Ada ketikanya aku rasa down. Macam malam tadi.

Sindrom kemurungan dan kerisauan melampau telah mengakibatkan insomnia sementara bersama jujuhan air mata dan pekikan meroyan dalam hati.

Aku pun manusia. Boleh jadi biol tak semena-mena.

Penyakit ni sama je seperti yang pernah aku alami masa buntu dengan final projek masa degree. Aku tak boleh tido dan jadik menangis lebat di malam hari. Ingatkan aku ni yang mengalami masalah jiwa, rupanya semua orang pun sama. Jadi aku ni normal la… belum lagi gila.

Perasaan takut dan bimbang ni, memang dah tak boleh nak cover dengan angan-angan nak kawin dengan brat pit sebelum tido. Sebab perasaan tu terlalu kuat dari segala perasaan lain yang boleh direka-reka. Macam kalau kita tak boleh tido sebab dengar ada sore mengilai… sebab nampak jembalang… sebab takut hantu. Dah tak boleh nak cover apa dah. Baca ayat kursi tak putus-putus, masih kembang kecut dalam perut.

Patut aku bangun tahajud, tapi biasala… lebih suka layan perasaan. Dengar pengaruh setan.

Kadang aku rasa life aku cam tak boleh settle. Rasa cam menyesal sambung belajar. Sebab aku rasa buat tekanan berganda pada diri sendiri. Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam… mmmm korang sambung la sendiri.

Tu pun ada hati nak sambung phd.

Aku kalau dah start meroyan, mula la pekik-pekik arwah ayah dalam hati. Seolah-olah rasa dengan panggilan tu, aku akan nampak jalan penyelesaian depan mata. Padahal akal sihat aku penuh sedar bahawa arwah takkan pernah hadir ke alam nyata.

Orang yang ada pengalaman je tahu macam mana rasa dia.

Aku pujuk diri sendiri. Aku kata… aku boleh, aku boleh. Aku strong, mesti boleh. Ini cuma dugaan kecik. Masih jauh perjalanan aku, kalau Allah izinkan usia aku untuk melaluinya. Kalau kat sini aku dah give up, macam mana nak capai cita-cita? Macam mana nak gembirakan emak? Macam mana nak tingkatkan taraf hidup keluarga? Macam mana nak jadi kaya?

Ada phd boleh jadi kaya ke?

Memang down kalau takdir Allah tidak selari dengan perancangan hidup yang kita bina.

Aku cuma perlukan sedikit kata-kata semangat. Perkataan positif, perkatan boleh, perkatan ok.

Kawan… katakanlah kepada aku begitu.

Aku menunggu….

saye: survivor

Related posts:

Comments

  • acucute:

    yakin boleh…
    aku yakin kau memang boleh…
    semangat kau kuat…
    jangan mudah putus asa…
    aku sentiasa menyokong…
    gud luck dear…

    wie Reply:

    semangat aku kuat? aku belakon je… :(
    hakikatnya aku selalu burst…
    huwaaaaaaaa
    kalau la makcik aku ni supervisor aku kan ke bagus…
    plus banker lagi best…

    acu… aku doakan ko kawin dengan hartawan meletop yang hensem, murah hati dan berhemah tinggi

    boleh mintak sponsor sambung phd…

    heeeeeeee

  • Sulhi:

    dear widura,

    aku memahami perasaan mu itu, kerana suatu ketika dahulu, aku juga pernah menangis bersendirian kerana tekanan belajar master di ukm. aku tahu kamu lah makhluk tuhan yang paling tabah dalam menempuhi segala cabaran.

    kamu jangan menangis kerana tangisan mu itu juga akan turut membuatku menangis. apa yang penting adalah kerja sama, eh silap, apa yang penting adalah ketabahan hati dan kecekalan jiwa.

    takdir adalah satu perkara yang memang tidak boleh kita lawan. siapa tahu, kalau misalnya orang yang kita sayang tiada esok hari. plan macam-macam seperti holiday dan sebagainya, tetapi alih-alih esok dia pergi menemui ilahi.

    jangan lah kamu stress wahai puan widura. aku di sini senantiasa memberi sokongan kepada kamu. dan aku juga sedia membantu kamu dari segi apa yang bolleh…

    wie, bila habes master, kamu akan rasa lega sangat…dan jangan sambung PhD terus. berikan masa untuk akal mu berehat, at least setahun la…

    dan wie, aku tahu kemampuan mu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. seperti kata Jordin Sparks – take one step at a time, wokeh?

    :-)

    wie Reply:

    huuuhuuuhuuu~~~~

    i thank Allah for a friend like you…

    gile stress….

    gile need semangat…

    babe… yep… kitorg pernah rancang holiday besar2n…. tapi x sempat pegi coz ayah aku dah pegi holiday yang lagi besar dari tu…~

    oh Allah…
    berikanlah kami kekuatan untuk menempuh setiap ketentuanMu yang hikmahnya hanya Engkau sahaja yang tahu…

    oh Allah…
    aku mohon Engkau lindungi kawanku ini… berkati jalan hidupnya… jauhi dia dari jalan durjana….

    insyaAllah

  • nus:

    b strong!!

    *aku x pandai karang ayat..tp satu pkataan tu lah yg bisa buatku bediri lg..

    wie Reply:

    iya? aku berdiri… tapi goyang…. angin kuat… kadang ribut… kadang topan…

    harap tempoh ini tak terasa lama…

    Oh Allah… permudahkanlah laluan kami semua

  • Dear Widura.. kadang-kadang Allah nak bagi ujian je tu dengan macam-macam perasaan tu. Siapa tahu, dengan PHD ko tu kan, nanti bakal menjadikan kau adalah wanita yang dapat membantu suami kau bagi menyara hidup anak-anak-.

    Nanti, anak-anak kau dah besar, nak mintak apa pun, kau dah boleh adakan. Dah takde nak bergenang-genang air mata mengenang nasib sebab tak dapat nak sediakan keperluan anak…

    Kita tak tahu what happen next dear. Belajar tak akan mengecewakan kau. Tu semua ilmu. Nabi Muhammad pun suruh kita tuntut ilmu banyak-banyak, kan?

    Jadi, just do it! :) HAPPILY!!! :)

    wie Reply:

    betoi la ina… dah tau tu… tapi bila tensen cam malas nak pk positif kan… semua rasa cam beban je… tapi bak kata hang… juz do it… happily….

    walaupun azabnya Tuhan aje yang mengerti

  • zu:

    babe, ko stress sebab study ke? atau ade perencah2 lain yang menyedapkan stress kau tu? kau tau kan life aku macam mane? stiap manusia tu Allah dah bagi bahagian masing2. tak lebih tak kurang. kita anggap je tuhan uji sebab tuhan tau kita mampu menampungnya. aku pun LONGLAI kalau terlalu melayan ajinomoto hidup ni.. tapi tuhan bagi kau.. sob.. aku tak tau kalau aku tak kenal widura. aku mungkin tak sekuat ni, T_T

    wie Reply:

    huwaaa… kalu nak sedapkan hati… aku selalu bandingkan life aku dengan insan yang lebih teruji…

    tapi kadang suka nak banding life dengan orang yang nampak totally happy…

    padahal mana ada hidup yang perfect serba serbi?

    memang banyak perencahnya hidup neyh… kadang rasa cam dah tak boleh go lagi…

    mujur ada teman sejati…..

    tapi aku rindu masa dulu… masa ko ada tak lebih 50 kilometer dari aku…

    agak2 otak tepu… drive je cari cikzu….

    huhuhuhuhuhu~~~~~~

  • tiha:

    dearest wie…Jika Allah turunkan dugaan kepada hamba-Nya tu menunjukkan Dia sayang ko…and Dia tau yg ko cukup kuat n tabah…ambil kekuatan dr Safi and people around who love u…semua mendoakan yg same supaya ko tabah…buat pelan2…ambik nafas dalam2 dan hembus…mintak ketenangan dr Dia yg Maha Esa

    wie Reply:

    yep chegu… i will always remember that… cuma aku manusia… time nak hiba, time rasa cam nak gila boleh ada bila-bila masa…

    dugaan kadang datang bertimpa-timpa
    mujur ada iman dan ilmu di dada

    mujur ada juga kamu semua…….

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments