Ingat nak letak full list tapi tak terbuat. Rasanya list cemerlang sudah cukup ok.
Kalaulah list ini menunjukkan ranking… warga msu dan bekas warga msu boleh melompat ke langit.
Sebab dulu dah puas makan hinaan. Berbakul-bakul. Betul?
Hati mana tak tersagat, bila tempat menimba ilmu diperlekeh. Dulu KUTPM… depa kutuk, kutepem, kutepem. Bila dah jadi msu… mesu mesu… eh!
Bila tanya belajar mana – KUTPM… spontan la kuar statement… K.U what? Mana tu?
Siyes terasa hina.
Hari ni kau tengok… kalau tak lagi hebat pun, universiti cabuk tempat aku belajar tu dah sebaris dengan universiti tua kau tuh.
Ingat main-main ke?
Universiti kau dah berpuluh-puluh tahun. Universiti aku baru sepuluh tahun. Kalau nak kira ukuran persegi, universiti aku tak sampai persepuluh pun universiti kau. Takde pun gila subsidi. Tade pun official support by any agency and company.
Tapi tengok, tengok, tengok la kini.

Gambar ini curik dari fb ciknus.
Pesanan aku kepada semua yang bergelar students, esp students kat MUCH, sayangilah tempat kita menimba ilmu. Bila kita hargai apa yang kita ada, barulah kita akan rasa gembira. Kalau kita asek merungut tak tentu hala, itu tak kena, ini tak kena… susah untuk kita berjaya.
Macam kalau kau kawin, tapi kau tak sayang. Boleh bahagia? Tak boleh kan?
Dulu, masa aku belajar, aku memang sakit hati bila orang kutuk MSU. Nak nak, student MSU sendiri. Kalau kau rasa MSU tu haprak gila, pegila belajar kat UTP ke, Uniten ke, MMU ke… IPTA ke. Tak layak? Ha, sila la redo aje. Dan belajar bersyukur dengan apa yang ada.
Sebab tu lah anak melayu susah nak berjaya. Berjaya komplen aje.
Hari ni kau tengok MSU yang kau hina tu dekat mana? Kalah Lim Kok Weng semua. Kalau tak, takkan ada students MSU yang dapat 4.00 flat segala? Dia pun sama macam kau. Belajar dengan lecturer yang sama, kelas yang sama, lab yang sama, makan kat stall yang sama. Boleh aje?
Lagi satu, kau komplen-komplen. Kau tu best sangat ke? Toksah tanya apa yang universiti boleh bagi pada kau. Kau tu, apa yang kau boleh bagi pada diri sendiri?
Sebenarnya, kalau kita nak berjaya, jangan buat alasan. Tak cukup fasiliti lah, lecturer bangang lah, komputer kat lab tak update ngan technology lah. Bagi aku, tak ada satu perkara yang boleh menghalang kita kalau kita nak berjaya. Allah akan membantu hambaNya yang gigih berusaha. Persetankan apa orang nak kata. Kalau kita bagus, dari Harvard ke, dari MSU ke, dari MUCH ke, kita tetap akan bagus. Benih yang baik, campak ke darat jadi gunung, campak ke laut jadi pulau. Faham kah?
Tak payah la kalau belajar kat oxford sekalipun, abes belajar jadi pendusta anak bangsa. Seumur hidup kau makan sumpah maki orang. Berkat ke hidup?
Bak kata presiden MSU dulu (Datuk Syukri terchenta), kalau yang berjaya tu students dari Harvard, ada kau pelik? Tapi kalau yang datang dari universiti yang tak glemer… barulah salute habis. Sama jugak macam most of best student masa SPM. Ingat Nor Amalina? Datang dari sekolah ulu tiram aje. Tak payah pun belajar kat ssp ke, tkc ke, stf ke, mrsm ke segala.
Ingatlah, apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat. Dan apa yang kita dapat, adalah yang terbaik untuk kita. Hargai apa yang kita ada, selagi ia masih ada. Syukurlah kalau belajar kat universiti tak glamer pun. Ada orang lain, tahap akademik jauh lebih layak, tapi kesempitan hidup, family sakit, langsung tade peluang belajar.
Kau nak yang mana?
Hidup kita, pilihan kita. Memilih untuk selalu komplen is about torturing ur ownself. Orang lain tak kisah pun. Instead of complaining that the rosebush is full of thorns, be happy that the thorn bush has roses.
Daripada kau longgok benda negative untuk dicaci, baik kau kumpul benda positif untuk disayangi. Kalau tak, sumpah kau tak bahagia sampai mati.
p/s to warga much>> tak masuk list sebab universiti baru (baru naik taraf KU), belum ada graduate degree… sila sabar ye…
saye: sayang msu sayang much sayang ukm sayang semuanya
Related posts:
Comments



kenapa stetmen ko ini sangat emo?
wie Reply:
July 20th, 2010 at 10:23 am
memang emo pun… nape? tak bole?
kaklong Reply:
July 20th, 2010 at 10:35 am
bukan tableh.. bleh jer.. cume SANGAT la…
wie Reply:
July 20th, 2010 at 10:38 am
ini namanya revenge… sok fim masuk cemerlang pun mesti kau buat status kat fb besar2… siap tag seisi friend list… konpem
kau marahkan sapa sebenarnya ni…?
pape pun… congrate…
kembang hidung tak hengat….
wie Reply:
July 20th, 2010 at 11:06 am
eh? annoying eh?
lantak la….
aku marah kat orang yang perlekeh msu satu masa dulu….
bukan sorang
RAMAIIIIIIIIIIIIIIIIIII
Hehe aku rasa student aku kena baca blog ko nie…diorg pun dok kutuk2 ITP…memang x reti syukur…tapi dasar melayu la nak harap subsidi jer…asal IPTA melompat2 nak pg….tapi kursus mcm ape jer last nganggur…
Betoi2 masa aku masuk KUTPM ramai kutuk aku juih2 mulut…cikgu dkt skolah pun..Sekarang!!! ish meluat ar
wie Reply:
July 20th, 2010 at 2:34 pm
learn from the best… eh ada kena-mengena tak? hahaha
2 kali aku bace entry ko ni..laju semacam nak abeskan ..penuh emosi bagai..ape kes??
tipu la klu aku x pnh kutuk msu..kang kene panah petir kang…kutuk2 berbakul..blaja abes jugak..hu3
kutukan yg berkesan…esp ngn sorang kwn kite tuh…ngutuk2 x sedar diri smpai nak naik podium time grad x insap2..MSU :The university of Choices..tp kterog tuko…The University of LAST choices..ngeh3..btol what..klu ko hebat..ko da kt obersea/ipta bagai..last2 ko masuk gak MSU..
2 mende aku kagum ngn msu..
1. care pembelajaran kt situ x didik aku menghafal notes..(alasan x pandai hafal)..kire aku jwb exam kut suke ati aku..tp Alhamdulillah..aku pass..pass ngn sukses lain ye..hahaha..
2. final projek..bangga final projek aku x mcm final pojek ipta lain (IT)..wpun aku xdpt Abintang bagai..kira x sesuai nk diskas ngn membe ipta lain psl projek..nti depa lost..(riak)
sekian!
wie Reply:
July 20th, 2010 at 8:51 pm
sape la kawan kita tuh ek?
memang aku emo… da cakap banyak kali dah (baru 2 kali – sila baca komen2 di atas)… aku emo sebab puas mendefend msu dari kutukan
sekian
alamak,terasa saya sbb mengutuk much jugak..
byk kali mengutuk much sbg master KILL…
adoi~
ok,nmpknye kena labersabar utk 2 thun lgi kalo nk tunggu dak2 degree graduate..
brulah much tersenarai..
haiz~
wie Reply:
July 21st, 2010 at 7:46 am
ala saya dah 2 tahun grad baru msu masuk senarai… tade hal lah
tingkatkan pretasi kurangkan kontroversi
huhu
Aku org pertama dlm famly terkinja2 masa tgk news TV3….esok trus beli akhbar n inform kat bini aku si wie ni……
ha3..bangga aku masuk MSU….baru ni aku gi JPA utk dptkan p’iktirafan degree…pegawai tu bleh kata ” Ala..MSU semua org dah tau..signboard terpampang tepi highway segabak-gabaknye…memang semua org tau coz MSU dan iktiraf by government pun”…..hehehe tersipu2 aku dgr….
apapun terima kasih kat MSU sebab kohok-kohok result SPM aku dapat juga di terima sambg degree….Ni dah berjaya ngan MSU…lepas ni jadi Pegawai Polis la ….Kah3…..
wie Reply:
July 22nd, 2010 at 10:42 am
cey…. nak jugak
Saya rasa ni bukan ranking..tgk betul2 tajuk die..pastu code tu..
tgk betul2 baru tau ni ranking ke tak..
bukan ranking.
wie Reply:
October 18th, 2010 at 9:43 am
helo cik uall… memang la ini bukan ranking… ada saya kata ini raking? sila baca balik betul2… saya hanya kata…. “kalaulah ini ranking”… da lama tau ini bukan ranking…. dia cuma ikut alphabetical order saje… dan code itu mewakili ipta dan ipts… ada paham ka? aiyoyo… ini cerita lama la..