The next day, terpapar la secara besar-besaran pasal virus yang serang Pulapol. Terutama kisah trainee konstabel yang meninggal tu. Tak silap aku, laporan post-mortem konpemkan beliau meninggal akibat adenovirus (selain pneumonia akibat virus yang sama). Adenovirus ni jugaklah yang dikatakan menular kat Pulapol tu. Maka aku pun tanya Dr. Gugel pasal menda ni.
Adenovirus infections most commonly cause illness of the respiratory system; however, depending on the infecting serotype, they may also cause various other illnesses, such as gastroenteritis, conjunctivitis, cystitis, and rash illness. Symptoms of respiratory illness caused by adenovirus infection range from the common cold syndrome to pneumonia, croup, and bronchitis. Patients with compromised immune systems are especially susceptible to severe complications of adenovirus infection. Acute respiratory disease (ARD), first recognized among military recruits during World War II, can be caused by adenovirus infections during conditions of crowding and stress. (sumber-wikipedia)
Sila baca yang aku bold dan underlined tu. Maka teori awal aku tentang serangan adenovirus kat Pulapol ni adalah disebabkan persekitaran depa kat situ. Walaupun orang-orang Pulapol yang aku jumpa sumenya seboleh-boleh mengatakan yang virus ni berpunca dari sorang pelatih yang bawak dari luar, according to trainees sendiri, itu adalah tak mungkin sebab masa trainees inspektor masuk pada 1 mac, trainees konstabel memang dah ramai yang sakit. Tak mungkin jugak ada trainee konstabel yang sebarkan virus tu dari luar sebab depa sendiri dah sebulan lebih tak kuar dari Pulapol masa wabak tu start. Kalau depa bawak dari luar, maka masa awal-awal training lagi wabak tu dah menular kan? (konstabel dah start training on january 2011 klu tak salah).
Menyalahkan orang sangatla best bukan?
Hari kedua kat HKL, sume trainees yang sakit dapat ni.

Err itu kad ucapan je. Bukan kad ekceli… kertas yang di-print dengan ucapan dan dipotong2. IGP bagi sorang satu goodie bag berisi mineral water, biskut, buah, milo dan… condensed milk.
Apakejadah bagi condensed milk? Apsai tak bagi milo 3 in 1 terus? Aduiyai… bijak bijak! Aku tak salahkan IGP. Bukan dia pun yang buat sume tu. Tapi pihak-pihak yang menguruskan goodie bag tu. Meh sini aku nak tanya, apsai ko tak letak satu paket gula 1kg sekali? Ooo lupa, gula kena catu.
Hari-hari seterusnya, aku lawat isrol waktu petang. Masa 2nd day dia kat wad, aku keje half day dan sampai kat hkl sebelum waktu melawat. Time ni masih bley kawtim dengan polis bantuan aka security yang tak hensem kat pintu C tu. So dapat la masuk. Tapi lewat petang tu, aku dapati kawalan dah mula ketat. Kids under 12 dah tak boleh naik. Depa sume majoriti pun dah pakai mask.
Masa 2nd day jugak, aku ada mintak pass masuk dari nurse tapi depa tanak bagi dengan alasan depa tak encourage pelawat masuk wad 19. Sebab wad tu telah menjadi wad pengasingan. Tapi masa ni, aku still melepak lama jugak la dalam wad tu. Siap join baring2 lagi dekat katil isrol.
Laporan surat kaba hari tu mengatakan dah 200++ trainees kena kuarantin kat dalam Pulapol. Depa bawak masuk kumpulan perubatan kat dalam. Tapi mana-mana trainees yang agak teruk, still direfer ke hospital. Aku sgt le bersyukur yang isrol dah admitted awal-awal sebab at least aku bley jumpa dan tau perkembangan dia. Lagipun lepas je dia masuk wad, aku terus bagi dia henpon. Senang nak contact if anything. If dia kena kuarantin dalam Pulapol je, bukan setakat tak boleh tengok. Nak contact pun susah.
Trainees yang admitted kat wad tu, ramaila yang menumpang henpon isrol. Tak pasal2 bila aku bukak sent item, bersepah message “abang-sayang” dari macam-macam nombor. Siyes aku gelak besar masa ni.
Memang sangat la kesian dengan trainees yang just kena kuarantin kat dalam Pulapol. Dah la sakit, tak leh contact family pulak. Family pun mesti risau gile dan sedih dengan situasi tu. Aku rasa dalam dua hari lepas tu barulah Pulapol bukak hotline untuk family kol bertanya keadaan pelatih sama ada sihat, dikuarantin atau dah masuk spital.
Angka trainees yang kena kuarantin ni meningkat dari hari ke hari. Dari 200++ kepada 300++, naik 400++, 500++ sehingga kemuncak 700++. Itu adalah dalam 35% jumlah trainees. Bagi aku satu jumlah yang besar. Bayangkan la, 700++ kena kuarantin. Doktor cuma ada 8. Padahal kat hkl tu, satu wad yang cuma dalam 30 patient pun, doktor lima enam orang.
Hari tu jugak Pulapol lock down. Ikut laporan berita, semua aktiviti dihentikan. In fact, masa 1st day isrol kat wad, jurulatih beliau pun kata menda yang sama. But later aku dapat tau, statement tu ada unsur-unsur dusta. Sebab according to trainees yang tak kena kuarantin, hari 1st isrol masuk wad tu, depa still ada latihan keras. Sungguh bercanggah la dengan apa yang jurulatih dia cakap yang since 9 mac lagi latihan dah dihentikan. Dan hari-hari berikutnya pun, depa still ada latihan cuma mebi tak sekeras biasa.
Pointnya ialah, apsai lapor kat paper yang sume bentuk latihan dihentikan? Laporan ni jugak konsisten sehinggalah sehari selepas aku dapat tembus masuk Pulapol yang masih lock down, dan dapat tau bahawa latihan tetap berjalan dan tak pernah pun dihentikan. Tup tup, the next day (sehari selepas aku dapat tembus masuk Pulapol), paper laporkan yang aktiviti dan latihan ringan mula dibenarkan berikutan keadaan yang semakin baik.
Korang rasa cane? Aku rasa macam kena tipu hidup-hidup! Macam, helo… just after aku find out yang laporan akhbar tu dusta, maka kuarlah laporan baru yang seiring dengan info yang aku dapat.
Aku tak salahkan reporter. Aku jugak ada contact dengan kawan aku yang keje dekat Harian Metro. Reporter just laporkan statement yang kuar dari mulut authorized person. Kalau depa bagi statement dusta, maka laporan dusta la yang akan appear kat news.
Mebi aku emosi. Maka mudah berburuk sangka. Tapi sila setuju dengan aku bahawa, sape yang tak suspicious dengan polis? Polis dan ahli politik kat mesia ni dah macam satu kapal oke. Ye, aku tau aku tgh bercakap pasal profession laki aku. So wat?
Masa beliau keje dekat LGM pun, berbakul je aku kutuk. Haha.
Selain adenovirus, ada jugak yang saspek virus kencing tikus (leptospirosis). Kalau difikir-fikirkan, apa lagi punca leptospirosis kalau bukan isu kebersihan? Plis bitau aku.
Ini pandangan aku tentang wabak adenovirus yang menyerang Pulapol. Pendapat aku ni dipengaruhi oleh segala info yang aku dapat tru Dr. Gugel, doktor-doktor HKL, doktor-doktor Hospital Sg. Buloh dan info dari surat khabar. Mebi sesape saje boleh sangkal teori aku sebab aku memang bukan dalam line perubatan dan kesihatan.
Berdasarkan sume info yang aku kutip, aku yakin virus ni menular sebab faktor-faktor berikut (baca: ini versi aku sahaja, tak mesti betul):
1. Kesesakan dalam Pulapol. Jumlah trainee konstabel + inspektor adalah +-2000. Fakta ni aku dah bold dekat definisi adenovirus infection kat atas tadi, selain turut disahkan oleh sorang doktor kat Hospital Sg Buloh. Doktor tu kata, adenovirus ni selalunya menyerang kanak-kanak. Tapi mengikut case study depa, virus ni menular antara trainees sebab depa cram kat dalam.
2. Persekitaran yang tidak bersih. Budaya membiarkan dorm dan bilik air tanpa dibersihkan selepas keluarnya satu-satu platun sejak dulu lagi. Yes, mebi sudah tiba masanya, Tuhan mau kasi warning, bahawa budaya ini tidak sihat, maka akibat tidak bersih, tersebarlah satu penyakit. Kalau sorang dua dapat penyakit, memang depa ni boleh sombong lagi, siap cakap “korang kalau nak mati, mati kat dalam ni (Pulapol)”. Tapi Allah tu nak tunjuk kan, sekali beratus-ratus yang sakit, haa… boleh ko bior sume tu mati dalam Pulapol? Memang menggagau la nak menjawab nanti kan? Oke membebel sudah!
Moral: jangan cakap besar. Sebab sebesar mana pun pangkat ko, Allah jauh lagi besar!
3. Stress. Stress adalah penyebab penyakit menjadi lebih teruk. Sebab bila fizikal kita stress, sistem badan jadi down. Ni bukan fakta yang aku reka. Btoi kan? Sebab tu orang yang tak boleh kawal stress akan lebih mudah dapat penyakit. And of cos trainees dalam Pulapol tu sumenya tengah stress tinggi sebab latihan fizikal dan ujian mental yang keras. Tu belum campur dengan rindu kat family, kena raging, kena maki, kena denda, tak cukup rehat, tak cukup tido dan segala bentuk tekanan yang lain.
Yes, aku boleh paham bahawa semua bentuk tekanan tu dah memang jadi silibus dalam Pulapol. Point aku kat sini ialah, pihak berkenaan perlu mengakui bahawa, keadaan inilah yang merupakan faktor penularan wabak dan bukannya wabak tu dibawa oleh seseorang individu.
sumber – News Straits Times 18 Mac 2011
4. Air tidak bersih dan masalah kekurangan bekalan air minum. Sape boleh sangkal bahwa air yang kotor sememangnya penyebab apa jugak penyakit atas muka bumi ni? Aku memang tak tengok sendiri keadaan air kat dalam Pulapol tu. Tapi dalam surat kaba banyak mention yang IGP sendiri tak tolak kemungkinan faktor air yang kotor. Ntah-ntah, dah kena kencing tikus sekali. Lagipun, trainees sendiri mengkonpemkan yang sumber air memang kotor = merah. In fact, pada mulanya depa kata memang susah nak dapat minum air bersih. Sebab memang tak disediakan. Yang ada air adalah kat dewan makan, tu pun air nescafe. Sedangkan trainees sume perlukan jumlah air yang mencukupi sebab depa dah dehydrated akibat latihan terutama semasa cuaca panas. According to trainees, lepas dah ramai yang sakit-sakit, baru la depa beli water cooler yang bekalkan air minum (itupun perlu dibayar sendiri oleh trainees).
5. Makanan tidak bersih. Pernah la aku dengar dari isrol yang trainees kat Pulapol komplen nasi dan lauk basi. Even masa tu kes adenovirus tu dah seminggu jadi isu nasional. It shows what? Kalau masa dah kecoh pun kebersihan makanan masih out, apatah lagi yang sebelum2 tu. Sendiri mau ingat la. Ada jugak dengar rumors yang tikus kat dapur dewan makan Pulapol bagak-bagak belaka. Tapi jurulatih2 isrol yang datang melawat, sokmo la menafikan (of cos la kan). Whateva it is, aku percaya, memang ada unsur-unsur makanan tak bersih dalam Pulapol tu. If not, apsai ada jugak staff yang sakit sama? Dan staff2 yang sakit ni sume mengaku depa ada makan makanan yang sama disajikan dekat dewan makan.
6. Faktor yang ni menyimpang dari ilmu perubatan la. Ada cerdik pandai agama dan ilmu halus bitau, antara faktor wabak tu ialah pembawaan syaitan. Ini disebabkan, training dalam Pulapol tak kira masa termasuk waktu kemuncak di mana ketika matahari tegak kat langit.
Waktu ketika matahari tegak (rembang) pula, ketika itulah neraka Jahannam dimarakkan dan pintu-pintunya dibuka dan waktu ketika matahari hendak terbenam, maka terbenamnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan maka orang kafir bersembahyang untuknya. Pada waktu ini syaitan sedang berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor (sumber).
Sumber dia atas ialah berkenaan waktu larangan bersolat. Point aku kat sini ialah, waktu tu syaitan berkeliaran. Details nya aku tak dapat nak explain sebab aku sendiri tak dengar hujah panjang lebar dari expert. Cuma dia ada mention yg, dah le tengah hari, trainees ni pulak pegi minum air paip. Sama la macam apa yg sorang sarjan pulapol ni cakap pasal trainee minum air paip. Tapi dah ko tak provide air bersih, depa nak minum apa? Air longkang?
Dan menurut sorang budak kelulusan sport science jugak, dari segi sains sendiri, waktu macam ni jugak ditegah dari menjalani latihan di kawasan terbuka. Sangat tak sihat.
Got it? Fikir la sendiri.
Aku yakin penuh dengan faktor-faktor yang aku senaraikan kat atas sebab, sehingga wabak tu berakhir, tak ada orang luar termasuk penduduk dalam Pulapol even yang ada contact dengan trainees yang sakit, mendapat penyakit yang sama. Yang infected sumenya trainees dan 4-5 orang staff sahaja. In fact, aku sendiri ada direct contact dengan isrol, almost setiap hari sepanjang 2 minggu beliau admitted. Betul-betul direct contact oke. In fact, masa 1st day, aku jarang pakai mask, malah isrol sendiri selalu bukak mask dia masa bercakap dengan aku. Aku jugak mmg banyak sentuh dia tapi alhamdulillah, aku tak dijangkiti pun masa tu.
Mebi orang bley claim yang sistem imuniti aku tinggi. Mebi… alhamdulliah. Sebab masa kakak aku kena h1n1 pun, aku tak infected langsung walaupun aku ada direct contact yang close dengan dia. Tapi even safi yang masih baby pun, ada direct contact dengan isrol, duduk dalam satu keta ber-ekon dan bertutup pun, tak dijangkiti. Masa dalam keta tu jugak, ada sorang kazen aku yang asma dengan sistem imuniti yg low (sebab dia jugak infected masa kakak aku h1n1) pun tak sakit apa-apa lepas tu. Jadi tindakan meng-kuarantin isrol, tak kasi jumpa, tak kasi balik rumah dengan alasan takut men-jangkiti orang lain adalah satu alasan yang sgt keji bagi aku. Silala create alasan lain yang lebih munasabah sebab aku benci alasan bodoh yang aku berjaya sangkal tapi still nak ulang lapan belas kali. Aku cakap macam ni sebab, ini le alasan yang aku terima dari macam-macam pihak berkenaan, tentang pelbagai perkara, which aku akan ceritakan dekat next2 entry plak.
So bersambung lagi.
saye: al fatihah buat Mohd Azizan Airid
Related posts:
Comments




Agaknya dah jadi camni, maka training 2bulan tu akan dipanjangkan ke?:p
wie Reply:
March 25th, 2011 at 1:37 pm
belum tau lagi… tapi sian la kat trainee yang dah plan nak kawin bulan dec… muahahahahahha
panjang lebar kau punya statement… tapi bagus… banyak info yang aku dapat… shabash bete…
wie Reply:
March 25th, 2011 at 2:53 pm
maceh… aku kan cemerlang gemilang dan terbilang… ehek!
dasyat nye your writing..very detail and well arranged..giler aaa…hahahahaha..