Jumaat. Bangun pagi, teruskan hidup dan… mengeluh. Pernah rasa?
Aku pernah. Tapi bukan hari ini.
Kehidupan hari-hari kadang macam jadi musuh. Buat itu tak kena, buat ini tak jadi. Kerja jadi statik, bosan, tak ada kepuasan dan langsung tidak menggembirakan. Belajar jadi susah, stressful dan macam mustahil untuk dihabiskan. Orang keliling mula look stupid dan me-menyampahkan. Sistem pemerintah jadi makin membebankan, subsidi kena tarik, tax sana-sini, blr meningkat – tak sampai setahun beli rumah, blr naik dua kali, payment naik almost seratus (annoying dan sgt nonsense). Harga barang naik tak munasabah, murtabak comot dan cenonet pun sudah rm2.50. Kata encik asben, dorang meniaga nak cepat naik haji. Perbelanjaan jadi terlalu banyak, sebab kehendak sudah jadi keperluan. Bil letrik bukan lagi puluh-puluh, bil air bukan lagi satu angka, bil astro naik sesuka hati, bil strimix, bil celcom, bil broadband, maintenance kereta jadi kerap, minyak naik harga, insurans medical, insurans nyawa, insurans kereta, roadtax, belum masuk bil-bil tak terancang macam ekon umah rosak terus kena ratus-ratus, betri keta kong sebab tak start berminggu-minggu, betri motor pun nak kong jugak padahal baru tak start 4 hari, henpon hilang maka kena beli henpon baru dan macam-macam lagi.
Malam, sebelum tido, kalau mula pk, konpem takkan tido sampai pagi. Sebelum aku jadi stressful macam bangsa jepun yang hidup untuk kerja kerja kerja, lebih baik aku pasang angan-angan nak jadi macam penulis buku harry potter dan tido dengan hati yang suka. Kira bersyukur lagi at least aku tak payah tido dalam flat uzur macam jk rowling masa tulis the sorcerer’s stone. Tulis belog pun dalam tahap keamanan yang tinggi maka aku patut zikir dan syukur saje tak henti-henti.
Aku kan manusia. Biasala nak rasa down dan mengeluh untuk benda-benda yang biasa-biasa. Padahal kesenangan depan mata tak pulak nak rasa bagus dan bahagia.
Maka kawan, kau pun manusia. Semua orang pun lalui benda yang sama. Antara dorang nak mengeluh atau nak cerita yang bagus dan baik-baik saje.
Hari ini kau down, esok kau mesti up balik. Hidup ini mesti jatuh dan bangun. Takkan kau nak mati berdiri?
Kita tak boleh menongkat langit. Pasrah dulu, lepas tu berlari balik.
Boleh?



saye: emosi macam atas adalah oke, tapi jangan mati macam ini

Related posts:
Comments



itulah kehidupan…. kekadang, kalau ia terlalu membebankan, fikir nak mati jer…. tapi kalau mati pun terlepaskah segala beban….? Sebab aku selalu cakap, mati pun nanti kena jawab soalan, kalau cukup bekalan, senanglah nak jawab…. kalau tak cukup, sendiri ingatlah….
Sebab itulah, apa pun yang berlaku, teruslah hidup. Pasrah dengan ketentuanNya… kerana kita manusia….
wie Reply:
August 20th, 2010 at 11:00 am
wahhh syabas inspektor sahab… minggu depan bunje aku makan ye
acucute Reply:
August 20th, 2010 at 11:54 am
aku banje… kau bayar… lepas raya, baru aku ganti balik…. boleh gitu…?
hubby Reply:
August 20th, 2010 at 4:23 pm
ha3…mkn nak..byr extends….cantik punyer…habis duit ku…nak kaya x kaya2 lagi…
Kah3…Kah3….
hubby Reply:
August 20th, 2010 at 4:25 pm
xpela tak bagi gua komen, kena block plak tadi..nak mkn byr…byr…bawak bleh….
perenggan ke 3 sgt menstresskan jiiwa aku..dan ditambah pula dgn bacaan yang laju tanpa henti..terus kesemputan
ok..x manusia la kalau xde hidup mcm ini..
terima kasih!!
wie Reply:
August 20th, 2010 at 12:53 pm
tau tak ape…
mana boley idup macam dalam fairy tale aje kan…
atau saya hepi saya bz saya hepi saya bz tapi saya hepi
itu kartun lah
sama~sama
iyeeeeeeeeeeee..setuju….UP and DOWN!
wie Reply:
August 21st, 2010 at 6:16 am
kan… huhu~
mak’ve gone tru the up n down. Thats make me strong n sering muhasabah diri n itulah cerita yg akan dikongsi dgn anaks n cucus….Just s u said pasrah lepas tu bangun balik, kl dah cukup stamina berlarilah…to get the energy kenalah makan…