Archive for July, 2010

Dah tengok gambo-gambo cik safi kat fb? Terima kasih besar-besar kepada ceeka lensa.

Heart korang…

Memposing dengan aksi ataupun secara candid adalah… horror. Walaupun pernah terpaksa memposing semasa wedding dulu, tapi posing outdoor was soooooooo tiring. Mebi sebab terpaksa menguruskan dua budak kicik.

Bapak penat okeh!

Cik safi boleh la. Penat je, tido. Lapar je, mintak susu. Mak ni haa yang sangap nak carik port angkat baju. Ngahaha….

Tu belum masuk exercise free mendukung cik safi seberat tujuh setengah kilo sejauh satu kilometer (kot?), disebabkan tahap konpiden cik-cik ceeka yang akhirnya tersosek jalan. Weh, kamera korang tak sampai tujuh kilo okeh! Aku yang hongeh! Sabau je la.

Eh tak cakap lagi lokasi ek? Ala tau kan. Ini sume kat bukit tinggi, pahang. Kitorang landing kat tiga tempat. Japanese village, colmar tropicale dan rabbit park.

Of cos la japanese village paling best. Bagi aku la. Sebab masa tu masih pagi, sejuk dan tempat itu wangiiii.

Ini sesi tido yang pertama. Nak je aku join sekali. Dah le aku bangun pukul lima pagi weekend tuh. Siap masak lagi nak bagi cik-cik ceeka makan

Sebelum kena maki, baik aku ngaku aje. Bukan aku yang masak. Itu mi, encik asben yang goreng. Amacam ceeka girl? Boleh kami bukak warung? Aku jadi manager aje la. Sambil bungkus sandwich. Boleh?

Err… bukak warung dekat parking lot strategik tak? Lalalalala….

Snap sampai abis bateri. Tak aci, memory belom abis, bateri dah abis. Saje je korang eh? Ngahahahaha!

Naik sawan aku handle keinginan dia nak naik donkey. Berjaya jugak naik. Tapi sangat respek sama ini pakcik. Mana la dia warisi semangat kesukanan macam ni?

Conclusion, hepi enough. Len kali boleh panggil ceeka lagi. Diskaun okeh? Jangan riak. Tak baik untuk kesihatan. Hahahaha… eh tak kelakar ek?

saye: kalau dah best, jangan dengki kat orang yang tak berapa nak best… tapi ceeka memang best… apalagi… promosiiiiiiiiiii

Related posts:

Untuk semua wanita-wanita hebat…

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

***

saye: aku nak cepat… sape takde dalam gambar sila superimpose sendiri… hehehe… sape aje yg bergelar wanita dalam idup aku… korang sume BEST!!!!!!!!!

Related posts:

Sorang member pernah tegur handbag aku…

“Cantik beg wie. Berapa beli?”

“Tatau lah beb… orang bagi.”

Sebenarnya aku tau je harga beg tu. Malas je nak cakap. Tapi dia ni macam tak puas hati.

“Cantik la… berapa harga eh?”

“Ala… dalam seratus setengah je.”

“Seratus setengah je? Jimmy Choo kan?”

“Jimmy Choo tipu.”

“Owh! Ingat ori.” *dengan muka tak ble blah dan terus tak interested

Aku pulak yang tak puas hati. Padahal baru je tadi gila-gila puji beg aku. Sampai panik-panik nak tau harga.

“Apsal? Kalau tak ori dah tak cantik eh?”

Selamba je aku tanya kan. Macam dah perli abes la konon.

“Ha-ah!”

Haa kau… jujur lagi berterus terang jawapan dia. Ambik aku!

saye: jimmy choo tipu pun orang bagi… kalau aku sori la… jimmy choo tipu pun sumpah aku takkan beli… sekarang ni laaa… sok sok kalu aku jadi millionaire, jangan kata handbag jimmy choo… butik jimmy choo tu aku beli… boleh?

i wan to move it move it  ci

Related posts:

~ Abang sayang No tak?

~ Kadang-kadang…

saye: ni mak ayah aku… aku pun wat gini kat laki aku… wakaka

Related posts:

Jumaat lagi. Aku mohon kepada Tuhan, berikan kau iman, berikan kau keberanian. Aku di sini sedang membekalkan doa – moga kau tabah.

Setiap manusia dijadualkan kesempatan untuk meniti minit-minit menangis. Dalam hayat kita, walau sekali, saat getir mesti ditempuh. Ia menjelaskan kepada kita, bahawa dunia bukan syurga… bukan untuk selalu ketawa. Ia memberitahu kita, bahawa menangis itu juga kehidupan… satu simpang untuk menuju masa depan.

Manusia normal akan menangis. Jika tidak menangis, kau bukan manusia. Mungkin kau adalah batu… atau pokok.

Tiap-tiap seorang daripada kita, diperuntukkan bahagian yang berbeza-beza. Nisbahnya sama. Andai kau rasa hidup kau sering dilimpahi suka, bersyukurlah. Andai sebaliknya, yakinlah bahawa rencana Tuhan itu lebih bijak, lebih saksama. Dengan kesusahan, kita diangkat sedarjat lebih tinggi di sisiNya.

Tuhan maha adil. Percaya?

Garisan hayat ini tidak mungkin selalu lurus. Ia normal berbelok-belok, bersimpang-siur dan berliku-liku. Jatuh bangun itu perlu. Jika tidak, kita tidak belajar menjadi tabah. Kerana hidup tanpa cabaran, bukanlah hidup yang sebenar. Watak yang hidup tanpa cabaran, tidak pernah wujud dalam mana-mana buku, filem, hikayat atau sejarah.

Aku mungkin jauh untuk menghulur tisu atau bahu. Aku hanya ada sedikit kata-kata.

Kawan, melangkahlah. Sinar di hadapan menunggu.

saye: life without challenges is not worth living

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments