Dah lama tak wat entri makan-makan.

Kengkawan yang pernah baca blog lama aku, yang aku develop sendiri itu, yang huduh tu (ingat lagi x?) mebi pernah baca entri aku gi brunch kat pan pac klia ni. Tapi tu tahun 2008. Masa tu aku nak depart ke Abu Dhabi.

Kali ni, me n my family lepak lagi kat sini. Before depart ke Heathrow. Brunch jugak. Tak silap aku, sesi brunch ni ada setiap Sunday aje. Price RM50 per head. Dulu, masa 2008, brunch ni setat pukul 11 am. Tapi yg terbaru ni setat pukul 12pm pulak. Eh, itu bukan brunch. Itu dan lunch namanya. Bongok!

Sayangnya, masa ni aku tade kamera. So tak banyak le gambo makanan yang dapat aku amek. Plus, cik Safi bwat orkestra pulak. Haih, nak enjoy da food pun tak senang. Anak aku ni, kalu berjalan, dia jadi malas nak menyusu. Agaknya sibuk nak tengok keliling atau pasal baju aku kacau muka dia. Dah mak nye nak melaram, pakai baju dua tiga lapis. Bila nak menyuap anak dah seksa. Sudahnya, anak kelaparan, meragam aje le kejenya.

Safi safi… tunggu sebulan lagi hang dah makan solid food, aku sumbat makan sedap-sedap. Amik ko! Tak makan pun dah bulat, makan sok mak tatau la besor mana.

Jangan la obes hendaknya.

So gambo2 ni dtgnya dari lovely ayong aka paris hilton besar. Sila baca satu-persatu… paris… hilton… besar! Yey! Credit to mr. blackberry yang hayatnya mungkin tinggal tak sampai sebulan aje lagi. Betoi ke ayong?

Ini plate pertama aku. Aku amik one piece setiap menu. Kang santak perut, dah takde space, rugi pulak.

Okeh, ini pemandangan saje. Nak melantak nasi boleh, nak cereal boleh, nak sushi ada, nak pasta siap, nak salad tersedia… tu x masuk desert yang lengkap dari kuih-muih, kek, pastri, ice cream n the most important is chocolate fountain yang marbelos… tersedia bersama marshmellow dan buah-buahan segar. Sori eh tade gambo. Ni ayong la ni… sibuk makan sampai tak snap.

Dua kali aku datang, dua kali jugak makhluk ni ada bersama. Kerja dia senang. Beramah mesra dengan pengunjung, pastu bwat belon mengikut permintaan.

Ni antaranya saje. Kitorg ari tu ada 8 orang. Sorang dapat satu. Tapi aku tak snap sume. Yang atas tu swan, bawah tu flower with holder. Lain-lain ada butterfly, dragonfly, gun, teddy bear, dan macam-macam lagi la.

Ini le paris hilton besar. Tak lama lagi akan jadi tokey butik ternama di Malaysia. Yang pastinya website butik tu aku la webmasternya okeh. Ingat tu ayong? Yip yip.

Princess of the day. Nasib la ko baru 5 bulan. Banyak betoi songeh!

King of the day. Pun rasa cam nak cepuk-cepuk je bila dia tangkap jeling. Nasib la ko blum mumaiyiz.

More pic dekat fb.

Okeh… kalu nak try boleh la ushar-ushar. Aku rasa, worth la kalu nak lepak-lepak with family ke, kawan-kawan ke. Bley makan makan makan segala macam hidangan kat sana, plus tempatnya sangat selesa untuk korang berguling-guling. Siap ada clown tukang buat belon.

Kalu korang parking kat klia, amik buggy, dia akan bawak korang cross the bridge so tayah la jalan jauh2. Esp yang kuat melaram dengan stiletto enam inci tu kan. Takpe, this place worth enough untuk tepek mekap dua inci. Tak cair punya. Kondisi ekonnya hebat.

Korang percaya je la words abu dhabi n heathrow tu ye. Ekceli aku nak pakai ctrl+f n replace it tu sarawak n sabah. Tapi nampak cam nice aje… so aku biar aje la. Oh one more… yg 2008 tu encik asben yg depart, n 2010 ni dia jugak yg arrive. Both to n from east malaysia… only!

Ayah aku dulu, asal ditanya “mana?”, jawabnya mesti “london”. Akhirnya berjaya jugak pegi london… twice. Aku pun nak la sebut selalu… london, italy, turkey, egypt, oslo, newyork, vegas, japan, korea, hongkong, australia, newzealand, dubai, france, greece, goldcoast blablabla.

saye: aku dah pi mekah ye… korang jangan nak setat ceramah… eh, terasa sendiri pulak!

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments