Balik Johor lepas empat bulan tak balik, excitement dia macam perantau yang dah bertahun tak pulang ke pangkuan keluarga. Satu minggu aku takde hati nak pegi keje, berharap-harap masa akan jalan laju-laju sampai weekend pun tiba.

Antara agenda balik kampung kali ni ialah Mersing. Mohdiszrolealhalmy tu, sejak kawin lagi mengendeng nak pi Mersing. Aku bukan tamau layan, korang pun tau betapa indoornya aku. Eh korang tau ke? Wah… ada hati nak bajet glamer.

Plan dengan cikzu, kul 6.45am nak gerak. Maka, bangun la aku subuh-subuh ahad. Mandi, ironing, siapkan safi sume, 7.15am jugak baru aku kuar umah. Ingatkan  da lambat, bajet kena perli dengan cikzu punye. Sekali, sampai depan umah cikzu, sonyap. Bila kol, dengar sore orang baru bangun tido. Dem!

Blabla gitu gini, pi breakfast sume, dalam kul 8.30 baru gerak dari Kluang. Dan sampai Mersing nak dekat kul 10.00am. Masih tak panas. Maka terus pi kat pantai air papan.

Last aku pi sini masa sekolah. Huhuhu!

safi dan mamazu masa otw to mersing

*

Sampai aje kat pantai, aku punya excitement mencanak-canak. Padahal yang kecoh nak pi mersing ialah mohdiszrolealhamly. Tapi then, aku yang lebih. Tu la, kutuk orang tak ingat-ingat. Sampai masa, aku yang over.

Cemana aku tak over? Pantai masa ni kool gile doh. Sebab baru lepas musim tengkujuh, maka pantai jadi bersih (teori aku je, kalau sesat sila abaikan). Nak nak orang tak ramai, padahal hari ahad. Ni sebab, last week baru je cuti cny. Maka orang dah tak berjalan masa ni. Tu yang pantai lengang.

Cuaca memang superb. Tak hujan, tak panas. Angin pulak, perghhh. Memang syok la kalu nak main layang-layang.

Aku punya plan, memang tade nak mandi. Maka aku tak bawak sebarang persalinan pun. Sebab tujuan asal pi mersing adalah untuk menunaikan cita-cita mohdiszrolealhalmy untuk sampai ke mersing je. Tapi dah alang-alang sampai beach, aku nak la bawak safi merasa pasir pantai ngan air laut. Ni kira first time la. Tapi aku lupe, kalau aku nak bawak safi main pasir, aku pun kena duduk atas pasir sekali. Kalau nak bawak dia berendam dalam air laut, dengan aku aku sekali la kena masuk laut.

Belajar tinggi-tinggi, when come to simple things, mula la jadi bangang.

Oleh yang demikian, terpaksa la membeli-belah. Beli yang tak boleh blah langsung. Janji ada je. Seluar kaler oren, t-shirt kaler biru. Selipar pun terpaksa rembat sepasang. Total kerugian RM55.00.

cover muka… sakai abes!

*

First time safi pijak pasir pantai. Aku yang terkinja lebih. Beliau ni pulak kena ikut mood. Kalau time malas, umpan dengan mc dee pun takde hingin dia nak bangun amek. Masa jejak kaki, konpem jingkit. Nak tanak terpaksa la heret.

Aku saje tak buttonkan romper tu. Agak-agak kalu dia buat hajat besar, bley terus cabut diaper tu dan buat dia jadi macam bot kertas… muehehehe .

Nampak tak pokok-pokok jadi senget. Angin kuat woo. Best!

Ntah-ntah pokok tu memang senget tak? Tak kisahla, tapi angin hari tu memang best.

mamat di belakang itu sedang sexi… maka beliau disamarkan dalam entri ini

Beliau tak suke air. Beliau menggigil. Air laut hari tu memang sejuk. Hakikatnya, beliau memang takut dengan air sejuk walaupun tetiap hari aku mandikan beliau dengan air sejuk. Iye, aku tak percaya dengan fungsi air panas kepada bayi. No no no. Dari masa pantang lagi aku sudah simbah beliau dengan air sejuk supaya beliau tidak membesar dengan takutkan air sejuk terutama di pagi hari. Air sejuk adalah terapi yang baik. Sape nak sanggah? Bolehlah aku kuarkan entri pasal air sejuk pulak lepas ni.

tapi beliau enjoy dengan pasir itu

*

aku mohon nak bersentimental sket bley? betapa aku berharap agar masa berhenti, memberi ruang untuk aku nikmati saat sebegini lebih lama lagi. terima kasih Allah untuk anugerah terhebat ini.

*

Motif gambo rm1 dua keping itu ialah, nak cite yang duit tu berterbangan dan aku mengejornya agak jauh gak la. makin aku nak capai, makin dia terbang. sib bek depa tak sempat rakan video. klu tak, sure tambah sakai.

Ingatkan lepas abes mandi-mandi nak main layang-layang. Tapi masing-masing dah lapor perut. Gile lapar. So, terus la kuar dari pantai untuk cari makan. Masa otw nak pi town, ternampak menda ni.

Kedai keropok lekor ala-ala kopok losong. Fresh. Buat kat situ jugak. Goreng kat situ jugak. Sos buatan depa jugak. Cikzu cakap, depa ni ada yang memang berasal dari terengganu dan move ke mersing lama dulu. Tapi slang, still slang ganu.

Woh unik tu. Tak pernah aku tau orang johor cakap ganu.

After lunch, terus la pulang. Terpaksa balik awal sebab mohdiszrolealhalmy kena balik kl petang tu jugak. Tapi dia balik naik bas. Sebab ikutkan, kitorg punya cuti sampai selasa. Cuma disebabkan beliau ada masalah teknikal yang tak boleh dielakkan, maka terpaksalah gagahkan diri balik kl naik bas.

Next time balik kampung, harus gigih ke sini lagi. Tu pun harap-harap weather yang sempoi macam masa ni. Kalau panas kedaung tu, mahap la, sanggup aku tunggu lepas musim tengkujuh tahun satu lagi.

Sekian.

saye: johor tetap di hati

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments