Archive for 2010

Teraniaya? Kalaulah cuma aku yang cetuskan idea tu dulu…

Maksud aku… dulu… masa sebelum Proton Exora keluar, proton ada buat satu competition untuk bagi idea nama kereta keluaran baru dorang. Disebabkan laki aku excited nak join, aku bagi idea…

PROTON TUAH!

PROTON JEBAT!

Sebab nama-nama itu sangat melambangkan Malaysia dan Melayu.

Alih-alih, bila nama model baru diumumkan, yang menangnya Exora. Keciwa.

Aku keciwa bukan sebab tak menang. Tapi sebab nama yang dorang pilih tu sungguh tak melambangkan negara dan bangsa.

Alih-alih dapat berita pasal proton replacement.

proton tuah

proton jebat

Perlu ke rasa teraniaya? Wuwuwu… sebab perasan macam idea tu datang dari aku sorang… padahal mebi beribu je orang bagi idea sama kot. Urghhh!

Ada tiga lagi proton lekir, lekiu dan kasturi korang pegi google sendiri.

saye: perlambangan bangsa

Related posts:

Dulu beliau muncul dengan cycledevies. Yang kadang-kadang aku panggil cycledevil. Beriya-iya aje beli hosting n domain lepas tu senyap. Tiba-tiba ntah jampi serapah sape yang buat beliau ingin kembali.

Nama sudugarpu tu beliau terinspirasi dari idea stapler.com (bukan idea sebenar). Lepas tu terus dapat sudugarpu. Tapi memula beliau nak pakai sudugarpu.com. Tapi tah macam mana tersilap cara beli, guna chrome, terus takbley… maka terbitlah SUDUGARPU.NET.

Bocor rahsia ye? Sajeeeeeeeeeee!

Dengan segala masalah hosting yang tolol dan customer servis yang bendul, akhirnya beliau dapat juga mempublish blog ini dengan jayanya.

Selamat kembali ke alam blogging yang maya dan fana kepada cik zombi yang dirahmati Allah. Selamat mengarut dan selamat mencarut. Semoga isikandungan blog anda dapat memberi manfaat kepada seisi jagat raya.

Klik imej di bawah ini.

WELCOME BACK

saye: nak gosip nak gosip nak gosip

Related posts:

Semalam, masa tgh borak-borak dengan sorang kakak opismate, aku terasa dagu aku gatal. Disebabkan masa tu aku tengah landingkan  kepala aku berhampiran tangan kakak tu, maka dengan spontannya aku gosok-gosok dagu aku tu dekat lengan beliau. Lepas dah tonyoh lime enam kali, baru le aku pasan perangai buruk aku yang tak pasal-pasal memindahkan kuman-kuman dagu aku kat lengan beliau (termasuk menyalah gunakan lengan beliau untuk kepentingan diri).

Nasib baik beliau cuma gelakkan aku. So aku pun gelakkan jugak diri aku.

Bila ingat-ingat balik, memang pun jadi habit aku gosok muka ke, hidung ke, pipi ke, dekat orang lain. Nak nak kalu aku masa tu tengah landing kat mana-mana anggota badan orang tu. Tapi selalunya, yang jadi mangsa cuma family member atau kawan-kawan rapat aje.

Err bole jadi tak kalu tiba-tiba aku terbuat perangai tu kat bos besar atau lebih teruk dekat kawan lelaki?

Tak mungkin kot….. ngeeeeeeeeeee~

Perangai buruk bukan setakat terbawak kepada orang yang tak sepatutnya, tapi turut diwariskan kepada anak. Sesungguhnya donut kecik itu sungguhla habit menonyoh muka dekat orang. Tak kira la badan orang tu ke, lengan orang tu ke, atau kaki orang tu sekalipun.

Janji tonyoh!

Syok kot?

Of cos bukan itu aje perangai buruk aku. Banyakkkkkkkkk! Antaranya menguap sampai berlagu-lagu. Bila menguap, bukan sahaja sore dikuatkan, malah nak dekat ending tu mesti jadi irama. Macam-macam irama boleh jadi.

Contohnya… huarghhhhhhhh hua hua hua.

Atau huarghhhhh muah muah muah.

Yang best sekali, huarghhhhhhhhhhhh hiaaaaaaaaa huahhhhhhhhh. Macam p. ramlee dalam masam-masam manis tu!

ala yang lepas tu jiran bilik dia kata…. cilake punya orang sebelah, terkejut aku!

Yang ni pun menurun kat donut kecik jugak.

Tapi yang paling obvious ialah perangai sendawa kuat-kuat. Obvious sebab ramai orang notis habit ni. Sampai satu masa, bila habit tu berkurangan, cikzu siap sound.

“Eh, ko dah kurang sendawa ek skang ni?”

Ngeeeee~

Tapi kenangan pasal sendawa yang paling best ialah, dengan sengajanya sendawa kuat-kuat masa assembly sekolah. Asalnya  ingat nak kenakan kawan aku si Hanis Hamizan tu dengn sendawa kuat-kuat kat telinga dia. Sekali da tentu assembly kat kompleks sukan yang terbuka dan penuh dengan manusia yang berbaris cun punya. Nak nak masa tu mode senyap maka ada la sampai  sepuluh meter persegi manusia keliling dengar sendawa aku.

Terus glamer.

Lagi satu, masa sekolah jugak. Aku tengah on the way nak gi kantin. Kebetulan depan tu ada segerombolan senior lelaki. Tapi aku macam tak sedar sangat kewujudan depa depan aku masa tu. Fokus aku… kantin. Aku ni, disebabkan dah habit, asal rasa nak sendawa… dengan tak tengok tempat dan keadaan… konpem lepaskan aje. Dengan sekuat alam pulak tu.

Berkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Kalau la korang… yg pompuan la of cos… kalu yg lelaki pedulik hape kan. Kalu korang yg pompuan, masa sekolah la… terbuat macam tu… depan budak2 lelaki… senior pulak tu… cane rasa….?

Cane rasa bila lepas tu korang dengar satu komen…

BADAK BETINA MANA YANG SENDAWA?

Kalo aku?

Aku tak rasa apa. Masa tu lah.

p/s: sume insiden dalam tahun yang sama dengan kejadian Bapak Namanu Teratas

saye: tahun terhebat… 1997

Related posts:

SAKSIKAN

saye: need we say more?

Related posts:

Minggu rezeki Penang Village. Dua kali jilat pinggan dalam seminggu. Terima kasih kepada tukang belanja yang sentiasa menawan iaitu puan emak dan tukang belanja dengan job baru iaitu puan kaklong. Semoga berkah. InsyaAllah.

Berkonsepkan malaysian local food, penang nyonya dan chinese cuisine, most of menu adalah superb. Malah drinks dan desert juga boleh diberi thumbs up.

Ini betul-betul recommended… char kuey teow yang sedap gila lah!

Fish ball soup. Bagi yang berdiet.

Dry wantan mee… untuk peminat chinese food. Cuma agak sweet.

Western kids meal.

Satu lagi menu recommend… village fried rice apatah… tapi sodap meh.

Kerabu manggo.

ABC

Cendol.

Belacan fried rice. Also recommended.

Nasi lemak… sangat-sangat recommeded.

Pilih-pilih…

Malam yang dibelanja oleh puan tudung merah yang dapat job baru.

Tengah hari yang dibelanja oleh puan emak sebagai meraikan kakak sebelah itu yang akan menyambung phd di UK.

Penang Village Alamanda.

Kecuali harga yang quite expensive, lain-lain adalah sungguh menyenangkan. More info lepak dekat penang village official website.

saye: my family my forever

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments