Archive for May, 2010
Mother’s Day.
Aku jarang-jarang nak ingat pasal mother’s day. Bukan sebab sebelum ini aku bukan seorang ibu.
Cuma aku memang jenis yang tak kisah sgt pasal sambutan-sambutan mahupun kejutan-kejutan.
Even nak compare hari biasa dengan hari besday dan anniversary aku pun cam tak ada kelainan.
Kalau ada, baguslah. Tapi selalunya aku lupa macam tu aje.
Tah la, aku rasa, aku bukanlah orang yang tak reti nak beri penghargaan (baca Aku dan Dia – Versi Tak Romantik 1). Tapi mungkin bukan dengan ucapan, sambutan atau kejutan.
Tahun ini, dalam blog ini… kepada emak…
SELAMAT HARI EMAK.
Walau hari-hari pun… adalah hari emak. Sama ada emak ada di sisi atau pun tidak.
Aku malas nak jadi makcik sentimental kat sini.
Tapi emak, di sisi aku… adalah sang permata hati. Cahaya hidup yang tak pernah kecundang untuk menerangi.
Emak adalah semangat aku. Menjadi sebab kenapa aku perlu meneruskan hidup, kenapa aku perlu bertahan dengan setiap cabaran. Kalau aku ada masalah, dan rasa macam dah mula give up, yang terbayang dalam kepala aku adalah emak.
Kalau tiba-tiba aku rasa cam nak benti keje, aku ingat mak.
Kalau tiba-tiba aku rasa cam nak benti belajar, aku ingat mak.
Kalau tiba-tiba aku rasa cam dah tak daya dengan hidup berumahtangga, aku ingat mak.
Kalau tiba-tiba aku fedap dengan adik-beradik, aku ingat mak.
Kalau tiba-tiba aku bosan dengan hidup… aku ingat mak.
Kalau dipaksa untuk memilih, antara emak dengan sesuatu yang lain… definitely aku pilih emak.
Biarlah dunia terbalik sekalipun.
Aku cuma ada satu emak.

Mak aku rock… sentiasa maintain cun dan belia. Walaupun hakikatnya beliau terus memanjat tangga usia.
Yang dulu-dulu selalu cam kembang-kembang punggung dok bangga – sebab bila aku jalan ngan dia, orang akan ingat aku jalan ngan kakak… atau dengan kawan.
Tapi skang dia dah tak heran. Dah biasa la katakan.
Semoga Allah lanjutkan usia, beri kesempatan untuk kami bersama-sama, sedikit lebih lama – di dunia.
Akhirat yang kekal pastinya.
saye: mak ko no deh?
Related posts:
Aku memang tak reti, nak update status kat fb camni…
“Abang, sayang rindu sangat kat abang. Cepat la balik!”
Yang aku tau, kalau dia lambat, aku cuma kol dia dan pekik…
“Bila nak balik?”
Aku juga langsung tak reti, nak update status kat fb camni…
“Abang, terima kasih atas hadiah yang abang bagi tu… suwittt sgt. Love u.”
Yang aku tau, kalu tetiba dia belikan aku apa-apa, aku akan terpekik…
“Mana dapat duit?”

saye: gile x romantik
Related posts:
Hey ini sebuah entri sticky…
untuk maklin… aku tolong promosi
kelik gambar ini
amacam? ada berani?
saya berani… weeeeeeee
*****
*****
Saya adalah Sweet Bonda kerana…
sentiasa comel beraksi remaja,
meski sibuk berkeluarga dan berkerjaya.
sentiasa melapangkan masa mengepam di mana-mana,
pabila tak bersama anakanda tercinta.
sentiasa awal ke tempat kerja,
untuk mengepam sebelum sesiapa.
sebaik pulang ke rumah nan syurga,
terus menyusukan dengan gembira.
sentiasa tekun memenuhkan peti ais,
dengan harapan stok susu tak akan habis.
sanggup tersengguk berjaga malam,
memujuk anak jangan meragam.
kadang tertido semasa di office,
nasib baik dapat bos yang sporting abes.
sentiasa ceria walaupun renyah,
sentiasa sabar di dalam payah,
sentiasa ketawa tatkala penat,
asal dengan menyusukan anak kan sihat.
sentiasa berusaha dan berusaha,
penyusuan eksklusif matlamat utama.
kerana itu tiada keraguannya,
bukankah saya ini “a sweet bonda”?

she said the medela harmony will make her meals more yummy
saye: majulah penyusuan ibu untuk negara



