Pembukaan ini sepatutnya dipos pada hari pertama tahun baru. Tapi apakan daya, tahun baru disambut dengan holiday di dalam sakit yang tak terperi. Tragis.

Oleh kerana sudah siap dalam draf, maka apakata kita sudahkan saje.

Melihat kepada tahun-tahun kebelakang, ternyata aku bukan seorang yang komited terhadap azam. Kenyataannya, aku langsung tak berazam. Azam adalah satu target yang susah untuk diletakkan atas alasan tak guna mempunyai matlamat tanpa strategi untuk mencapainya.

Persoalannya, macam mana nak susun strategi kalau dari awal memang dah tak ada matlamat?

Matlamat atau azam adalah satu tahap tertentu pada tangga pencapaian dalam apa-apa bentuk perjalanan dalam hidup kita. Hidup bermatlamat menjanjikan komitmen yang mengikat atau mungkin menjerat diri seseorang. Meskipun secara kasar kita mungkin cenderung memilih kebebasan, hanya komitmen yang membezakan individu yang berwawasan dalam hidup dengan individu yang hidup tanpa bayangan masa depan.

Jadi ia satu pilihan.

Mujarabnya meletakkan matlamat hanya boleh dibuktikan dengan melihat pencapaian diri kita pada hari ini hasil matlamat yang kita letakkan terhadap sesuatu pada masa lalu. Dan itu adalah sangat benar. Sebagai contoh, pencapaian aku masa dekat MSU, UKM dan semasa bekerja di MUCH sehingga kini banyak dipengaruhi oleh matlamat yang aku letakkan semasa mula menjejakkan kaki sehingga meninggalkan tempat berkenaan.

Oleh kerana aku menyedari hakikat ini masa bersembang dengan dr sudugarpu minggu lepas, maka sangat tidak terlambat untuk aku menetapkan satu atau mungkin beberapa azam menjelang dua ribu sebelas.

Terima kasih atas rungutan anda dr sudugarpu. Ianya telah membuatkan kita sama-sama berfikir dan mendapat pencerahan melaluinya.

Sembang siber yang kritis akan menghasilkan satu input yang bernilai.

Maka bagi pembukaan tahun ini, aku menetapkan matlamat aku untuk menyempurnakan kerja-kerja berdue date dengan sesegera mungkin, menambah ilmu di mana sahaja, meningkatkan produktiviti kerja di opis, kerja mengajar dan kerja-kerja sampingan. Di samping itu, mahu bertambah rajin, cekap dan kurang merungut (bole ka?) Dan yang paling utama, mahu meningkatkan produktiviti sebagai hambaNya dalam apa juga cara yang termampu.

Ada unsur poyo ka?

Sehingga pertengahan tahun ini nampaknya akan sibuk yang teramat-amat. Harap lepas tu boleh tarik napas lega banyak-banyak dan mula buat aktiviti kegemaran yang banyak tertangguh. Sungguh sangat mendambakan janji Allah…

“Fa inna ma al usri yusra. Innama al usri yusra.”

“With every suffering, there comes relief. Truly, with every suffering there comes relief.”

InsyaAllah.

saye: produktiviti anak harap bukan tahun ini

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments