Hari ni cergas. *senyum lebar-lebar. Peringatan: ini entri bising-bising tanpa point dan moral. Sila baca untuk suka-suka sahaje.

Sejak bulan pose, susah nak ada mood. Selalu mengantuk, malas dan bosan. Perut kosong jadik alasan tak boleh berfikir. Aku pun tatau kenapa teruk gile pose tahun ni. Ada yang kata mebi sebab aku breastfeed. Mebilah. Sebab aku jenis susah nak berselera masa sahur. Orang lain minum susu blend sama kurma, aku minum teh o satu cawan sup lepas tu sambung tido.

Mana la nak dapat tenaga?

Bila perut kosong, otak jadi selow. Bila air dalam badan kurang, mood jadi bercampur-campur. Asik rasa moody lepas tu suka google-google pasal makanan. Lepas tu craving yang bukan-bukan mengalahkan perempuan mengandung. Dapat pulak laki yang jenis suka melayan bini makan, jawabnya bajet duit raya dah lari pegi dekat makan makan makan.

Bila mood tak best, ubatnya ialah tido. Bila tak bole tido, mula la jadi zombi. Bila da jadi zombi, kenala berkawan dengan zombi jugak. Maka sebab itu aku ditemukan dengan perempuan bertangan ini…

Ulang alik shah alam kajang untuk sekeping cd lepas tu jahanamkan eyeliner untuk stok setahun demi meningkatkan kreativiti fotografi. Mungkin orang pelik perlu berkawan dengan orang genius. Err… bukan aku yang pelik… beliau yang pelik… aku genius. Nasib baik gambar tapak tangan tak melarat ke lengan sebab nanti dah jadi tunjuk aurat. Sangat tak muslimah. Lepas ni boleh bukak bengkel macam mana nak gunakan koleksi mekap bukan untuk mencantikkan muka tetapi untuk bereksperimen fotografi di susuk-susuk tubuh yang lain pula.

PEACE! Nampak macam marker pen. Brand apekah?

Tutup cerita perempuan zombi.

Sampai sekarang, bab satu tesis pun tak lepas-lepas lagi. Ntah hape la yang susah sangat aku pun tak paham. Jangan harapla aku nak ulang alik ukm bulan-bulan pose ni. Ada yang cuti pose bukan sebab Tuhan bagi mc. Alasan macam-macam boleh bagi. Padahal bukan tak biasa buat projek sorang diri. Tapi bila ingat-ingat balik, masa buat final projek degree pun aku dah jadi zombi. Cuma sekarang aku kerja fulltime campur jadi emak so buat tesis pun rasa macam dah separuh mati. Kadang ada je rasa macam nak benti. Memang tak termotivasi.

Sekali da… bukak belog FT. Dia suda abis phd. Okey… ini berapa kali jahanam pun aku benci, tetap kasi satu tabik toink toink toink. Tak lama lagi kawan sebaya tiga empat orang pun akan ada phd. Memang jeles gaban tapi takde la dengki. Gila respek dan bole la aku jaja aku ada ramai kawan title dr filosopi sana sini. Padahal jangankan kata nak jupe, bermsg kat fb pun setahun sekali. Janji kalu selisih bahu kat kluang mall, korang still ingat la perempuan ini yang bernama wie.

Tengok topi bonnet buat aku rasa hidup kembali. Harap dapat merasa pakai walau berapa lama pun nak tggu menatang tu sampai ke kepala ini. Dan harap masa tu bole la berbonnet ramai-ramai dengan kekasih dan kawan-kawan kesayangan hati.

Bila lagi? Mari mari mari… carik ilmu biar ada scrol dan gambar sekali…. lepas tu tayang-tayang dekat rumah dan fb dengan harapan orang tengok akan puji-puji. Ngahahaha jangan sedut teori ini. Ini teori orang riak dan tak sedar diri.

Ok habis cerita sambung-sambung stadi.

Semalam craving berger gemok. Sawan tak abis-abis buzz perempuan zombi tadi nak cari port yang ada makanan berkhasiat macam tu. Sawan jugak rasa nak jejak je tgi friday walaupun da tau mmg sah-sah tak ditanggung tahap kehalalan toyyiba nye. Sedih! Nak pegi carl’s jr pulak, sume dalam mall. Maka pegi wendy’s saje dekat jalan sultan ismail. Menariknya masa otw, kena tahan dengan pak polisi sebab langgar peraturan jalanraya. Yang mana dan dekat mana tatau la oh jalan kl mmg aku bodo piang. Pak-pak polisi tu pulak dah get ready kat tepi simpang adoiii, selamba aje korang nak cari mangsa. Lepas tu gertak2 nak saman, dah la baru aku teringat road tax da mati 2 hari. Dem, tapi nasib baik dia tengok tapi tak cakap pape. Nak nak keta penuh siap ada budak-budak so bajet very the  family la kan. Encik asben punya statement, alo drama la sungguh. Bukan org kl la apa la, padahal sah sah plat keta wilayah. Rezeki bulan pose gamaknya, pak polisi kasi warning aje… tade saman. Wah… tengkiu i lop u tuuuu.

Berger itu creamy. Err ade ke berger creamy? Tapi itu le perkataan yang aku terpk bila nak describe pasal berger tu. Tapi baked potato itu memang bapak creamy. Macam lagi sedap dari kenny rogers. Nape tah. Tapi memang lagi sedap la. Boleh loncat-loncat masa intipatinya jatuh ke lidah dan dikunyah-kunyah kemudian sampai ke tekak, ke rongga dan ke perut. Otak menafsir ianya “terangkat”… sebab tu kot aku rasa nak lompat?

Ok abis cite pasal berger gemok.

Minggu ni kena nyanyi-nyanyi. Da la pose… tade air… kena pulak teran-teran sore kasik soprano. Masa orang ajak masuk koir, aku buat muka baldi. Bila dah nyanyi, aku pulak yang overacting. Mengade-ngade betul. Abes da lagu tu buat aku rasa nak dancing-dancing… salahkan lagu lah kan. Moral… jangan ajak aku nyanyi sebab aku akan jadi over dan mengada-ngada dan perasan macam best. Konon nak bajet segan sebab nanti yang menonton adalah student, oh jangan la depa up status kalau ternampak aku nyanyi atau dengan kata lain, semoga depa ada kelas semasa turn aku nyanyi. Gila tak bole bayang cane nak nyanyi depan student sebab sebelum ni aku selalu buat muka along bukit beruntung dalam kelas. Aku je la rasa cam tu. Mungkin dorang rasa muka aku macam tikus aje. Tapi koir………. tsk……… horror! Koir pun koir la. Itu adala lebih baik dari kena pegi kursus bahasa inggeris sorang-sorang. Lalalala…. now u know the motive kan?

Doakan kami succes menyanyi. Harap-harap semua adalah pemenang, tiada pengalah. Eh! Kenapala merdeka masa bulan pose. Kang kuar anak tekak aku pekik “Terima kasih Malaysia”.

Sape tah taruh encik jalur gemilang ni kat station aku. Aku tetap patriotik. Aku sayang beliau walau siapa pun yang memimpin beliau ketika ini. Beliau adalah permata jiwa biarpun hari-hari aku kesat peluh and wish untuk duduk dekat swiss main salji.

Selamat Hari Merdeka. Walaupun aku tatau apa pengertiannya untuk aku hari ini. Semoga Allah takkan henti melimpah rahmat dan kasih ke bumi ini.

saye: jom nanyi

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments