Kejadian berlaku di dalam sebuah rumah yang memiliki;

1. Bayi berusia 5 bulan dengan berat badan 7.5 kg di mana parents beliau menjadi ghairah membeli pakaian bagi kanak-kanak berusia tiga tahun dengan alasan “boleh pakai lama” kerana baju-baju sedia ada begitu cepat mengecik di badan bayi berkenaan.

2. Kanak-kanak berusia 3 tahun yang memiliki mulut, tangan dan kaki yang sangat aktif sepanjang masa (kecuali ketika beliau sedang tido)

    Waktu kejadian: maghrib beberapa hari yang lalu

    Bayi 5 bulan: *merengek, meneran suara macam kena dera akibat kebosanan

    Kanak-kanak 3 tahun: *bermain kereta mini sebanyak 9 biji sambil memekak tanpa limit

    Ibu bayi 5 bulan: Abang, adik nangis. Bagi kereta abang tu kat dia.

    Selepas 2 minit

    Bayi 5 bulan: *masih merengek, meneran suara macam kena dera akibat kebosanan

    Ibu bayi 5 bulan: Abang, tak dengar ke adik nangis? Bagi la dia kereta abang tu satu.

    Kanak-kanak 3 tahun: Abang dah bagi dah… tapi dia tade tangan.

    saye: fine

     

    Related posts:

    Comments

    Adv
    About Me

    the name is widura.

    seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

    suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

    Facebook

    Widura Abd Kadir

    Archives
    Categories
    Recent Comments