Internet yang KO menyebabkan aku malas nak post new entri. Dah lebih 3 minggu maxis broadband wat perangai kat opis. Dan ianya adalah sungguh… HAREMMMMMMMMMM!

Today aku tukar pakai GSM only. Maksudnya aku guna EDGE. Itu advice dari maxis… dengan alasan mebi WCDMA / HSPA terlalu banyak digunakan. Logikkah? Aku tak arif menda ni… so ikutkan saje. Janji dapat access walaupun a bit slow… tapi much more better dari tak boleh access langsung. Trimas to Aisyah Asma yg kerajinan menelefon team maxis yang stupid itu.

So sudah Jumaat! Hari ketiga puasa. Hari kegemaran, hari meraikan. Hari pertama di mana aku berjaya untuk tidak tido semula selepas sahur kerana melipat kain yang dah cecah bumbung.

Hari pertama pose kelmarin langsung tak terasa. Maklumlah, aku dah biasa bangun pukul lima. So, sahur pun pukul lima. Ikut tradisi arwah ayah aku, sahur di hujung-hujung waktu. Macam tu jugak encik asben n family. Siap boleh ada waktu kecederaan lagi. Haha.

Yang paling best, waktu masuk keje aku different dari yang biasa. Kalau biasa aku masuk kul 7.30am, bulan pose aku masuk kul 8.30am. Ini disebabkan penjimatan 1/2 jam waktu kerja di mana staff muslim boleh masuk kul 8.30am dan balik pada 5.00pm. Hawyeh! Bole tido lebih.

Dua hari lepas, start petang aku melepek. Apsai ah? Perut pedih dan letih sampai termengah-mengah. Dan aku rasa, aku boleh memproduce susu maximum dua atau tiga kali saje di siang hari. Ini termasuk direct dan pumping. Dah tak makan, cano lah nak produce. Nasib cik safi sudah makan. So aku sumbat aje biskut dan nestum. Settle!

Mari lihat si donut yang sudah join the table buat pertama kali ketika hari pertama berbuka pose. Tapi ini bukan gambo pada hari berkenaan ye. Ini kejadian hari berikutnya.

Punyalah excited. Agaknya best sungguh dapat join orang-orang dewasa dekat meja makan. Selama ni, kalu tak kena pangku, kena tinggal aje terkontang-kanting dalam walker atau lebih tak best lagi, ditinggalkan berguling-guling atas lantai. So cik safi, enjoy okeh! Senang sket mak bapak dia nak makan. Hua hua hua.

Makan itu satu nikmat. Gangguan dari anak-anak akan menyekat itu nikmat. Jadi perkembangan terbaru ini telah mengembalikan semula nikmat yang secara sementara telah disekat.

Selamat berpuasa.

saye: tido lagi la nikmat… tapi skang asik kena sepak… encik ayah, tolong bukak balik baby cot boleh x? tak pun, ayah aje yang pindah bawah… bole?

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments