Err… hot…

Kalau ada seorang wanita sebaya yang boleh aku cemburui, ini mungkin adalah orangnya.

Wedding beliau di Dewan Seri Endon Putrajaya memang kool habis. Dewan yang superb cantik, makanan yang banyak dan superb sedap, pelamin yang superb cun, parents n siblings yang superb hot dan of cos pengantin yang superb in and out.

She’s a master holder from Cambridge, penerima anugerah pelajaran diraja, anak seorang yang bergelar datuk ir, a lecturer kat unisel, n now married to a medical doctor… n both of them will fly to oz untuk cont studi lagi.

Dan tak perlu didescribe lagi… dia mmg cun… tanpa perlu grooming berlebihan.

But yet… she’s so damn humble… soft spoken… sederhana, takde langsung nak tunjuk diri best atau bercerita yang best-best atau yang hot-hot belaka… itu yang buat aku rasa nak menangis sangat… huwaaahahahahaha.

Nik Nur Jehan.

She’s not perfect of cos… tapi beliau ada value yang tak dimiliki oleh banyak orang.

Hidup ini pelbagai… itu kebenarannya. Walau siapa pun kita, bersyukur itu sudah pasti perlu. Bersyukur adalah tanggungjawab manusia terhadap pelbagai perkara sebagai asas yang menghasilkan persepsi positif dalam diri masing-masing. Namun syukur tidak akan sempurna tanpa sebuah kesederhanaan.

Sederhana adalah pohon jiwa yang tumbuh dalam diri setiap insan yang tidak pernah jauh daripada penciptaNya. Jiwa yang ditumbuhi pohon kesederhanaan sering akan mencari sebanyak-banyaknya tetapi menggunakan sebatas keperluan.

Bahkan Islam sendiri adalah sebuah agama yang berteraskan kepada nilai kesederhanaan yang tinggi.

Berbalik kepada kenyataan di atas, kalau ada seorang wanita sebaya yang boleh aku cemburui, Nik Nur Jehan mungkin adalah orangnya. Ironinya, tak terbit langsung perasaan cemburu seperti itu, jauh sekali rasa jaki. Sebaliknya, aku rasa ikhlas bersyukur atas terciptanya seorang hawa seindah ini. Semoga beliau berhasil menjadi seorang wanita yang wajar dicontohi.

Hidup kita pilihan kita. Anda mahu yang bagaimana?

saye: ikutlah resmi padi.

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments