Jilat jari jilat jari.

Seingat-ingat aku, last aku melantak sini tahun 2004. Buka pose bersama encik asben dan kawan-kawan. Masa tu mmg la belum kawin kan. Baru berkenal-kenalan. Ketika dia masih ensem dan menawan.

Alkisah, setelah berzaman-zaman, tatkala aku sedang membuyong sakan….

Ntah cemana boleh singgah sini. Rasanya masa tu aku dah bosan tahap ngeri. 39 weeks pregnen belum jugak bersalin lagi. Jalan sampai hujung, jupe juge gerai yang menjual hidangan idaman hati.

Makan-makan kat Seksyen 2, kalu tak pekena ABC, memang rugi gile. Sedap tahap dewa. Harga RM3.

Sirloin steak with blackpaper sauce. Boleh tahan sedap. Coslow gini le yang aku suke. Menunjukkan chef pencipta menu ini rajin orangnya. Harga RM13.50.

Fish and chips with tartar sauce. Oh memang mantap nyeh. Harga RM7.50. Berbaloi-baloi.

Mushroom Soup. RM3.50 sahaje. Rasanya cap campbells kot? Tapi sedap juge. Ada roti lagik you. Best!

Mahu cuba? Gerai no. 7. Gerenti tak nyesal punya.

saye: rasa nak terbang pegi shah alam

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments