Petang hari ketiga, masa otw ke hkl, isrol kol aku bitau tayah datang. Sebab pelawat dah tak dibenarkan masuk. Wad 19 dah betul-betul dijadikan wad pengasingan. Masa kol tu jugak, isrol bitau aku yang doktor konpemkan dia positive leptospirosis. Itupun lepas beliau desak dr. untuk bitau beliau punya blood test result. Iyalah, beliau dah admitted since subuh rabu lagi. Tapi sampai petang jumaat pun, setiap kali tanya pasal result blood test, jawapan depa mesti = tak pasti lagi.
So, aku dengan mak aku menyimpang la pegi makan. Masa ni aku dah start tak selera. Try google info pasal leptospirosis pulak guna hp. Belum habis google, isrol kol balik. Beliau bitau, doktor kata tak konpem lagi pulak.
Masa beliau kol tu, beliau bitau aku yang ada je family members yang dapat tembus masuk wad 19 tu. So, aku decide untuk pegi hkl lepas makan since beliau jugak kirim beberapa barang kat aku. Sampai kat depan wad, memang dah tampal note:
WAD PENGASINGAN
PELAWAT TIDAK DIBENARKAN MASUK
Tapi kecik jela. Dan disebabkan tade sesape yang jaga depan pintu, maka aku terjah je masuk.
One thing bila masuk wad pengasingan, sila gagahkan diri memakai mask dan gigihkan diri membasuh tangan dengan sanitizer yang sememangnya tersedia dengan banyaknya kat dalam wad. Aku memang mencuci tangan tu tatau le bape kali. Bukan sebab nak prevent sgt pun, tapi sebab habit aku yang suka ngabihkan menda free (selain feeling2 clean gitu).
Masa aku sampai kat katil isrol, aku nampak dia tengah duduk kat kerusi sambil membongkokkan badan. Aku ingat beliau tengah solat. Tapi rupanya beliau sedang muntah dengan dasatnya. Beliau menadah muntah itu dengan plastik kuning (helo students, apakah nama plastik kuning itu?). Benda yang dimuntahkan pulak kebanyakannya berunsur cecair belaka. Situasi masa tu memang tak kool la. Sebab aku rasa macam nak pi mengamuk kat meja nurse dan suh depa mintak approval untuk transferkan isrol time tu jugak.
Tapi bila tgk keliling, mmg ada la 3-4 orang patients lain yang jugak menadah muka depan plastik kuning tu. Maka aku pun macam, oke! Sila bersabau sket.
Tapi bab-bab kesihatan ni, agak sukar nak berkompromi sebenarnya. Nak nak apabila treatment yang diberikan adalah cikai belaka sedangkan ko tau yang ada treatment yang lebih baik boleh didapati di tempat lain.
Trainees yang duduk sebelah katil isrol tu, nama dia shazril. Dia ni agak tipikal anak polis, family polis. Kalu panggil orang, tadenya nak panggil nama. Sume orang dia belasah panggil “bai”. Nasib dia tak panggil aku “bai” jugak. Klu tak, naya muka dia bersepai. Haaaa….
Aku bukan nak mengumpat shazril sebenanya. Beliau oke je (baca: aku exaggerate). Aku nak cite yang beliau telah mengeluarkan teori bahawa muntah itu disebabkan efek ubat yang kuat. Ye, aku setuju dengan teori tu. Sebab aku sendiri klu tak tahan dengan certain ubat, perut aku akan terasa macam nak beranak lagi satu.
Oh ye, pakcik katil depan yang kronik 2 hari sebelum tu dah meninggal malam jumat tu. Innalillah.
Masa pesta muntah2 ni, jurulatih2 depa datang (letih plak aku tgk jurulatih ni… mari la kita gelarkan mereka jurulEtih). Sorang jurulEtih tu kata, masa pagi tu depa mai, isrol look oke je. Aku kata memang ye. Sebab pagi tu aku kol dia pun, dia sounds oke.
Elok2 aku duk meneman isrol muntah, satu brader (tah attenden or nurse lelaki) sound aku supaya jangan lama-lama dalam wad. Sebab ekceli tak bley masuk. Aku pun… haish. Kuar la sesekejap. Dan masuk balik sesekejap. Tapi jurulEtih-jurulEtih tu tade plak kena halaunyer. Apsai eh? Sebab depa kebal? Ke sebab depa da dapat any vaksin? Ke diskriminasi?
Watevalah.
Last2, isrol suh aku balik je. Sebelum balik tu, aku tgk beliau dah oke. Dah tak muntah. So aku cakap kat dia, take it easy. Mebi betul itu efek ubat. Jangan stress blablablabla. Tak kisah la klu tak bley balik umah, yang penting kembali sihat.
Masa hari ke-empat bersamaan sabtu, aku tetap datang petang. Kali ni yeah… sungguh2 tak boleh masuk. Depa letak pak pacak tak hensem berbaju putih bertag hkl kat depan pintu. So aku pas barang kat brader tu, tunjuk nama isrol kat list depan pintu wad. Pandai-pandai la ko cari.
Pastu aku kol isrol, cakap takleh masuk dah. Beliau tergezut gak la. Sebab beliau kata, pagi tu, masih ada family bley masuk. Then, masa aku duduk kat kerusi luar wad, ada gak la borak-borak ngan pakcik makcik yang jugak tak ley masuk. Depa lagi kesian. Itu kira 1st weekend lepas wabak tu jadi isu nasional. Jadi kebanyakan depa baru dapat datang. Dah la datang jauh-jauh sebab anak sakit. Sekali tak kasi jumpa. Ada yang menangis sebab jangan kata nak jumpa, cakap tru phone pun takde.
Sedih.
Sedih.
Mebi aku exaggerate sket. Tapi btoi apa. Selagi kita tak berdepan situasi tu, kita takkan tau cane derita dia. Wah, derita tu! Let me tell u… aku dah handle beberapa situasi family sakit. Ayah, mak, husband, anak. Dan setiap kali tu jugak, peritnya jiwa aku, orang yang dah rasa je tau.
Nak nak yang pernah rasa kehilangan. Lepas tu family yang lain pulak sakit kuat. Pernah rasa? Pernah? Pernah?
Hari tu aku cuma jumpa isrol kat pintu wad. Dia pass barang kat aku. Since dia masih on drip, so tak leh la nak berlama-lama cakap kat pintu. Nak nak sambil diperhati oleh encik penjaga pintu yang tak hensem. Annoying habes.
Hari kelima, pagi Ahad tu kuar kat Harian Metro yang lima pelatih yang dah discharge dari HKL dibenarkan balik ke rumah. Yes, bebudak ni punyala merayu supaya dibenarkan balik rumah lepas discharge. Tapi tak dapat-dapat. Alasan – takut virus spread. Iyolah sangat, kalau alasan tu betul. Sebab yang sebetul-betulnya, aku pun memang tatau.
Aku kol isrol bitau pasal news tu. Sempat lagi dia loudspeak-kan henpon, sampai jurulEtih2 yang visit sume dengor. Tapi depa kata, depa tatau menahu pasal tu. Depa kata newspaper buat spekulasi sendiri. Tapi logik ka? Dah dalam news tu siap mention nama komanden Pulapol sekali. Klu depa buat laporan dusta, komanden boleh saman kan?
Mebi tuan komanden sorang yang kool. Sebab tu dia decide berdiam diri. Silence is golden. Kot la!
Ye aku exaggerate lagi!
Harian Metro – 13 Mac 2011 (sumber)
Klu korang la, klu info dari polis dengan reporter bercanggah, ko nak percaya sape?
Aku rasa nak emel je reporter di atas. Tapi aku ada member yang keje kat HM. So aku tanya dia dan mintak contact number dia terus. Dia mention gini.
Aku tak salahkan sgt la jurulEtih2 tu. Depa tu dah memang kerja ikut arahan (sebab tu depa tak kreatif meng-create alasan oke… dah kena sangkal pun still nak ulang alasan sama… nak tarbiah orang pun guna taktik lama). Tapi nak bercakap tu, kasi pikir la sket. Orang-orang yang ko tarbiahkan tu sume graduate dari merata-rata. Walaupun depa tak menjawab, tapi bukan depa tak boleh pikir mana yang betul, mana yang mengcover.
Petang ahad tu, isrol dah tak on drip. Lepas desak doktor banyak kali, baru la doktor konpemkan yang beliau free from sume tok nenek virus. Kiranya blood test dia sume clear = negatif. Jadi masa aku visit beliau, beliau mintak untuk jumpa aku kat luar wad. Dan ketua nurse tu benarkan. Punyalah susah nak tau result blood test sendiri. Depa macam antara nak rahsiakan sesuatu due to something or ada jugak unsur-unsur malas nak explain sebab ingat trainees tu bodo takkan paham kot.
Yang aku duk bising pasal kelulusan n pangkat bagai kat previous entries, ni le antara sebabnya. Doktor2 kat situ treat depa ni macam patient yang bodo belaka. Bila tanya, macam malas nak explain. Helo, sume patient ada hak untuk tahu keadaan masing-masing. Mana boleh bantai kata taktau aje.
Aku rasa, ada certain doktor yang expect patient takkan paham la tu. Ingat trainees tu sume takat abes spm je ke? Sebab ada satu doktor tu siap cakap, eh bukan requirement masuk inspector cuma diploma je ke?
Perghhhhhhhhhh begitu sekali ko pandang rendah kat orang wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Melenting la yang trainees inspector oke. Kalau aku pun. Dah la belajar penat-penat, pegi training, kena maki, sakit lagi, sedap je ko tala orang macam tu. Depa bising la kat situ yang intake inspektor terbaru kali ni requirement at least degree since position inspector tu dah diwartakan sebagai pegawai kanan.
(sumber) – (rujuk pekeliling)
In fact, antara trainees tu, ada yang dah grad master pun. Ada yang dah dapat grant untuk buat phd lagi.
Ko ada?
Maka berjumpa la aku dengan isrol kat luar wad. Tapi tak ley la pi jauh-jauh kan. Ikutkan nak je aku seludup bawa beliau makan-makan kat mc dee.
Masa sembang2 dengan beliau kat luar, ada kejadian amuk kecil-kecilan. Satu brader tak puas hati sebab since semalam (sabtu), mak dia tak dibenarkan visit adik dia. Dah le admit since rabu, jumat baru pulapol nak bitau. Pastu bila datang hkl, tak kasi jumpa jugak. Mau tak hangin brader tu.
Aku tergelak je dengan adegan tu (tak lama pastu paid cash – double). Sebab brader tu dah angin sungguh. Sore dah kuat masa tu. Nurse dengan doktor still tak bagi, takut virus spread la apa la. Amuk amuk amuk! Brader tu kata, klu dah tau tak kasi visit, cakap la dalam phone, yang tak leh visit. Jangan la menyusahkan orang datang hkl susah-susah dari jauh, tapi tak boleh jumpa. Apakejadah kan?
Amuk amuk amuk.
Aku nak je cakap… misi oiii, bagi je la depa masuk sorang lima minit. Apa la yang masalah bebenor? Pakai la mask, baju ujan, baju angkasawan sekalipun klu nak prevent sgt. Just pk if anak ko yang sakit dengan virus yang dah jadi isu nasional, yang jadi front page newspaper, yang dah ada korban, tak ke ko nak jumpa jugak? At least tgk muka?
Amuk amuk amuk.
Baru la ketua misi tu bagi jumpa. Masuk 2 orang selama 10 minit. Settle.
Lepas tu aku pun balik.
Sekian cerita setakat hari kelima.
Bersambung.
saye: berhenti look down kat orang… drgomenmuda
Related posts:
Comments






Aku rasa..
Depa x berkesempatan utk tahu pesakit pangkat konstable o inspektor o etc. Dek sebab, segerombolan pesakit dr PULAPOL yg dtg dgn kes VIRUS atau mungkin pandemik. Tu satu.
Kemudian, matlamat mungkin kpd ‘the virus’ drpd hows depa layan visitors kot.
Dulu masa kes rumit apak aku, para Doktor pd awalnya x tahu apa sebenarnya sakit ayah aku..tp kami family keep asking bla bla..hasilnya..keluarlah suspek penyakit A, kemudian suspek penyakit B..n last baru betul. Tak boleh nak salahkan family pesakit sbb kita time tu betul2 risau..nak diukur risau tu tak tahulah nak ckp.
& tak boleh nak salahkan juga depa..sebab proses diagnosis makan masa..esp kes2 baru.
kang kita duk tanya-tanya lebih..depa pun letih nak menjawab. Sampai rasa annoy pd visitors pun ada, kesannya nanti dkt pesakit pulak.uh..mintak dijauhkan!
pegi aja hospital (esp gomen)..kana prepere for the unexpected.
Bak kata kolah..expect the worst. Yes.
Bak kata ko jugak…man sabara zafira
wie Reply:
April 1st, 2011 at 11:32 am
thts y doktor kena belajar treat org dengan humble… after all they r being paid for that… ni dituju esp kepada doktor muda ye… thts y aku mention drgomenmuda… wateva yg ko mention tu bukan tak betul, tu sume dah diketahui… aku bercakap dalam versi aku… bukan bermakna aku tak paham versi depa… n if depa paham versi family dan patient… itu bagus… the point is… jangan belagak (dr muda)… belajar treat patient dengan baik no matter who they are… sebab obviously the way they act, depa macam look down to trainees… because of wat… paham2 sndri.
n no matter wat, the patient ada hak untuk tau perkembangan diri masing2… takkan berhari2 duduk spital takde result? at least give some explanation… if ramai dan penat nak menjawab sekalipun, thts their problem… tanggungjawab tetap mesti dilaksanakan…
sebab tu skang ramai orang ada medical insuran no? cuma sometimes kita lupa… ada ketika Allah datangkan situasi yang cemana mampu pun ko untuk dapatkan the best treatment kat the best hosp… ko tetap tade pilihan selain duduk hosp gomen… nightmare… but thts life
alhamdulillah, thank you Allah untuk semua peringatan…
Munkin Govt perlu spend more fund utk employ more dr n nurses n equipment so they can work fast, efficient n a high quality of hospitality. Bukan spend utk rakaman video or curi senjata api k atau bom kerajaan….
wie Reply:
April 1st, 2011 at 3:34 pm
sape setuju? angkat kaki… larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
acucute Reply:
April 3rd, 2011 at 1:11 pm
saya setuju…. jom lari samaaaaaaaaa………….
your story can be my entertainment..huuhuhu..banyaknyela ilham..