lagik gamba body neyh… heh heh heh
encik asben>> kan bagus kalu tiap2 malam gitew… senang ummi nak tido pas tu
cik nus>>
1. pesan aku, berpantang la secara sederhana. seimbangkan cara kampung + cara hospital… yg penting sehat mental dan fizikal sehingga akhirnya…
2. x distort la. masa amek mmg dh blur. sama ada goyang atau cahaya… dan lappy aku maseh hidup dan sehat… hehehe
3. shave last week… mmg makin moolat dan moolat… smlm timbang 5.8 kg… juara!
4. okes nanti gi audition sama-sama… ngohohoh
boleh boleh boleh… masalahnya bila ko balik equin?
ouhhh~ Glamer cik ana kejap ngan petikan dialog ko. hohoks! ;p Aku lagik glamer ngan gambo gedik same safi. I luv the caption. syg ko!
tePaling glameeer-est ialah engko: Kurusssssssssss suda! Aku jeles okkeh…wawawawahuwaaa~ Tahniah!
Sorry ummi..ai tak dpt attend majlis safi. beshaunye anak mummyzu! *hughughug* Tunggu mummy bunje mamam april ni okkeh. Sigh~
Sile hapdet gambar umah baru. Aku sungguh menggeletis mau ke sane!
Uit ayah Safi! Budget rexona men 24/7 ko tu FEROMON? hakhakahkah~
aku teruja mendengar kata-kata yg terbit dari seorang veteran yg aku jangkakan kuat berpantang… mari makan sedap-sedap… ehh ehh!
aku kurus sikit je… boleh la sarung sesetengah baju dengan bernapas secara normal.. wuwuwu (moral: jangan ganas beli saiz S dan XS ketika anda selim sebelum preggy)
tak sabau nak pau OKB ujung april… kamon kamon
nanti ai hapdet… lom lepas nak amek gambo lagik… lg pun umah ai biasa2 je… (tapi ko pedulik hape kan? kan? kan?)
feromon tu apo cik zu? (ok saya sengal tak tahu)
Feromon tu hormon yg dirembes haiwan. Byk fungsi. Salah satu sbg perfume semulajadi utk tarik perhatian pasangan dalam spesies tu..(sesuai aplikasi utk ayah Safi punya kes). Ade yg rembes feromon sbg tanda kawasan jajahan dia. Nanti haiwan lain dtg, hidu2.. dia tau itu kawasan si polan2.. Normally they secrete for sexual attraction la.
Yeah,hamek kau! mari blaja science.. :p
mama zu… nanti belanja mamam jgn lupa kita ya…
umie… gambar tu saja je blurkan… supaya tak nampak ketembamam tu… hehehe…
wahaha… saya tidak tipu… gambar itu mmg blur semenjak di snap lagik… tetapi saya sengaja memilih gambar blur itu sebab saya nampak misteri gituh… hoh hoh
apa bezanya kan?
gambar Safi tu gelap lah… terangkan… aku nak upload kat komputer…
yang mano weh? semua terang je…
gambar yang ‘bulat bulat bulat’ tu…
masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita…..pada asalnya jita rasakan kita masih muda namun hakikatnya ……umur meningkat dari hari ke har…..p/s
mcm papanya je tembam…..hehehehe or mcm datuknyer…….jangan lupa kalau ada masa datang le ke brunei nie…….mmg x pernah tgk anak ko iskoleoiiiiiiiiiii