Dulu, masa kecik-kecik, masa umur dalam tiga ke empat tahun, kalau mak tanya sayang mak banyak mana, sayang ayah banyak mana… aku tunjuk dengan jari.
Aku sayang ayah tujuh jari. Balance tu mak punya.
Kalau hari ni mak tanya aku soalan yang sama, mesti aku kerut dahi, kerut kening, kerut mata. Tapi mak takkan tanya punya.
Kasih itu, kalau dihitung tak pernah nampak nilai dan bahagian-bahagiannya. Kalau dikongsi tak pernah rasa sempadan-sempadannya. Kalau diberi, tak pernah terasa pergi dan datangnya. Ia bukan seperti wang. Semakin diberi, lahiriahnya semakin kurang. Kasih itu, semakin diberi, semakin banyak yang datang.
Aku belajar mengasihi ayah dalam senyap. Kerana kasih itu, Allah takdirkan aku duduk menyaksikan helaan nafas terakhirnya.
Semakin lama ayah pergi, semakin kekar kasih untuk ayah dalam jiwa ini.

tak banyak gambar ayah dalam harddisk aku… dia pergi masa digital camera tercanggih masih 4MP
Dedikasi ini sedikit lewat. Untuk semua ayah yang dikenali… ketahuilah anda semua hebat.
Buat ayah Safi… selamat menyambut hari ayah buat pertama kali. Sungguh menyenangkan memiliki kamu dalam hidup kami.

Buat abah @ atok mael… didoakan semoga sihat sepanjang usia. Kurangkan gula dalam makanan, maniskan dalam senyuman… cewah.
Buat alang @ toktak… semuga dilimpahi rezeki yang berterusan dan menjadi superabah yang bersinar sepanjang hayat. Katakan taknak pada rokok… please……….
Buat pak anjang @ atok anjang… semoga panjang usia dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik. Wajah dan senyummu itu penawar rindu.
Buat paklong bahau… juga semoga panjang usia dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik. Suaramu itu, kalau ada… kadang memekakkan telinga, kalau takde… sure rindu punye.
Bagi senarai 2,4 dan 5, jangan lupa renew stok gigi masing-masing.
Buat abg long @ abah ameer… semoga berjaya menemui kehidupan yang lebih baik dan menjadi abah yang disayangi dan disegani.
Selamat Hari Ayah… love uols foreva and eva.

saye: my heroes
Related posts:
Comments



rindu jugak pada dia… yang sudi menjadi bapa kepadaku… yang sibuk menguruskan hari bahagiaku… dia sentiasa ada dalam setiap doaku seusai solat fardhu… Selamat Hari Bapa…
Entri ini jugak mak baca dengan air mata sedang abang ashraff tidur diatas riba. Kalau ada ayah tentu dia tidak akan sebegini manja dengan mak. Sukar utk di luahkan dgn kata2 tapi itulah keunggulannya menyebabkan sehingga saat ini tidak ada sehari pun yang ia tidak diingati walau telah lebih 4 tahun ayah tiada…. gambar tu cantik. Antara kenangan2 terakhir dengan nya.