Archive for » May, 2010 «

Pu-Tiga dan Kawan~Kawan

Aku tak terpk pun akan buat entri ni. Tapi sebab ina ada, aku pun takmo kalah juge. Kadang best bila wat entri-entri dedikasi ni. Boleh bukak cerita lama sambil kritik-kritik. I suke!

Cik put, cik put. Ko dah nak nek pelamin ye? Dulu ingat lagi ko kata ngan aku…

“heh cane neyh, yang muda kawin dulu?”

Yob… tu namanya jodoh.

Alah aku bukan kisah pun sape-sape yang kawin dulu.

Mula aku jupe cik put ni, masa minggu ke-2 kat msu. Masa tu masih KUTPM atau nama glamernya KU. Berpeluh-peluh aku panjat sampai tingkat tiga carik kelas. Maka berjumpalah dengan Koman n Budi (mana la pegi pakwe2 neyh). Straight ktorg kenal2 pastu dorg bawak aku ke lab. Dan aku pun berkenalan lah dengan sang puteri.

Kalo ko ingat cik put, mekna kaki ponteng kelas zaman manusia awal ni.

Cik put, cik put… memula dia menggelarkan diri dia ‘kakak’ dengan aku. Maklum ler, dia lahir tahun berdahulu dari aku. Tapi mahap la, even mit yang bertahun lebih usia tu pun aku selamba aku panggil mittotoyo. Ada apa dengan usia?

Teringat aku kat Intan Respek! Kah kah kah kah kah.

Aku tak akan lupa detik bersama 3 minah-minah yang dok memberatkan kancil aku saban hari.  Cik Put, Mek na dan Mit. Mereka-mereka inilah juga punca kelewatan aku ke kelas setiap kali. Haa… pedulik apa korang kata aku  bajet bagus blame korang… i dulu miss punctual okeh (wahhhhh)… sebab tu aku kena speedtrap masa nak gi kelas data comm padahal bila sampai kelas lecturer pun tak nampak batang idung. Ceyt! (sape hah name lecturer arab tuh?)

Tapi aku tak kisah. Lambat-lambat pun, dorang akan reserve kan sit depan kita kan? Kita-kita kan student kesayangan dan kegemaran? Oww perasan!!!

Ingat lagik tak saat-saat melepak? Menunggu waktu next class masa gap yang kadang lama kadang kejap? Lepak dalam kedai, luar kedai kadang belakang kedai. Masa tu kita tak kisah pun panas, hujan, ribut or pengap. Tah la, zaman tu… apa pun tak kisah… janji dapat meneruskan hidup dengan tabah.

Cik put, cik put… aku teringat ada sorang lecturer panggil ko kecik/kancil? Sape tah lecturer tu, aku lupa (Macam mana aku lupa nama student, macam tu lah aku lupe nama lecturer. Melampau gile!)

Memori kegemaran, saat-saat wat drama untuk kelas communicative english. Kecoh kalut ribut. Siap kena tengking lagik dengan si KAKAK tuh! Gila aku geli korang tau. Tapi thanks to korang yang sangat budiman. Membantu aku di saat yang paling aku perlukan. Budi baik dan jasa korang hanya Allah yang boleh balaskan.

Saat aku sakit, saat aku hilang ayah, saat aku berumah tangga, saat aku susah, saat mak aku sakit…

Juga saat encik kancil over heat, korang bagi dia minum kelapa ais. Ingatkan?

Eh eh, korang ingat tak masa kita shooting clip video ngam ho? Hohoho best woh. cikput pakai gayung, mekna pakai plastik, mit tocang macam budak 3 suku. Sib bek aku tak jadi mangsa kerakusan korang kan. Mit/Ina, tolong haplot gambo2 mereng tu. Aku rindu.

Lagi satu… murah hati derma darah kat nyamuk2 estet getah. Sib baik aku pakai baju muslimah. Kalu tak, konpem kena masuk spital terima 3 pain darah.

Cik put, cik put…

Sambil2 belakon, ko ajar aku masak kari ayam. Pastu kita bedal melantak itu malam.

Cik put cik put…

Mungkin ko masih ingat, saat kita tergedik pegi wat survey kat skolah tu. Tergedik mintak tolong cikgu kaunseling tuh. Pastu tergedik wat testing yang tak berapa nak ikut plan tuh. Juga saat aku temper sebab analisis dan flash ko yang tak berapa nak menjadik tuh. Ketahuilah masa tu aku tertekan tahap tak menentu. Mood turun naik, Allah aje yang tau. Eh eh, tak lupa di bulan poser kita giat mem-print documentation yang tebal tahap phd tuh? Ngahahaha… itu lah saat yang paling best ko tau… sebab sesudah itu, lepas segala azab aku.

Oh ye aku juga ingat cik put pernah bitau, cita-cita dia mmg nak jadik cikgu. Ah… boleh le tu dah jadik pun satu.

Cik put, cik put… dari dulu dah le kecik… tapi stil kepoh nak jaga badan. Apa punya spesis la kan. Dalam semua jenis teguran, cuma cik put je yang komen aku naik berat badan. Sampai aku pun naik heran.

Apa lagi ye aku nak cita pasal cik put dan kawan-kawan? Banyak sebenarnya. 3 tahun ngan dorang. Macam-macam versi ada. Tapi aku tak dapat nak recall semua. Nanti mintak cik put n mit update kan yang selebihnya.

Cik put, cik put. Ko dah nak jadik puan ye? Sokmo announce panggilan puan tu dalam kelas ye. Kalu aku, panggilan miss lagi aku prefer. Sweet and young forever and ever.

Anyway, selamat pengantin baru cik put. Selamat menempuh alam rumah tangga, dan selamat meningkat dewasa melaluinya. Semoga diberkati Allah dan kekal berada di bawah lindunganNya.

saye: msu dah tukar kampus… cantik dowh… x puas hati!

Category: dedikasi, kawan-kawan, msu  Tags: ,  13 Comments

Menjawab Tag Anak Murid Lagi

Lantak ko la zaza… sampai bukak kamus bagai aku nak buat tag ni…

1 – Tempat anda dilahirkan
Hospital Kuala LumpuR

2 – Hadiah Pertama Yang Anda Terima
RantaI emaS

3 – Buah Kegemaran Anda
StrawberI

4 – Haiwan yg anda benci
IguanA

5 – Suka makanan ini
AyaM

6 – Kalo shopping, mesti beli ini
MakanaN

7 – Ada terdapat di sekolah
NotA

8 – Negera yang ingin anda lawati
Angkasa lepaS

9 – Anda suka kereta ini
Suzuki SwifT

10 – Bila ada kelapangan, anda akan
Tido

saye: doakan saya naik gaji

Category: tag, tentang saya  Tags:  Leave a Comment

Weekend@Pilah

Berhoghok-honghok… aktiviti kegilaan. Esp dengan family. Tanpa mengira letak lokasi.

Kuala Pilah, daerah paling kering dalam peta Malaysia. Always panas tak terkira. Tapi dengan family, segalanya indah semua.

Dah lama tak jupe angah. Mak sedara yang membela aku dari kecik sampai agak dewasa.

Agak dewasa?

Sebab belum sempat nak betul-betul dewasa, atas nama jodoh, angah pun berumah tangga. Tapi kira cukup la plot cerita, kalau-kalau angah nak open table, nak bukak fail laporan hidup aku sepanjang berada dalam jagaan dia. Tak kiralah bab kesukaan aku, bab kebencian aku, bab kerenah aku hingga segala bab tabiat-tabiat aku.

Err… tapi kalau korang jupe dia, takyah la tanya tu sume ye.

Aku jugak suke nak jumpa sang suaminya, paklong… encik bekas polis trafik yang tinggi disiplin diri sampai ayam pun dia train kawat kaki.

Umah angah ni, umah kayu. Ada umah atas, ada umah bawah. Konpem kalu kanak-kanak bawah umor ada dalam 2-3 orang, dorang akan bantai berlari dengan gembiranya. Sebab bunyik detak-detak-detak itu akan menggamit dorang untuk terus bersuka-ria. Kadang aku suke, kadang aku tensen gile! Nak nak, time kita nak membuta. Dorang bukan reti bahasa!

Gambar atas, sesi membuat kerja sekolah sambil dipantau oleh mama bengkeng. Cousin aku yang sorang tu, kalu bab-bab wat kijo sekolah, mula la sakit mata la, sakit gigi la, sakit lutut la, sakit hati la. Tapi elok je dapat green light untuk stop, terus sambar beskal bawah umah. Mau nye mak dia tak bengkek?

Seterusnya adalah sesi membuat coconut shake. Bermula dari sesi mengait kelapa muda, membelah kelapa, menuang air sehingga kepada mengorek isinya. Hasil? Takdonya ghope shake. Jadi air kelapa biasa aje.

Orang sume nak relax, makan tido… tak kose nak mem-blend segala.

Sesi makan sambil mengumpat. Syabas kepada puan angah yang gigih menghasilkan koleksi lauk-pauk kampung esp segala yang bersalai ~ ikan semilang salai + daging salai. Melatop! Walaupun lauk-pauk angah sudah agak tidak bergaram akibat menepati selera sang suaminya itu.

Ini sesi mengganggu cik safi tido. Aku perasan betul cik baby ni kalu berjalan jauh, dia akan jadik kaki tido. Budak-budak keliling pulak asik duk ushar kot-kot dia dah bangun… nak wat main la konon. Tapi bila si kenit ni dah bangun,  dorang layan kejap-kejap aje. Bila dia merengek mau dokong, buat-buat tak perasan pulak.

Dulu kalau balik kampung, budak2 berendam dalam parit. Skang dapat masuk besen pun dah kira baik.

Sesi menggentel badak berendam. Saksikan puan angah mengukur kelapa secara tradisi. Hasilnya… yummy!

Koleksi harta-karun yang dibawa pulang. Nak kabo, nenas itu, buruk tapi mengancam. Perghhh!!! Nasib aku dah tak pantang.

Err… macam umah-umah kampung yang lain, siang panas nak gila. Bila malam, suam-suam. Pagi nak dekat subuh, siaplah ko kalu takde selimut, menggigil tahan sejuk.

Aku sebenarnya bukanlah peminat suasana kampung. Cuma dambakan sesi bersama mereka.

saye: masak lomak cili api

Positif

Ada ketikanya aku rasa down. Macam malam tadi.

Sindrom kemurungan dan kerisauan melampau telah mengakibatkan insomnia sementara bersama jujuhan air mata dan pekikan meroyan dalam hati.

Aku pun manusia. Boleh jadi biol tak semena-mena.

Penyakit ni sama je seperti yang pernah aku alami masa buntu dengan final projek masa degree. Aku tak boleh tido dan jadik menangis lebat di malam hari. Ingatkan aku ni yang mengalami masalah jiwa, rupanya semua orang pun sama. Jadi aku ni normal la… belum lagi gila.

Perasaan takut dan bimbang ni, memang dah tak boleh nak cover dengan angan-angan nak kawin dengan brat pit sebelum tido. Sebab perasaan tu terlalu kuat dari segala perasaan lain yang boleh direka-reka. Macam kalau kita tak boleh tido sebab dengar ada sore mengilai… sebab nampak jembalang… sebab takut hantu. Dah tak boleh nak cover apa dah. Baca ayat kursi tak putus-putus, masih kembang kecut dalam perut.

Patut aku bangun tahajud, tapi biasala… lebih suka layan perasaan. Dengar pengaruh setan.

Kadang aku rasa life aku cam tak boleh settle. Rasa cam menyesal sambung belajar. Sebab aku rasa buat tekanan berganda pada diri sendiri. Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam… mmmm korang sambung la sendiri.

Tu pun ada hati nak sambung phd.

Aku kalau dah start meroyan, mula la pekik-pekik arwah ayah dalam hati. Seolah-olah rasa dengan panggilan tu, aku akan nampak jalan penyelesaian depan mata. Padahal akal sihat aku penuh sedar bahawa arwah takkan pernah hadir ke alam nyata.

Orang yang ada pengalaman je tahu macam mana rasa dia.

Aku pujuk diri sendiri. Aku kata… aku boleh, aku boleh. Aku strong, mesti boleh. Ini cuma dugaan kecik. Masih jauh perjalanan aku, kalau Allah izinkan usia aku untuk melaluinya. Kalau kat sini aku dah give up, macam mana nak capai cita-cita? Macam mana nak gembirakan emak? Macam mana nak tingkatkan taraf hidup keluarga? Macam mana nak jadi kaya?

Ada phd boleh jadi kaya ke?

Memang down kalau takdir Allah tidak selari dengan perancangan hidup yang kita bina.

Aku cuma perlukan sedikit kata-kata semangat. Perkataan positif, perkatan boleh, perkatan ok.

Kawan… katakanlah kepada aku begitu.

Aku menunggu….

saye: survivor

TAG Pukal

Aku sebuk!

Kenapa la aku layan budak neyh?

Tapi bagus jugak… sementara entries yang berstatus draft itu siap… aku publish mangkuk ni dulu.

Takyah pk banyak nak menyiapkan menatang neyh.

TAG PERTAMA
Tag Huruf Pertama Dari Nama Blog

1. nama anda: widura
2. perkataan 4 huruf: wira
3. nama budak laki: wadi
4. nama budak perempuan: wana
5. pekerjaan: wartawan
6. warna: white
7. sesuatu yang anda pakai: wang tunai $$$$
8. makanan: wasabe
9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas: washbasin
10. tempat: washington dc
11. alasan bila terlewat: wa bangun lambat la beb!
12. sesuatu yang anda jeritkan: wattefish!
13. tajuk filem: wanted
14. minuman: watermelon juice
15. kumpulan muzik: wali band
16. haiwan: wolf
17. nama jalan: wong ah fook << ko carik la sndri kat mana jln wong af fook
18. jenis kereta: waja

TAG KEDUA

1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?What will u do if u know that your friend has been back stab on u?
~ngumpat ngan mak aku… konpem!

2). 6 orang di hati anda? 6 people in your heart?
~6 aje? tak cukup!

3). Anda rasa anda comel? Do u think u’re cute?
~eeyep… yippa!

4). Single or taken?
~single… hahahahahahahaha

5). Blog yang anda suka? Blog that u like?
~blog aku!

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari? Do u clean your room everyday?
~iye, tak, iye, tak, iye kot?

7) Lagu terakhir yang anda dengar? The last song u listening?
~ultraman

8). Last text message?
~dun wori be hepi

9). Last phone call?
~abg kat mana? bila nak balik?

10). Hari terakhir anda menangis? Last day u cried?
~erk… masa tulis entri untuk mother’s day… haha kantoi!

11). List lima color favorite anda? List down 5 of your favorite colours?
~putih, ceklat, baby blue, krim, ijau… belasah jela

12). Orang terakhir anda ber-YM? The last people chat with u in YM?
~nus… buzz

13). Game paling anda suka? Your favorite game?
~cop tiang

14). Adakah anda peminat MCR?
~sape mcr?

15). Apa perasaan anda jawab tag ni? What do u feel when u answering this tag?
~toye!

16). Anda rasa tag ini best? Do u think this tag interesting?
~x pun

TAG KETIGA

1. Thank & link the person that gave you the cow (jgn lupa copy picture picture sekali)
~thx? xpayah la… minah ni saje je bodek aku… picture tu gi tgk sndri la kat blog dia

2. Bagi balik wasiat ini kat 7 bloggers yg paling active atau 7 paling tak active
~tak nak bagi bole?

3. Bagi tau diorg ini yang diorg dapat wasiat dari org kaya kg sepening lalat
~erk

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
~garu idung
~garu kepala
~garu kaki

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
~err …susu ibu… tet!

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
~ceh! pi tgk sndri la

7. Feveret soalan ni.. camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe..
~msu

saye: tah hape-hape

Category: tag, tentang saya  Tags:  4 Comments