Aku sedikit lega. Dari tahun ke tahun, segala cabaran dan dugaan telah kami tempuh.

Dan ianya tidak mudah.

Perit, pedih dan sakit. Bukan sedikit dugaan yang kami terima. Termasuklah dengan segala komen dan kritikan. Ada yang membina, tak kurang yang seolah menjahanamkan.

Berkahwin pada usia muda, terutama ketika masih dalam pengajian, sememangnya mengundang pelbagai persepsi dalam masyarakat. Mungkin ramai yang tidak tahu, aku bernikah bukan sebab suka-suka. Tak ada istilah gatal nak kahwin muda.

Aku bernikah atas permintaan emak. Permintaan yang emak lafazkan beberapa jam selepas ayah selamat dikebumikan.

Memang ada yang menyebut, kubur masih merah.

Okeh, tak payah nak cerita banyak-banyak. Semua dah berlalu. Dengan baik, dengan penuh restu.

Namun untuk meneruskan pelayaran di atas bahtera perkahwinan selepas itu… susah dan senangnya, Allah aje yang lebih tahu.

Mujur ada iman, ada ilmu di dada. Walaupun tidak penuh.

Mujur ada mereka.

Hari ini, setiap kali melihat dan mendengar anak-anak murid aku merungut bermacam perkara, aku rasa rimas. Sebagai seorang yang pernah duduk di tempat yang sama, tambahan lagi memikul tanggungjawab berganda, aku rasa sayang sekali seandainya seorang pelajar membazirkan masa dan usia dengan tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Usia muda tidak datang berkali-kali meskipun waktu untuk mengejar ilmu pengetahuan adalah tidak terbatas.

Dulu, zaman mahasiswa aku sarat dengan pelbagai kisah. Tiga tahun… tiga tahun yang tidak pernah mudah. Aku pernah sakit, pernah menjaga ayah yang lumpuh sebelah badan, kehilangan ayah, mendirikan rumah tangga, kehilangan atuk, suami kemalangan, suami sakit dan kemuncaknya emak sakit teruk semasa aku sedang bergelumang dengan final projek.

Ada ketikanya aku rasa sudah tak tertanggung lagi. Dada macam nak meletup. Ada la tiga empat lima kali aku menangis dan menjerit sambil menekup mulut sendiri. Pedih!

Sampai sekarang pun aku boleh menangis kalau mengingatkannya.

Tapi korang tahu apa yang aku perolehi selepas melalui semua itu?

Tak kisahlah kalau korang kata aku nak show off. 6 semester dalam pengajian, cuma sekali aku tercicir untuk sebaris dengan penerima anugerah dekan. Sekali… selepas tragedi kehilangan ayah, selepas bernikah.

Tak tau lah sebab stress atau apa. Tapi semester tu, semua member aku pun drop sama.

Aku rasa, aku menamatkan ijazah aku dengan linangan air mata. Dan… dan dengan jeritan batin.

Tapi hari ini, aku rasa bangga. Dalam segala dugaan dan cabaran tu, aku tetap berjaya. Memang aku berharap dan yakin akan menerima anugerah semasa hari konvokesyen degree. Aku nak buktikan, yang aku tidak tersilap dalam membuat keputusan, yang aku tidak mengalah kepada tuntutan kehidupan, yang aku tidak tewas kepada cabaran, yang aku tidak tunduk pada cemuhan. Dan yang pasti, aku telah kotakan segala janji yang aku lafazkan.

Tak patut ke aku rasa bangga? Aku rasa orang sewel je yang tak bangga.

Encik asben… setelah bertahun memerah tenaga dan otak, berkejar dari opis~rumah~msu, berhujan-berpanas, tak tido malam, tak sempat makan, err… bertekak dengan lecturer… bertekak dengan bini… akhirnya graduate jugak… tanpa pernah mengulang paper.

Dia adalah seorang anak, seorang suami, seorang ayah, seorang abang sulung, seorang pekerja, dan seorang pelajar. Dan hari itu adalah harinya ~ Konvokesyen MSU ke 7, Jun 2010, PWTC.

Berjayakah dia?

Kejayaan di atas kertas bukanlah segalanya. Tapi itulah yang mahu dipandang oleh setiap mata dan setiap jiwa di dunia.

Ini hanya langkah pertama.

Mana tahu ada rezeki tambah title dr. kat pangkal nama.

Aku mahu berdiri lebih tinggi. Bersama dia.

saye: nak power lagi, tambah title professor, boleh ke?

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments