Siyesly sekarang tak ade mood. Kerahan menghasilkan literature review tiga puluh muka surat betulbetul membuatkan aku menjadi buntu. Jadi sebagai terapi aku mahu jungkir balik kisah hujung minggu terkini.
No open house, no weddings, no jalan-jalan, no amek-amek gamba. Weekend ini betul-betul masa untuk lepak lepak lepak di rumah. Sungguhlah masa yang bermutu tinggi dan sangat digemari. Terima kaseh kepada masa itu.
Maka dengan ini aku memohon ampun dan maaf kepada sekalian kawan-kawan termasuk puan bos kerana ketidak hadiran ke majlis anda semua. Juga tidak ketinggalan permohonan maaf kerana rsvp not attending kepada majlis 101010 dr sms. haha perasan besar oke!

gembira di pagi hari sabtu bemain encik buzzlightyear dengan bebasnya kerana tuan punya buzzlightyear itu tiada di rumah menghabiskan tiga hari dua malam bersama kekasih hati
Aku rasa weekend ini encik asben paling suka. Walau hakikatnya beliau yang lebih suka berjalan merayap kat luar menghabiskan duit, tapi disebabkan beliau ada kerja, maka beliau sendiri pun mahu lepak-lepak di rumah saje. Apa yang aku maksudkan weekend yang beliau paling suke ialah kerana weekend ini bini beliau memasak selama dua hari dengan rela hati. Al maklum, bini beliau ini paling pemalas untuk memasak sedangkan laki beliau adalah makhluk pemakan yang terbesar di jagat raya.

2005
Bukankah Allah maha bijaksana? Kalau laki kaki makan dan bini rajin masak, bolehkah korang bayangkan sendiri bagaimana rupa parasnya setelah empat tahun lebih berkahwin sedangkan bini yang tak rajin memasak pun rupa paras beliau sudah menjadi begitu tidak hensem sekali akibat kenaikan berat badan yang mendadak. Waahaa!

2008 / 2009
Bila tengok gambor2 b4 2006, aku rasa berguling aku nak ketawa. Tengok gambor 2008/2009 (aku tak ingat exact year), sipi badan dan muka pun da cukup memberitahu size terkini kan. Motif gambar sebelum dan selepas adalah untuk tayangan umum sebagai satu cabaran kepada beliau untuk kembali ke pangkal jalan. Bole kembali ke? Konpem tak bole!
Beliau kata, beliau jadi begini sebab kami lebih banyak makan di luar, makanan yang tak sihat sedangkan kalau makanan di rumah sedap-sedap belaka, beliau melantak macam bela jin sampai sepuluh ekor. Siyes menakutkan okeh. At least kalau makan kat luar, beliau tak bloeh makan sebanyak seperti di rumah sebab beliau alergik kepada pakajinomoto.
Oke aku saje je up stori pasal aku masak weekend ini sebab sembilan puluh sembilan peratus kenalan aku dengan konpidennya menuduh aku tak pandai masak which aku pedulik hape tapi kadang-kala agak tersentap dan tersakit hati jugaklah kan… wakaka.
Di samping masa-masa berkualiti dengan makanan (oh eh, aku tak snap satu pun gambar makanan… mebi makanan itu terlampau sedap sampai tak ingat nak snap… wuhuhu), keunggulan masa juga diukur dengan sesi ini.


Hoyeh, tido sambil cium ketiak. Superb!
Bohonglah kalau nak katakan 48 jam weekend ini memang di dalam rumah. Of cos ada keluar sekejap-sekejap untuk perkara bermanfaat seperti membelikan ini…

Comel bukan. Pemberian yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan bantuan tokey sweetbonda ini meminjamkan aku freestyle beliau yang awesome. Huh! Harus berusaha keras kalau mahu memasukkan gadjet ini sebagai wish list. Man jadda wajadda. Ewah!
Cakap pasal man jadda wajadda, trimas sekali lagi kepada yangmuliatansridrmohdsulhi sebab sudi singgah umah patik untuk drop buku “negeri lima menara” ini.
credit gambar kepada yangmuliatansridrmohdsulhi
Perlu pulak gigih membaca lebih banyak lagi sebab dah rasa lama sungguh tidak membaca. Dan malu nak cakap sebenarnya oleh kerana dipinjamkan novel ini, maka dengan penuh dedikasi aku baru sahaja menghabiskan episod terakhir dalam tetralogi laskar pelangi iaitu maryamah karpov. Satu tahun lebih nak habeskan empat novel? Sibuk betul kau widura? Ngeh~
Lepas ini perlu manage masa dengan lebih bijak lagi. Harap boleh teruskan hidup tanpa perlu menjadi psycho atau zombi. Harap lebih tabah (pinjam word wada – bertabahlah), lebih berdisiplin dan lebih berdedikasi. Harap mampu melakukan semua-semua ini sekali dalam satu masa seterusnya menjadi wanita hebat walau hanya sendiri yang rasa. Woh… semoga berjaya semua.
saye: man jadda wajadda
Related posts:
Comments




ahaaaa..best spot ever!! jgn lemas sudah ek cik donut!!
tgk gambo 2005, terus gastrik okeh..mcm org x cukup zat pun adaaa…kahkah
p/s: bila nk buat open hse ni??:p
wie Reply:
October 12th, 2010 at 9:43 pm
aku pun menggelegak ketawa tgk gambo2 tuh… adoiyai…
no open house… sila bitau saje kalu mau dtg….
masakan aritu sedap. He he jgn ingat org x rajin masak x pandai masak kan? Kak long siap buat catering lagi….
wie Reply:
October 12th, 2010 at 9:43 pm
maceh… tau xpe okeh
acucute Reply:
October 13th, 2010 at 10:29 am
masak apa hari tu…?
wie Reply:
October 13th, 2010 at 3:46 pm
adala…. rahsia… wakaka
wahahah comel okeh tido bawah ketiak abh hehe…mak aku tgk pon die tergelak..siap ckp ‘anak abh ni” hehe
wie Reply:
October 13th, 2010 at 3:47 pm
ngahaha… comel kan… tah hape la yg dia mimpi masa cium ketiak tu… aku pun tak penah cium …hahahahahaha
ha3…dia mimpi berada di alam magika….cet…umi dia slalu bau ketiak ayah…saje la tu malu nak ngaku.kah3