Archive for May, 2010
Spesis entri yang paling aku sukai.
MAKAN………
Kali ni kat Seremban.
Burger Ijan.
First time gi sini masa on the way nak balik kluang. Ikut Lekas, masuk Seremban, lalu Stadium Paroi, terus teringat gerai burger femes yang pernah kuar rancangan Warung Kita kat Astro. So ape lagik, buleh la try.
Memang sedap mak cakap ko! Tapi aku baru je try berger daging ngan roti john daging nyer. Banyak lagi menu belum try.
Marbelos. Tak rugi korang pusing-pusing carik tempat ni. Kalu dari Stadium Paroi tu, dah dekat dah. Ingat lagi kitorang tanya direction dia, satu brother tu cakap, simpang lepas stadium, amik kanan, pastu amik kiri. Jupe! Dia tompang tepi kedai mamak. Area perumahan.
Menjejeh2 sos + mayonis masa aku makan. Pijor pulak mulut.
Buka dari 3 pm hingga 12.30 am. Setiap hari.
Lokasi:
408 Jalan Cenderawasih 2,
Taman Paroi Jaya,
70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Nah google map.
saye: kalu dah pegi share sama aku ye
Related posts:
“Aku tak reti mengajar. Aku tak mungkin jadi cikgu.”
Itu titah aku… satu masa dulu.
Mungkin titah telah makan tuan. Hari ini, aku terpaksa tunduk akur kepada ketentuan Tuhan yang lebih kenal jalan yang terbaik untuk aku jadikan pilihan.
Nanti la aku cerita sikit-sikit macam mana aku boleh tiba ke jalan yang ini. Later.

Guru adalah pemandu arah kehidupan. Aku sesungguhnya tidak menafikan, bahawa peranan guru dalam membina jati diri insan telah memberi pengaruh besar kepada siapa diri kita pada hari ini. Secara langsung atau pun tidak.
Di ruang ini, pernah aku katakan dulu (sini).. guru itu terlalu ramai jumlahnya, terlalu luas pengertiannya. Dari seawal pelajaran pertama ~ sehingga telah melelapkan mata. Guru mengiringi sepanjang usia.
Justeru guru… walau siapa pun mereka, walau apa pun pelajaran meraka yang telah aku kunyah dan hadamkan, terima kasih ke akhir nyawa. Selagi tubuh ini bernafas, selagi ilmu itu bermanfaat, jasa kalian utuh takkan pernah pudar.
Kepada cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu uitm, cikgu ktc college, cikgu msu, dan cikgu ukm. Tidak ketinggalan cikgu penulisan, cikgu php, cikgu wordpress, cikgu flash dan bermacam-macam cikgu lagi.
HAPPY TEACHER’S DAY.
Kalian akan abadi di dalam hati ini.
saye: the best teachers teach from the heart, not from the book.
Related posts:
Aku dah bosan dengan template lama.
Tak sempat nak printscrn. Tapi dulu aku guna template rhea. Cuma aku dah ubah2 sana sini. Lama pakai theme ni. Lebih setahun.

Asalnya niat nak tukar template sebab jeles tgk template blogger lain yang sgt comey. Usually it comes with header yang comey.
Try2 jugak men-design banner yang cun. But macam biasa… aku bab-bab design memang fail (haih… tataula nak kena cakap bape kali… AKU TAK BOLEH DESIGN).
Dan kemuncaknya bila aku rimas benor nak insert code here and there dalam page. Ngohoho… cabaran yang tak berjaya disahut semasa nak apply facebook social plugin. Malas seh. Maka aku decide untuk tukar template aje.
So after pencarian tak sampai beberapa minit aku jupe rustic-portrait.

Berkenan dengan random imagenya itu. Tempting oh! Terus donlod dan lupakan template hebat yang lain.
Cuma template ni… hebat kat index je. Masuk page lain… tak sempurna. Penat aku nak edit balik.
Cadang nak edit selow-selow. Sampai tak nampak cam original rustic-portrait nye. Caiyok!
saye: iya… saya blogger tegar… kadang-kadang
Related posts:
Macam best je dapat bunga.

Walaupun bukan aku yang dapat.
Ini untuk mereka…

Sempena hari jururawat antarabangsa.

Kadang-kadang MUCH memang pandai amek hati.
Promosi sket… sini
Semoga menjadi generasi jururawat yang hebat.
saye: nanti teacher’s day ada bunga jugak tak? ngeee~
Related posts:
Nama pun kedai nasi ayam, memang la dia tak jual menda lain dah. Duduk je situ, cuma sebut nak berapa.
Tapi air ada la pilihan.
First time gi sini encik asben bawak. Masa tu tak kawin lagi. Ait, banyak btol tempat makan n encik asben yang introduce kan? Dah memang dasar kaki makan!
Punyala ramai orang beratur. Sampai keluar kedai. Yang makan situ pun kena “wait to be seated”. Padahal kedai panas macam takde siling je aku rasa.
Sedap sedap dan murah. Harga tak hengat. Dalam RM3 kot?
Lokasi: dato’ keramat (depan surau al-akram)
saye: kalu tak sedap aku tak promot











