Aku harap tidak terlalu lewat untuk menulis entri ini. Ini adalah sebuah entri dedikasi.
Terima kasih kerana menceriakan hidup kami selama ini.
Tanpa pernah bersua muka, aku rasakan seperti terlalu mengenalinya.
Tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.
Aku tersentak dan stress sendiri.
Terima kasih arwah… terima kasih kerana selalu menyenangkan hati kami. Sering membuatkan kami tak kering gusi. Pernah membantutkan kemarahan kami. Selalu menghilangkan resah di hati. Pernah meleraikan pertengkaran senyap. Kerap memecahkan buntu dan kesunyian. Selalu melenyapkan rasa bosan. Semua itu adalah motivasi yang paling berkesan.
Pemergianmu terlalu berat untuk kami terima.
Kamu yang sering membuat insan lain gembira, semoga bahagia di sampingNya.
Terima kasih sekali lagi.
Al Fatihah
saye: bila lagi akan berdekah-dekah di pagi hari?
Related posts:
Comments



Wie, aku pun terasa.
Betapa hebatnya kuasa sorang DJ. Seriously korang nk kutuk kata Din merapu ke melalut ke..
Yang pasti, dia yg hiburkan hati aku pepagi buta drive gelap2.. gigil2 race ngan lori.. Sedih2 cam mati laki.. Din ni la woi yg buat aku Happy!
Sekarang.. pagi aku sunyi.. Pagi aku tak seceria dulu.. Al-fatihah.
aku pun… ngantok2 mengadap jem pagi hari, stress2 pegi ukm dari opis, sume sakit jiwa tu telah din ubatkan…
skang dah takde lagi…
bak kata Aznil, ‘ubat saya dah pergi’
aku pun terasa gak… bayangkan baru bukak mata dah tergelak sorang-sorang… pun dalam gelap gak… semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah din… al-fatihah…