Archive for August, 2010

Aku dalam dilema. Ada dua program penting berjalan serentak.

Tarikh sama, waktu sama, tempat lain-lain.

Jauh pulak tu.

Satu program buat duit. Satu lagi program tahunan tempat mencari duit.

Mana patut aku utamakan dulu?

Ok pening… silalah pening….

Alah tayah nak simbolik-simbolik la. Cakap jelas aje senang. Aku kena attend dua annual dinner pada waktu yang sama di tempat yang berbeza… sekaligus!

Satu dinner, aku kena tolong setup sumthing. Lor, tak pesal2 jadi technician pulak. Downgrade betul lah. Ni sape punya idea tetibe aku kena jadi event management pulak? Aku web developer ok, web developer! Nan sorang lagi adalah designer. Sape pulak yang pandai2 suh kitorg in charge launching2? Keji betul!

Tak tolong kang… mau tak kawan aku seminggu. Lagi keji!

Satu lagi, aku ada company annual dinner. Mesti pegi ke? Macam mesti.

So cane? Nak pegi dua-dua? Cane nak wat tuh? Pegi company punya dulu, makan-makan pastuh larik ke satu lagi dinner? Sempat ke?

Ikutkan, boleh skip company annual dinner. Tapi sayang oh. Masterskill punya door gift bapak best. Tahun lepas dapat cordless phone. Mana tau tahun ni bley dapat iphone. Gile menangis aku kalu tak pegi.

Pastu mana tau kot-kot la ada rezki, ada luck nak menang jackpot… eh bukan, lucky draw. Kalau tak dapat proton persona pun, mana tau dapat home theater set ke, lcd 55 inch ke, menang motor ke, tak pun paling cikai menang digital camera. Tayah la aku berebut digital camera ngan encik asben bila dia outstation kan. Huhu~

Pastu mana tau tema tahun ni best-best. Last 2 years, tema fairy tale. Aku tak gi, pasai masa ni baru 1 week masuk kije. Mana jadah aku nak carik baju snow white la, witch la, cleopatra la. Haih. Last year pulak, tema oscar nite je. So baju setakat dress dah on. Mana tau tahun ni tetiba tema underwaterworld. Tak ke kena carik kostum mermaid? Pastu bayangkan kena heret costum mermaid yang tade kaki tu pegi satu lagi dinner untuk wat keje teknikal? Pergh… gila mental punya imaginasi.

Masa aku dilemma pasal dua event ni, boleh mak aku ketawa geli hati? Sampai hati kau mak. Kang suh jadi drebar kang… tapi dia macam suka aje. Eleh, janji dapat jalan… suka la kan… kan?

So plan A… attend both. Mak jadi drebar. Pusing keliling. Boleh tak?

Jumaat malam… konpem jalan  jem.

Any idea for back up plan?

saye: ikutkan aku tak minat la dinner-dinner nih… lepak umah tido lagi best

Related posts:

Best bila dapat skodeng blog baru yang umph! Sebab aku adalah silent reader terunggul. Tak reti nak jadi reader yang bising. Sebab aku low profile… dan… dan humble. Eh!

Dah nama blogger, of course aku sangat suke membaca blog. Reading is my passion. Cuma kat tempat tertentu macam opis aku rasa janggal nak baca buku bersaiz kecik. Nampak sgt la itu ialah novel. Atau buku bersaiz besar tetapi kertasnya lembik dan colorful. Nampak sgt la itu magazine. Jadi baik aku baca blog.

Itu alasan tipu. Kat tempat lain pun aku lebih suka baca blog. Yeah!

Aku ada satu blog private yang ada full list of blog yang aku akan baca. Sebab, aku takkan letak sume blog berkenaan dalam bloglist kat widura.org. Bloglist kat sini khas untuk blogger yang tertentu macam kawan-kawan atau blogger yang letak widura.org dalam bloglist dorang. Berkira eh? Lantak la.

Blog yang aku suke tgk ialah yang bloggernya aku kenal secara reality. Means kawan-kawan yang bukan datang dari dunia maya. Sebab saje nak follow updates from them tak kiralah apa pun contentnya dan apa pun perasaan aku selepas menjamah content entri dorang. Selain tu, aku ada few blogs yang aku follow betul2 as a silent reader. Kadang blogger ni adalah kawan pada kawan or tade kena-mengena langsung ngan hidup dan mati. Semestinya aku follow blog dorang sebab entri dorang best dan lawak.

Aku suka gelak… korang suke?

Blog yang best bagi aku adalah blog yang entrinya penuh dengan kisah kehidupan. Bukan cerita yang best-best aje. Segala cerita. Cerita kau pegi sekolah, cerita kau masuk U, cerita kau kerja, cerita kau kawin, cerita kau gaduh laki bini, cerita kau beranak-pinak etc etc etc. Tapi kalau blog tu dok fokus satu menda tak sudah-sudah, like cerita kerja kerja kerja or cerita anak anak anak… memang la aku tak visit dah.

Lain la kau kawan aku… terpaksa gak aku visit. Ngahahaha!

Setengah blogger suka memfokus cerita pasal satu benda. Contoh paling ketara, tentang fasa hidup depa yang terkini. Kalau dah keje, tak abis-abis cite pasal keje. Macam la keje kau tu best sangat. Tak de la aku dengki kan. Tapi ayat-ayat dia tu… haih! Macam nak show off… dia staff yang bapak best, opis dia best, job des dia best, bos dia best dan lain-lain yang best pasal keje dia.

Pastu paling ketara kalau blogger pompuan. Kalau dah kawin, tak abis-abis la entri pada honeymoon, pasal masak apa hari ni, gamba lauk untuk laki, laki suke makan apa, laki dia romantik, cite pasal gift from hubby la blablablabla. Gilo bosan okeh. Nak nak kalau cite tu sume cite yang best belaka. Takde yang tak best. Positif memanjang. Tu kalau dah positif memanjang, tak lama lagi pun dapat la 2 line. Okeh, cite mengandung pulak. Tak abis abis la lagi. Pastu kang beranak. Tak abis abis la tepek gambo anak, anak, anak.

Hello, erra fazira pun tak show off anak camtu. Kot aku ni pun, dia tu wartawan yang carik, tayah uplod kat blog segala. Ngahaha.

Aku tak kata tak boleh wat blog camtu. Kalau kau suka… ha silakan, teruskan. Ramai je readers yang suka baca. Cuma aku je lah yang jadi bosan. Aku tak penting untuk blog korang okeh. So abaikan.

Selain entri pelbagai topik, susunan ayat pun main peranan besar untuk mengklasifikasikan sesebuah blog itu best atau tak. Ada je blog yang cerita pelbagai topik yang suppose jadi menarik, tapi ayat… haih. Kalu tak ayat buku sekolah rendah, dah tahap buku kejuruteraan politeknik nih. Macam baca wikipedia pun ada. Skema ok, skema. Kengkadang ayat nak bajet best kunun, tapi tak jadi. Jadi la ayat menggedik yang buat aku tersengih-sengih kelat, sengih sinis. Takpe… itu adalah lebih baik dari aku termuntah terus depan keyboard.

Paling buat aku juling, ialah entri yang meng-copy-paste info dari site lain. Pejadah nye kau ada blog kalu setakat nak copy-paste info? Memang la kau nak kasi info. Tapi komen dan ideologi dari blogger itu sendiri pun readers nak tau jugak. Cerita la sket, apsai tetiba kau nak share info tu, dan apa kaitannya dengan hidup dan mati kau. Ala sikit pun jadi la kan. Bukan susah pun. Setakat nak kasi info seketul camtu, boleh aje orang google kat mana-mana.

Aku suka blogger yang jujur. Jujur ni, tayah la jujur sampai cerita dalam kain pun kau nak up kan. Ade je yang aku baca. Suka pulak tu. Haha. Jujur dalam penceritaan dan cara serta ayat nak bercerita tu pulak best. Kalau boleh tiap-tiap perenggan dia boleh buat aku tergelak sampai nak terhantuk kat keyboard. Haa… kalau dah macam tu… memang la blog tu bapak best. Siap aku promot lagi. Tapi bukan promot kat orang sebarangan eh. Individu yang aku rasa boleh terima saje blog macam tu.

Kira tade la blogger tu tak abis-abis nak cerita pasal laki dia tu romantik aje. Cite laki dia biol pun masuk sekali. Takde le dia nak cite yang dia bersemangat gi keje hari-hari. Cite kije dia macam harem kadang-kadang pun dalam entri dia maki. Takde la dia nak puji-puji anak dia sampai tak cukup data volume aku nak loading gambo anak dia dalam satu entri. Cite yang tak best pasal ibu dan anak pun adalah realiti.

Aku mahu blog tentang hidup. Bukan cerita hindustan. Kalau nak heppi ending aje, baik aku layan Salman Khan. Lagi la berbaloi-baloi kan.

Okeh skang aku tgh memfollow satu blog. Kawan lama. Macam best. Sementara tu, korang ada tak blog best nak share kat aku?

saye: tah bila nak siap upkan entri2 lama? hangat taik ayam aje…

Related posts:

Internet yang KO menyebabkan aku malas nak post new entri. Dah lebih 3 minggu maxis broadband wat perangai kat opis. Dan ianya adalah sungguh… HAREMMMMMMMMMM!

Today aku tukar pakai GSM only. Maksudnya aku guna EDGE. Itu advice dari maxis… dengan alasan mebi WCDMA / HSPA terlalu banyak digunakan. Logikkah? Aku tak arif menda ni… so ikutkan saje. Janji dapat access walaupun a bit slow… tapi much more better dari tak boleh access langsung. Trimas to Aisyah Asma yg kerajinan menelefon team maxis yang stupid itu.

So sudah Jumaat! Hari ketiga puasa. Hari kegemaran, hari meraikan. Hari pertama di mana aku berjaya untuk tidak tido semula selepas sahur kerana melipat kain yang dah cecah bumbung.

Hari pertama pose kelmarin langsung tak terasa. Maklumlah, aku dah biasa bangun pukul lima. So, sahur pun pukul lima. Ikut tradisi arwah ayah aku, sahur di hujung-hujung waktu. Macam tu jugak encik asben n family. Siap boleh ada waktu kecederaan lagi. Haha.

Yang paling best, waktu masuk keje aku different dari yang biasa. Kalau biasa aku masuk kul 7.30am, bulan pose aku masuk kul 8.30am. Ini disebabkan penjimatan 1/2 jam waktu kerja di mana staff muslim boleh masuk kul 8.30am dan balik pada 5.00pm. Hawyeh! Bole tido lebih.

Dua hari lepas, start petang aku melepek. Apsai ah? Perut pedih dan letih sampai termengah-mengah. Dan aku rasa, aku boleh memproduce susu maximum dua atau tiga kali saje di siang hari. Ini termasuk direct dan pumping. Dah tak makan, cano lah nak produce. Nasib cik safi sudah makan. So aku sumbat aje biskut dan nestum. Settle!

Mari lihat si donut yang sudah join the table buat pertama kali ketika hari pertama berbuka pose. Tapi ini bukan gambo pada hari berkenaan ye. Ini kejadian hari berikutnya.

Punyalah excited. Agaknya best sungguh dapat join orang-orang dewasa dekat meja makan. Selama ni, kalu tak kena pangku, kena tinggal aje terkontang-kanting dalam walker atau lebih tak best lagi, ditinggalkan berguling-guling atas lantai. So cik safi, enjoy okeh! Senang sket mak bapak dia nak makan. Hua hua hua.

Makan itu satu nikmat. Gangguan dari anak-anak akan menyekat itu nikmat. Jadi perkembangan terbaru ini telah mengembalikan semula nikmat yang secara sementara telah disekat.

Selamat berpuasa.

saye: tido lagi la nikmat… tapi skang asik kena sepak… encik ayah, tolong bukak balik baby cot boleh x? tak pun, ayah aje yang pindah bawah… bole?

Related posts:

Aku rindu entri-entri kat blog lama. Siyes rindu.

Nasib baik aku ada back up sume entri. Cuma berterabur macam kapal titanic dalam laut. 49 entri terawal semuanya tak bertajuk. Sebab aku back up code dalam database aje. Tajuk tak back up. Dan dan… tade date! Pandai? Memang!

Entri-entri seterusnya aku tatau ada berapa. Nampak semua masih selamat dalam folder. Tapi bila bukak, setengah ada gambar, setengah tade. Nasib kau la.

So sekarang aku dah decide untuk publish balik semua entri-entri tu. Sikit-sikit la. Dan yang terpilih saje. Yang biol-biol tu tayah kot. And of course without all the comments. Memang aku tak back up. Sedih! Huu~~ Komen-komen itu memang ada sentimental value. Tak gitu, bloggers?

So yang aku pernah kata nak melepaskan semua entri-entri lama aku dalam entri Transformasi dulu tak jadi la ye.

Dan satu lagi projek ngeri. Nak susun balik folder images dalam hosting. Huhu… huhu. Kerja ngeri. Sebab itu melibatkan perubahan url bagi banyak image. Ngah ngah… sanggup kah? Selowly… mebi.

Ok tu je nak bitau. In case lepas ni aku tak aktif mem-blog… korang tau kenapa.

Bai.

saye: caiyok!

Related posts:

1 – 7 Ogos 2010

Kos permulaan susu ibu (RM):

  • Breastpump (medela harmony) = 199.00
  • Storage bottle (8 pcs ~ safety plus) = 32.00
  • Cooler bag (safety plus) = 65.90
  • Ice pack (4 pcs ~ safety plus) = 40.00
  • Disposable storage bag (300 pcs ~ youhaveababy.com) = 60.00
  • Glass feeding bottle (safety plus) = 22.90

TOTAL = 419.80

Anggaran kos di atas adalah bagi tempoh sekurang-kurangnya setahun. Tetapi bagi gadjet seperti breastpump, jangka hayatnya adalah lebih lama, bergantung kepada penggunaan dan penjagaan.

Kos susu formula (berdasarkan survey di forum)

Anggaran kasar (RM)

Sebulan = 100.00

Setahun = 1200.00

Anggaran kos di atas adalah berdasarkan harga susu formula yang terdapat di pasaran. Ianya mungkin meningkat bergantung kepada keperluan bayi terhadap kuantiti dan kesesuaian terhadap sesuatu produk susu. Susu tertentu seperti susu hypoallergenic adalah jauh lebih mahal.

Susukan bayi anda di mana sahaja pada bila-bila masa.

Makan banyak, berat turun dan maintain.

Ibu yang menyusukan akan sentiasa cun. Selain kos yang rendah, anda hanya perlukan sedikit kesabaran dan pengorbanan. Tidakkah anda mahu yang terbaik untuk yang tersayang.

Katakan YA kepada penyusuan eksklusif.

Tahniah kepada yang telah berjaya.

Gud luck bagi yang baru bermula.

saye: kenapa tak pernah ada iklan tv pasal penyusuan eksklusif kat negara ni?

(baca entri tentang penyusuan ibu yang lalu >> Membudayakan Penyusuan Ibu ~ Part 2 ~ Air Kosong)

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments