Jumaat lepas pegi jumpe perempuan zombi. Matlamat perjumpaan adalah gosip. Ehem. Kerana kami zombi, sampai saje di lokasi perjumpaan, tak ada lagi meja dan kerusi kosong. Tapi kami tak kisah, sebab walaupun sudah mahu tiba waktu maghrib, kami tidak termasuk dalam kumpulan individu yang wajib iftar. Tuhan kasi kami mc pada waktu yang hampir sama.

Kami perempuan zombi yang tak kenal apa itu mekap. Selalunya lah. Sebab itu aku selesa sama ini zombi. Tapi tak apa, sebab aku flawless, dia fearless. Ini maklumat tidak relevan, encik asben kata yang mekap tebal itu cuma pondan. Tapi sebenarnya, even nak gosok tudung pun aku da tak sempat. Orang genius selalu sibuk. Ahaks!

Masa skodeng-skodeng F&B dekat laman sesawang, aku jupe dave’s deli dalam list. Waaa… suda banyak tahun tidak makan. Seingat-ingat aku, emak yang introduce ini tempat. Lasagna dia superb walaupun presentation dia agak cinabeng. Plus dekat setengah branch macam dekat lokasi yang kami pegi ni, kena layan diri. Tapi servis dia cepat, lagi cepat dari kfc.

Lasagna dia curah sama kuah yang rasa sama macam kuah mashed potato. Dulu aku rasa ada sekali mashed potatonya. Eh ada ke? Tak kisah la sebab portionnya telah menyendatkan perut aku. Gambar itu nampak cenonet. tapi sebenarnya coslow dia banyak dan hebat. Aku makan sampai licin.

Itu aku tengah posing-posing macam nak setat makan. Ketika itu telah jam 2030. Masa itu menu si perempuan zombi belum sampai.

 

Ini menu si perempuan zombi. Carbonara yang rich dengan cheese di atasnya. Rupanya sangat menggiur di samping menggemukkan. Tapi beliau cikeding dan gastrik maka tak apa. Masalahnya beliau cuma makan separuh, itu ada hati mahu claim diri kuat makan. Porahcit.

Err… beliau sedang test shawl itu dan memaksa aku men-snap begitu. Aku rasa macam agak sepalis sebab posing begini. Ini kedai rejek… aku sibuk cari jumper beliau sibuk cari tudung raya berteme spring. Aku tak tahu kaler spring sebab sekarang suda masuk autumn. Tahun ini aku raya dengan kaler sejuk dingin.

Kami pulang sambil gosip pasal pengetua sekolah aku dulu yang kutuk bapak aku bagi nama aku macam benih kelapa sawit. Lepas itu beliau singgah umah in law aku untuk peluk cium donut yang gebu gebu dan gebu.

Besoknya aku iftar dekat majlis buka pose besar-besaran al jabbar. Satu kampung kami serbu. Kali ini dapat makan ala buffet hotel for FOC. Cuma badan berlengas sebab outdoor plus duduk betul-betul depan kambing guling maka kami bukan saje makan kambing tapi makan asap sekali.

Donut pun suda jadi bau asap.

 

Itu dia geng kuat lantak yang serender di hujung majlis. Mereka adalah wajah-wajah kesayangan hamba. Kalau mereka ada, dunia aku jadi huru hara. Tapi aku sangat suka.

 

Siapa tidak kenal, yang terpejam mata itu ialah putera shazlan. Di tangan beliau ialah kambing segar. Ow lihat la wajah menggedik kakngah bila bergambar dengan artis.

 

I love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them love them.

 

Besoknya lagi, kami main masak-masak dan beli-beli. Macam biasa, kalau makan dengan wajah2 kesayangan hamba tadi, aku jadi tak ingat mana letak kamera. Mujurla sempat snap tauhu sumbat ini sebab nak beritau intinya aku yang garit-garit dan sumbat-sumbat. Iftar itu encik asben masak kari ayam. Kelebihan memiliki suami yang kaki lantak, beliau juga pandai masak. Malangnya setiap kali beliau masak, aku juga jadi lupa pada kamera sebab kreativiti beliau itu akan buat aku hilang ingatan sekejap.

Ok sekian sahaja cerita iftar minggu ini. Nanti kalu aku makan dengan artis lagi, aku mesti up dalam entri.

saye: iftar tapi tak pose

 

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments