Archive for July, 2010
Click Untuk Gambar Besar
saye: hari ni cuti blogging
Related posts:
Ingat nak letak full list tapi tak terbuat. Rasanya list cemerlang sudah cukup ok.
Kalaulah list ini menunjukkan ranking… warga msu dan bekas warga msu boleh melompat ke langit.
Sebab dulu dah puas makan hinaan. Berbakul-bakul. Betul?
Hati mana tak tersagat, bila tempat menimba ilmu diperlekeh. Dulu KUTPM… depa kutuk, kutepem, kutepem. Bila dah jadi msu… mesu mesu… eh!
Bila tanya belajar mana – KUTPM… spontan la kuar statement… K.U what? Mana tu?
Siyes terasa hina.
Hari ni kau tengok… kalau tak lagi hebat pun, universiti cabuk tempat aku belajar tu dah sebaris dengan universiti tua kau tuh.
Ingat main-main ke?
Universiti kau dah berpuluh-puluh tahun. Universiti aku baru sepuluh tahun. Kalau nak kira ukuran persegi, universiti aku tak sampai persepuluh pun universiti kau. Takde pun gila subsidi. Tade pun official support by any agency and company.
Tapi tengok, tengok, tengok la kini.

Gambar ini curik dari fb ciknus.
Pesanan aku kepada semua yang bergelar students, esp students kat MUCH, sayangilah tempat kita menimba ilmu. Bila kita hargai apa yang kita ada, barulah kita akan rasa gembira. Kalau kita asek merungut tak tentu hala, itu tak kena, ini tak kena… susah untuk kita berjaya.
Macam kalau kau kawin, tapi kau tak sayang. Boleh bahagia? Tak boleh kan?
Dulu, masa aku belajar, aku memang sakit hati bila orang kutuk MSU. Nak nak, student MSU sendiri. Kalau kau rasa MSU tu haprak gila, pegila belajar kat UTP ke, Uniten ke, MMU ke… IPTA ke. Tak layak? Ha, sila la redo aje. Dan belajar bersyukur dengan apa yang ada.
Sebab tu lah anak melayu susah nak berjaya. Berjaya komplen aje.
Hari ni kau tengok MSU yang kau hina tu dekat mana? Kalah Lim Kok Weng semua. Kalau tak, takkan ada students MSU yang dapat 4.00 flat segala? Dia pun sama macam kau. Belajar dengan lecturer yang sama, kelas yang sama, lab yang sama, makan kat stall yang sama. Boleh aje?
Lagi satu, kau komplen-komplen. Kau tu best sangat ke? Toksah tanya apa yang universiti boleh bagi pada kau. Kau tu, apa yang kau boleh bagi pada diri sendiri?
Sebenarnya, kalau kita nak berjaya, jangan buat alasan. Tak cukup fasiliti lah, lecturer bangang lah, komputer kat lab tak update ngan technology lah. Bagi aku, tak ada satu perkara yang boleh menghalang kita kalau kita nak berjaya. Allah akan membantu hambaNya yang gigih berusaha. Persetankan apa orang nak kata. Kalau kita bagus, dari Harvard ke, dari MSU ke, dari MUCH ke, kita tetap akan bagus. Benih yang baik, campak ke darat jadi gunung, campak ke laut jadi pulau. Faham kah?
Tak payah la kalau belajar kat oxford sekalipun, abes belajar jadi pendusta anak bangsa. Seumur hidup kau makan sumpah maki orang. Berkat ke hidup?
Bak kata presiden MSU dulu (Datuk Syukri terchenta), kalau yang berjaya tu students dari Harvard, ada kau pelik? Tapi kalau yang datang dari universiti yang tak glemer… barulah salute habis. Sama jugak macam most of best student masa SPM. Ingat Nor Amalina? Datang dari sekolah ulu tiram aje. Tak payah pun belajar kat ssp ke, tkc ke, stf ke, mrsm ke segala.
Ingatlah, apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat. Dan apa yang kita dapat, adalah yang terbaik untuk kita. Hargai apa yang kita ada, selagi ia masih ada. Syukurlah kalau belajar kat universiti tak glamer pun. Ada orang lain, tahap akademik jauh lebih layak, tapi kesempitan hidup, family sakit, langsung tade peluang belajar.
Kau nak yang mana?
Hidup kita, pilihan kita. Memilih untuk selalu komplen is about torturing ur ownself. Orang lain tak kisah pun. Instead of complaining that the rosebush is full of thorns, be happy that the thorn bush has roses.
Daripada kau longgok benda negative untuk dicaci, baik kau kumpul benda positif untuk disayangi. Kalau tak, sumpah kau tak bahagia sampai mati.
p/s to warga much>> tak masuk list sebab universiti baru (baru naik taraf KU), belum ada graduate degree… sila sabar ye…
saye: sayang msu sayang much sayang ukm sayang semuanya
Related posts:
Kejadian berlaku di dalam sebuah rumah yang memiliki;
1. Bayi berusia 5 bulan dengan berat badan 7.5 kg di mana parents beliau menjadi ghairah membeli pakaian bagi kanak-kanak berusia tiga tahun dengan alasan “boleh pakai lama” kerana baju-baju sedia ada begitu cepat mengecik di badan bayi berkenaan.
2. Kanak-kanak berusia 3 tahun yang memiliki mulut, tangan dan kaki yang sangat aktif sepanjang masa (kecuali ketika beliau sedang tido)
Waktu kejadian: maghrib beberapa hari yang lalu
Bayi 5 bulan: *merengek, meneran suara macam kena dera akibat kebosanan
Kanak-kanak 3 tahun: *bermain kereta mini sebanyak 9 biji sambil memekak tanpa limit
Ibu bayi 5 bulan: Abang, adik nangis. Bagi kereta abang tu kat dia.
Selepas 2 minit
Bayi 5 bulan: *masih merengek, meneran suara macam kena dera akibat kebosanan
Ibu bayi 5 bulan: Abang, tak dengar ke adik nangis? Bagi la dia kereta abang tu satu.
Kanak-kanak 3 tahun: Abang dah bagi dah… tapi dia tade tangan.
saye: fine
Related posts:
Dah hari jumaat. Hari kemenangan untuk satu minggu. Menang sebab berjaya untuk tidak cuti, tidak EL dan tidak MC. Dan selalunya kalau encik asben kuar outstation satu minggu, hari jumaat adalah hari perjalanan pulang ke rumah. Hoyeh!
Sejak pregnen, sampailah ada cik safi, permulaan setiap hari, menjadi sangat challenging. Dulu, paling awal aku akan bangun pukul 5.45 am. Ada jugak orang persoalkan, apsal aku bangun cepat sangat. Padahal opis aku pun setakat 7 km je dari umah. Jawapan aku mudah. Aku mandi lama nak mampus. Aku pun tatau apsal aku amek masa berminit-minit nak mandi. Tapi dah jadi tabiat dari kecik, so dah takleh nak ubah.
Dulu, masa umah kat Mahkota Cheras, aku kuar umah dalam 6.45 am. Again, orang persoalkan, apsal aku kuar awal sgt. Jawapan aku pun simple. Simpang nak kuar dari Mahkota Cheras jem gila-gila. Kadang kat situ aje tersangkut 20 minit. Seriyes annoying. Nama je kuar awal, tapi sampai opis sama je macam orang yang kuar umah lewat.
Dekat MUCH, untuk academician, waktu kerja boleh bermula seawal 7.30 am. Maknanya boleh balik 4.30 pm. Bagi yang tanak masuk awal, boleh pilih untuk masuk pukul 9.oo am which bermakna kena balik pukul 6.00 pm. Tabiat aku satu lagi ialah, aku rela bangun pagi buta, merangkak-rangkak masuk bilik air sebelum fajar terbit dan terhegeh-hegeh kuar rumah sebelum matahari terbit, asalkan aku boleh jejak lantai umah, sebelum waktu bayangan tiap-tiap sesuatu jadi sama panjangnya dengan keadaan dirinya. Heh, ko paham maksud ayat tadi?
Maksudnya aku nak berada kat rumah dari petang membawak ke malam supaya time berada di sisi family itu terasa lebih lama. Padahal kalau campur tolak mana-mana waktu pun, sama aje.
Skang, selepas kelahiran cik safi, rutin pagi aku tambah challenging. Nak nak, aku baru pindah umah. Jarak ke opis sudah jadi 12 km. Cuma yang lega sikit, no more trafik problem. Kuar simpang umah terus highway. Tak macam dulu, dari umah nak ke simpang depan highway aje dah 3 km. Jem lagi. Now tade dah sume tu.
Tapi aku still kena bangun awal. Lebih awal dari dulu. Tiap-tiap malam aku set alarm pukul 5 am. Bangun ke tak, belakang kira. Aku kena bangun awal sebab, satu… aku mandi lama. Dua… aku kena breastfeed safi b4 kuar umah. Tiga, aku kena pump sekiranya perlu. Empat, kalau boleh aku nak breakfast kat umah sket. Lima, aku nak kuar pukul 6.40 am. Haa… yang nombor lima tu mmg macam bodo sket. Bodo sebab gedebuk-gedebak paranoid nak kuar awal, padahal bila sampai opis, pernah pintu depan department pun tak bukak lagi. Patut la kadang aku tgk staf2 yang datang awal gila tu, selalunya tido dulu dalam keta.
Ekceli, dah jadi tabiat aku jugak, dari sekolah, suka datang awal. Untuk apa, aku pun tak pernah nak tau. Mebi sebab aku rasa selesa sampai awal. So that, aku tayah kecut perut takut lewat kalau-kalau tengah jalan jem ke, ada xciden ke, tayar pancit ke or apa-apa aje menda yang menambah kelewatan yang tak sepatutnya berlaku. Ikutkan, aku pun sama macam kebanyakan orang. Bukan senang nak bangun pagi.
Thats y aku prefer company yang office hour start awal berbanding lewat sebab aku akan jadi sangat terpaksa untuk bangun pagi. Pernah dulu, sebelum masuk MUCH, company aku keje tu, office hour dia 9.30 am – 6.30 pm. Lagu ni… memang aku bangun dah subuh gajah aje tiap-tiap hari. Kot la nasib baik kalu subuh gajah. Subuh takyah pun sokmo. Bayangkan la kalu aku tak keje. Tido tido tido. Macam tak payah idup pun takpe.
Bangun pagi… memang la musuh utama setan. Sape yang dapat mengatasi masalah ni setiap hari, memang korang tergolong dalam kumpulan manusia terbilang. Kerana bangun pagi itu melambangkan kejayaan, kegemilangan dan kecemerlangan selaras dengan motto Malaysia iaitu Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Ewah!
Aku tak ada la melepasi tahap tu. Sebab bila weekend, prestasi bangun pagi aku akan merudum ke tahap fail.
Mak ai… panjang pulak mukadimah aku. Padahal aku cuma nak share fakta kebaikan bangun pagi dari kajian sains yang sangat aku sukai.
- Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah
- Kandungan ‘al-kartozon’ dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. ‘Al-kartozon’ baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
- Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
- Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
- Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan
Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.
Hoyeh… dan satu yang aku selalu dengar, mandi sebelum terbit fajar membolehkan kita awet muda. Wah… kelas. Tidak perlu spa, tidak perlu facial. Malah kajian sains membuktikan, mandi pagi sebelum Subuh, at least sejam sebelum matahari terbit, mengelakkan badan daripada gemuk. Ini kerana, air sejuk yang meresap ke dalam badan, boleh mengurangkan lemak dari berkumpul. Cuba perati orang yang amal mandi awal pagi, most of them tidak gemuk. Perhatian… mandi air sejuk. Bukan air panas.
Sape yang hobi mandi air panas… konpem penyakit pemalas korang akan jadi berganda-ganda. Aku dulu memang habit mandi air panas tak kira masa. Sampai dinasihatkan sorang pengamal perubatan berasaskan ais, barulah aku paktis mandi air sejuk, pun tak kira masa. Sekarang, aku memang anti dengan water heater. Korang toksah terpedaya dengan propa syarikat pengeluar water heater. Tu sume penjahanam nak melariskan produk.
Conclusion untuk entri ini, untuk diri aku dan uols sume, marilah sama-sama bangun seawal pagi. Mandi seawal pagi. Setiap hari. Bermula hari ini, sampai dah tak ada esok lagi. Boleh?
sumber: rushdunk.blogspot
saye: macam tak bape nak boleh
Related posts:
Ada sorang makhluk telah mem-private message aku di facebook…
makhluk itu: widura, i nak tanya dulu u sek kt s.t.k. ke?
aku: iyep… 2001
Normal la kan, kat platfom macam fb, orang akan cari kita via background kita macam hometown, sekolah, universiti, company and so on. Jadi aku bajet dia ni nak menyoal selidik sebelum decide untuk meng-add aku masuk friend list dia. Haha… murni je kan expectation aku tu. Tapi hakikatnya sangkaan aku tu meleset.
makhluk itu: bole i tanya tak? u kenal tak dengan xxxx, dia org kluang gak. sek kt stk gak
aku: adei… apsal la dari ari tu org sibuk tanya dia… kenal tak bape kenal la… contact mmg tade
There goes the motive. Mencari orang. Dah macam kehabisan method sangat nak mencari orang sampai kena private message orang-orang lain yang dijangkakan mempunyai kaitan dengan orang yang dicari. Eh, korang paham tak ayat aku?
Dulu, tah dua tiga empat bulan lepas, memang aku pernah dapat message dengan soalan yang sama. Tapi aku tak bape nak sure la, kot yang bertanya tu… pun orang yang sama.
Mengenai si xxxx tu, memang la aku kenal. Satu sekolah, satu batch. Cuma tak rapat. Setakat kenal-kenal aje la.
Aku ingat, makhluk itu nak mencari sahabat lama yang telah sekian lama tiada khabar berita. But again, aku silap.
makhluk itu: widura ada add dia tak? dia da block i lah
Belum sempat aku nak reply, dia dah serang kotak PM aku bertubi-tubi. Laju pulak tuh.
makhluk itu: i rasa tentu u kenal dia.u n dia lahir tahun yg sama
aku: iya… maaflah kalu dia dah block u….
Kalau dah kena block, buat apa nak cari si xxxx tu lagi kan? So ni sah sah la ada kes. Bila kuar kenyataan gini, aku dah mula la malas nak layan. Pasal aku tak kenal dan tatau pun ntah sape si makhluk itu.
Kalau ko ingat aku nak tolong contactkan balik si xxxx tu, jangan haraplah. Lain la kalu si xxxx tu best friend aku macam cikzu ke, atau geng gosip girl aku macam cik nus ke, atau at least member-member seangkatan masa sekolah or masa universiti. Boleh jugak aku tolong tanya-tanyakan. Tapi kalu si xxxx yang masa kat sekolah pun aku takat angkat-angkat kening je bila bertembung, sori la. Aku bukan talian jejak kasih.
Kalu korang baca betul-betul ayat-ayat jawapan aku terhadap soalan-soalan makhluk ni, aku tak beri kenyataan jelas, sama ada aku kenal aku tidak si xxxx. Tapi sebab masih in mood untuk respon, so aku jawapkan jugaklah… dengan harapan, jawapan aku tu, macam bagi dia full stop terhadap that coversation. Sebab aku rasa, cara aku jawab tu dah jelas menunjukkan yang aku tak interested untuk ambik tau pun. Tapi rupanya tak.
makhluk itu: da org tanya sal dia, sape? dia da wt salah besar dgn i. u da kwenkan? harap u tak bagitau dia or org lain. bole tak i caya u? i dah kwen, da anak 4. dia da melukakan aty i
aku: ok then…. i tak campur
Kan aku dah kata, sah-sah ada kes. Eh? Ape kes nak harap-harap aku tak bagitau orang? Aku kenal kau pun tak. Bajet aku dah kawen, so that aku tak bitau orang? Apsal? Orang dah kawen ko boleh pecaya eh? Orang tak kawen, tak boleh percaya, gitu? Apa la senteng sangat cara ko pk? Nah kau, aku letak dalam blog lagik. Kira baiklah aku tak print skrin terus nama n gambo ko dalam fb. Silap-silap profile ko tuh aku tepek terus. Nasib baik aku ni masih beriman. Heh… ada kena-mengena?
Setakat tu je aku jawab. Aku harap dia dah jelas la kan, aku tak mau campur, aku tak interested dan aku sememangnya mau conversation tu stop takat tu aje. Aku tak hingin nak layan gosip pasal rumahtangga orang, pasal affairs orang, dengan strangers macam dia. Lain la kalu nak bergosip dengan mak aku ke, dengan encik asben ke, dengan cikzu ke, dengan ciknus ke. Tapi yang tu tak payah nak pakai platfom macam facebook pun.
Aku rasa misi utama makhluk ni adalah untuk mencari seberapa ramai kawan-kawan si xxxx untuk menghamburkan segala keburukan si xxxx.
makhluk itu: be4 ni dia da sound i supaya jgn ganggu kwn2 dia kt fb.tau lak marah bila kwn2 dia kena kcau. yg dia dok bercouple dgn …. i, i tak pyah marah ke?
Dan aku pasti, aku bukan satu-satunya kawan si xxxx, yang telah didatangi PM sebegini. Mebi aku orang yang ke seratus lapan puluh, kot?
Mebi jugak, misi kedua si makhluk ini, adalah untuk menagih simpati terhadap apa yang berlaku ke atas diri dia.
makhluk itu: tak pe past is past tapi i masih tak dpt lupakan. diaorg dah kantoi dgn i
Tapi, perlu ke tagih simpati dan support dari orang macam aku? Yang dah tentu-tentu tersangatlah muda dari dia, tersangatlah naif (wah naif ko!), tersangatlah tade pengalaman dan yang paling utama, yang memang langsung tak kenal dia.
Lain la kalu ko tagih nasihat dari mak aku. Konpem dia suh ko wat solat hajat je.
makhluk itu: oklah lupakan benda 2,,i pun malas nak igt2 lagi..wt sakit aty jer.biarlah sb pe yh berlaku da hikmahnya
Kalau ko dah tau menda tu nak dilupakan, dah malas nak ingat-ingat, wat sakit ati and apa yang berlaku ada hikmahnya… apsal ko perlu PM aku utk canang cite pasal si xxxx neyh? Memang sah-sah la betul teori aku pasal misi ko kan? Betoi?
Dan itulah PM terakhir makhluk itu setakat hari kejadian. Yes… pandai pun. Ingatkan dah tak reti-reti nak letak full stop. Aku bukan apa, setiap update kat fb aku, aku setting masuk dalam email. Kang kalu luahan hati makhluk ni panjang sgt, alamat penuhlah inbox aku dengan kisah tragis dia.
By the way… kepada makhluk itu dan orang-orang yang sengkatan dengannya… nasihat aku (nasihat?), hentikan la buat keje tak berfaedah macam ni. Apa kau dapat? Balas dendam? Puas hati? Sebenarnya yang kau dapat hanyalah membodohkan diri. Kau menyerlahkan lagi ciri-ciri kebodohan melampau kau kepada banyak orang termasuk kepada orang yang tak kenal ko.
Aku bukan tak simpati. Kes-kes macam ni pun bukan tak biasa ada. Normal sangat. Aku sendiri pun dah kawen. Tamau la kalu dah kutuk-kutuk, tetiba kutukan aku tu, makan diri balik. Nauzubillah, mintak simpang. Yang aku tak berkenan, adalah tindakan yang diambil oleh sesetangah individu untuk mengatasi masalah dia. This is not the way okeh. Ini bukan penyelesaian, ini menambah masalah, menyusahkan diri sendiri, mengganggu hidup orang lain.
Lagi satu yang aku tak suka, kalau kau ada masalah dengan sesiapa, boleh tak kau jangan canang kat semua orang pasal orang yang ko tak suka tu? Canang cerita buruk orang tu merata-rata sampai ke facebook segala. Lepas tu, kalau kawan-kawan ko pegi berbaik ke, berborak ke, dengan orang yang kau ada masalah tu, kau pegi perli-perli pulak kawan kau tu. Ni sape yang lebih bermasalah sebenarnya? Kau ke dia?
Memang la aku tak nafi, kadang ada manusia keliling kita yang annoying. Tapi tayahla kau canang keburukan dia sampai semua orang kau nak beritau. Kalau gila punya tak puas hati pun, takat bercerita dengan kawan baik ko sorang sudah le. Sebab kesan dia bukan setakat dengan orang yang kau tak suka tu, tapi diri kau sendiri. Sebab bagi aku, orang yang suka menjaja keburukan orang lain tu, macam tak ada maruah diri. Sebab semakin banyak kau bercakap tentang keburukan orang lain, sebenarnya makin banyak kau menunjukkan kebodohan diri kau sendiri.
Macam la kau tu bagus sangat!
Kita manusia. Tend untuk buat silap tak kena masa. Tersalah cakap tu biasa la. Setakat tersentap tu, aku pun selalu kena. Tapi, tayah la kot nak curah kat fb segala?
Eh, yang aku bercerita kat blog ni tak sama ke? Haha… dua kali lima.
Okey la… aku sebenarnya terpaksa hapdet sebab sekor anak murid aku, ketagih nak melantak isi blog aku setiap hari. Dah alang-alang kau follower terhebat, apa kata kasi promosi sekali? Boleh cik zaza?
saye: aku ke yang wat entri ni?




