Dah hari jumaat. Hari kemenangan untuk satu minggu. Menang sebab berjaya untuk tidak cuti, tidak EL dan tidak MC. Dan selalunya kalau encik asben kuar outstation satu minggu, hari jumaat adalah hari perjalanan pulang ke rumah. Hoyeh!
Sejak pregnen, sampailah ada cik safi, permulaan setiap hari, menjadi sangat challenging. Dulu, paling awal aku akan bangun pukul 5.45 am. Ada jugak orang persoalkan, apsal aku bangun cepat sangat. Padahal opis aku pun setakat 7 km je dari umah. Jawapan aku mudah. Aku mandi lama nak mampus. Aku pun tatau apsal aku amek masa berminit-minit nak mandi. Tapi dah jadi tabiat dari kecik, so dah takleh nak ubah.
Dulu, masa umah kat Mahkota Cheras, aku kuar umah dalam 6.45 am. Again, orang persoalkan, apsal aku kuar awal sgt. Jawapan aku pun simple. Simpang nak kuar dari Mahkota Cheras jem gila-gila. Kadang kat situ aje tersangkut 20 minit. Seriyes annoying. Nama je kuar awal, tapi sampai opis sama je macam orang yang kuar umah lewat.
Dekat MUCH, untuk academician, waktu kerja boleh bermula seawal 7.30 am. Maknanya boleh balik 4.30 pm. Bagi yang tanak masuk awal, boleh pilih untuk masuk pukul 9.oo am which bermakna kena balik pukul 6.00 pm. Tabiat aku satu lagi ialah, aku rela bangun pagi buta, merangkak-rangkak masuk bilik air sebelum fajar terbit dan terhegeh-hegeh kuar rumah sebelum matahari terbit, asalkan aku boleh jejak lantai umah, sebelum waktu bayangan tiap-tiap sesuatu jadi sama panjangnya dengan keadaan dirinya. Heh, ko paham maksud ayat tadi?
Maksudnya aku nak berada kat rumah dari petang membawak ke malam supaya time berada di sisi family itu terasa lebih lama. Padahal kalau campur tolak mana-mana waktu pun, sama aje.
Skang, selepas kelahiran cik safi, rutin pagi aku tambah challenging. Nak nak, aku baru pindah umah. Jarak ke opis sudah jadi 12 km. Cuma yang lega sikit, no more trafik problem. Kuar simpang umah terus highway. Tak macam dulu, dari umah nak ke simpang depan highway aje dah 3 km. Jem lagi. Now tade dah sume tu.
Tapi aku still kena bangun awal. Lebih awal dari dulu. Tiap-tiap malam aku set alarm pukul 5 am. Bangun ke tak, belakang kira. Aku kena bangun awal sebab, satu… aku mandi lama. Dua… aku kena breastfeed safi b4 kuar umah. Tiga, aku kena pump sekiranya perlu. Empat, kalau boleh aku nak breakfast kat umah sket. Lima, aku nak kuar pukul 6.40 am. Haa… yang nombor lima tu mmg macam bodo sket. Bodo sebab gedebuk-gedebak paranoid nak kuar awal, padahal bila sampai opis, pernah pintu depan department pun tak bukak lagi. Patut la kadang aku tgk staf2 yang datang awal gila tu, selalunya tido dulu dalam keta.
Ekceli, dah jadi tabiat aku jugak, dari sekolah, suka datang awal. Untuk apa, aku pun tak pernah nak tau. Mebi sebab aku rasa selesa sampai awal. So that, aku tayah kecut perut takut lewat kalau-kalau tengah jalan jem ke, ada xciden ke, tayar pancit ke or apa-apa aje menda yang menambah kelewatan yang tak sepatutnya berlaku. Ikutkan, aku pun sama macam kebanyakan orang. Bukan senang nak bangun pagi.
Thats y aku prefer company yang office hour start awal berbanding lewat sebab aku akan jadi sangat terpaksa untuk bangun pagi. Pernah dulu, sebelum masuk MUCH, company aku keje tu, office hour dia 9.30 am – 6.30 pm. Lagu ni… memang aku bangun dah subuh gajah aje tiap-tiap hari. Kot la nasib baik kalu subuh gajah. Subuh takyah pun sokmo. Bayangkan la kalu aku tak keje. Tido tido tido. Macam tak payah idup pun takpe.
Bangun pagi… memang la musuh utama setan. Sape yang dapat mengatasi masalah ni setiap hari, memang korang tergolong dalam kumpulan manusia terbilang. Kerana bangun pagi itu melambangkan kejayaan, kegemilangan dan kecemerlangan selaras dengan motto Malaysia iaitu Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Ewah!
Aku tak ada la melepasi tahap tu. Sebab bila weekend, prestasi bangun pagi aku akan merudum ke tahap fail.
Mak ai… panjang pulak mukadimah aku. Padahal aku cuma nak share fakta kebaikan bangun pagi dari kajian sains yang sangat aku sukai.
- Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah
- Kandungan ‘al-kartozon’ dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. ‘Al-kartozon’ baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
- Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
- Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
- Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan
Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.
Hoyeh… dan satu yang aku selalu dengar, mandi sebelum terbit fajar membolehkan kita awet muda. Wah… kelas. Tidak perlu spa, tidak perlu facial. Malah kajian sains membuktikan, mandi pagi sebelum Subuh, at least sejam sebelum matahari terbit, mengelakkan badan daripada gemuk. Ini kerana, air sejuk yang meresap ke dalam badan, boleh mengurangkan lemak dari berkumpul. Cuba perati orang yang amal mandi awal pagi, most of them tidak gemuk. Perhatian… mandi air sejuk. Bukan air panas.
Sape yang hobi mandi air panas… konpem penyakit pemalas korang akan jadi berganda-ganda. Aku dulu memang habit mandi air panas tak kira masa. Sampai dinasihatkan sorang pengamal perubatan berasaskan ais, barulah aku paktis mandi air sejuk, pun tak kira masa. Sekarang, aku memang anti dengan water heater. Korang toksah terpedaya dengan propa syarikat pengeluar water heater. Tu sume penjahanam nak melariskan produk.
Conclusion untuk entri ini, untuk diri aku dan uols sume, marilah sama-sama bangun seawal pagi. Mandi seawal pagi. Setiap hari. Bermula hari ini, sampai dah tak ada esok lagi. Boleh?
sumber: rushdunk.blogspot
saye: macam tak bape nak boleh
Related posts:
Comments



panjangnya entry kali ni..
ckp mmg senang,tp dugaan utk bgun pagi mmg byk..
selagi x pukul 9,mane nk bgun..
psl jem kt mc tu,sye mmg setuju..
kalo nk g kolej lalu mc,sakit nye hati..
kdg2 tersangkut lkt ctu smpi setengah jam..
sabar je la..
wie Reply:
July 16th, 2010 at 12:54 pm
pjg eh? rajin awak baca… baca dari awal sampai abes tak?
bangun pagi murah rezki… betoi tak tipu..
err sebab tu rezeki weekend selalu mahal kot… kah kah kah
Eeza Reply:
July 17th, 2010 at 12:01 pm
sye skip kebaikan bgun pagi je..
yg laen tu sye bace je…
da ckp sye follower terhebat,mesti la sye rajin bce smpai habis..
stakat bgun pagi jer x per lagi tapi bgun pagi + air sejuk memang cabaran besar..will work on it hard..tp kalo lewat malam better gune air panas..biar senangsikit nk tido kot..
wie Reply:
July 16th, 2010 at 1:59 pm
doktor aku kata…. NO! mandi air sejuk jugak… eh sape suh ko mandi lewat malam? bentan kang baru tau!
fakta yang sangat betul… pengalaman itu mengajar kita kan… dan ia sangat berkesan… tapi selalunya aku tidur balik selepas subuh…. lebih-lebih lagi weekend… hahaha….
wie Reply:
July 16th, 2010 at 3:35 pm
eh? ko masuk kije kul sembilan pasai tu la ko tido balik…. cis
haha..
masalah sy cik sri siantan
1.sy susah nk tido mlm..sbb prime time keje sy waktu mlm..time tuh mnimbun2 idea..time tuh tenaga kluar..ha..
2..kdg2 sy smpai tunggu subuh..da subuh..bru tidoo…no subuh gajah (sila jgn pcaya)..tp tu ar..rejeki di patuk ayam..ahaaa.
3.tp betol la..klu bngun kul 9am tu..mmg lemau..kesan lemau tu mlampaui batas dr bngun jam 9..pdhal jam 9 je,,bkn jam 12..eh..ko phm kan??
yaa..air sejuk sgt molek..sy klu trase nk demam..trus mandi air sejuk..siap syampoo bagai..syampoo pakai yg mint lg…ptg2 baik le demam..hui3
office hr; prev job off hr start jam 10.30am..mule2 aku teruja..lame2 (x la lame pun) aku trus tinggalkan notis atas meja..overla kan..ye la..aku prefer masuk keje jam 8am than 10.30..mane taknye..masuk2 keje stress..spanjang pjalan jem..nk balik pun stress..sbb duk countdown wat time nak balik…dah balik pun lg stress sbb jln mmg tahap jahanam punye jem..oleh itu..cabut!
da~
wie Reply:
July 19th, 2010 at 7:44 am
cik nus… begini ya dik…
1. adalah sgt digalakkan utk mula bekerja mulai jam 3 pagi kerana waktu itu produksi ilham berada pada tahap yang tertinggi… jadi sesuai benarlah bagi insan seni seperti adik untuk mulai bekerja pada waktu itu…
2. digalakkan untuk menunggu seketika selepas subuh, barulah tido balik… ini adalah kerana udara pagi adalah yang terbaik… maka apa kata adik keluar dari rumah menghirup udara bersih sehingga jam 7 barulah masuk tido
3. tidurlah hanya untuk merehatkan badan, bukan untuk membalas dendam
air sejuk mmg the best ya adik
start keje pada ketika hari dah naik mmg membongokkan diri… maka, bermulalah kerja sepagi hari supaya petang anda boleh berjimba-jimba bersama kesayangan hati…
adakah saya menjawab soalan adik…
(sila jgn percaya nasihat si atas… terima kasih…)