Berita baik… strimix kat umah sudah up.

Boleh online secara pukal, boleh download sehingga storage senak dan boleh uplod dengan mudah.

Berita buruk… maxis broadband macam harem. Sampai opis je selow nak mati. Memang la aku nyaris nak mati. Dah lebih seminggu dah ni.

Tahukah korang aku mengakses internet secara maksimum pada jam kerja?

Tahukah management maxis yang bangang itu bahawa aku telah tidak dapat mengakses internet menggunakan maxis broadband yang harem itu sejak 23 Julai yang lepas?

Tahukah management maxis itu juga bahawa aku membayar charge yang sama tidak kira sama ada aku boleh mengakses internet ataupun tidak?

Tahukah management maxis itu lagi bahawa aku terikat dengan kontrak sehingga September ini?

Tolonglah jangan buat aku memberi ancaman kepada modem maxis broadband ini untuk bertukar kepada celcom sahaja. Aku takut belum sempat sampai tempoh kontrak, modem itupun menghilangkan diri dengan jayanya.

Benda-benda tak bernyawa pun pandai merajuk bawa diri kan?

Nanti jap nak cek modem ada lagi tak… huhu~

Ok ada… selamat!

Masalahnya aku memang tak boleh aktif bertenet macam sebelum ni lagi. Balik umah keje lebih melambak dari keje opis. (Eh ye ke?)

Tolong!

Tolonglahhhhhhhhhhhhhhh!

Takpe… tak boleh bertenet, tak boleh layan blog, aku layan movie aje. Sambil drafkan entri kat word 2010. Eceh!

 

window 7… loncat tinggi-tinggi… aku lebih tak up to date to tech berbanding murid sendiri… ngahaha

Masih dengan berita buruk… blog sedang menghadapi masalah untuk meng-save dan mem-publish entry bergambar. Dah puas aku godeh here and there… jawapnya… hampeeeeeeeeh!

Siyes nak mencarut… w………t………….f………….. urghhh!!!

So aku terpaksa membuat keje bodo sket. Publish text-only entry kat dashboard, pastu gi phpmyadmin masukkan code image… siyes bodo. Tapi itu lebih baik daripada terpaksa menukar hosting dan membuat payment sekali lagi.

 

phpmyadmin… saje je nak bitau aku guna code… like org lain tak pandai la kan… haha

Dem…

Berita baik kembali… lappy baru………………… hawyeh!!! Gamba tade… nanti orang kata aku show off… takut! Gilak jakun dengan kepantasan tech terkini… merander video di adobe premiere pro cs3 dengan masa kurang sepuluh saat.

i loveeeeeeeeee this sooooooooo much…. berkurun aku mengimpikan membuat video tanpa perlu menyembam muka ke meja akibat bosan menunggu

Bos, kalau anda baca entri ini, ketahuilah bahawa saya tetap buat keje opis… ini keje sampingan menghilangkan ngantuk aje… sila jangan mare.

Ok bai.

saye: memang nak show off pun… ngahahaha

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments