Selain telah hampir sebulan tidak tido di sisi suami, gadjet murahan aku juga telah berputar serentak dengan kain baju di dalam washing machine. Mujur aku berjaya menyelamatkan sim card yang turut menyelamatkan aku daripada terkial-kial mendapatkan sim card baru kerana sim card berkenaan didaftarkan atas nama mohdiszrolealhalmy yg mana tuan punya badan berserta mycardnya adalah berada dalam simpanan pulapol. Dan mujur juga aku berjaya menyelamatkan memory card yang membolehkan aku menguplod yang berikut di facebook pada hari kejadian.

Subjek di dalam gambar adalah sedang melakukan pembacaan yang sangat mencerahkan. I guess. Walau apa pun genrenya, sang penulis tersebut telah banyak menyelamatkan kami daripada diskusi yang dulunya kerap membawa masalah. Semoga perancangan Allah akan terus membawa kita semua ke gerbang kemuliaan. Ewah!
Lambakan gadjet di dalam kemajuan teknologi hari ini telah membawa kita jauh dari kaedah penulisan secara manual. Kalau dulu, aku sendiri mampu menulis sebuah cerpen lengkap dengan tulisan tangan. Lebih sedekad ini, kalau cuba dihitung kembali, bilakah kali terakhir kita menulis sesuatu yang boleh dikatakan panjang dan memerlukan daya fikir serta kreativiti dalam menstruktur ayat yang baik lantas menghasilkan satu perenggan yang bermakna?
Err… sila ketepikan keterpaksaan menulis sewaktu menjawab soalan peperiksaan.

Ah ye… hanya mereka yang tiada pilihan saje akan melakukannya. Memegang pen dan bercerita panjang lebar di atas kertas, satu amalan kuno yang semakin tidak popular dan jauh ketinggalan.
Namun, setiap kepayahan pasti mempunyai cabang nikmat dan kemanisan bukan?
Tak kisahlah sama ada menulis dengan pen di atas kertas atau menaip kemudian cetak, tulislah apa yang anda tahu.
Jangan menulis dengan buat-buat tahu. Kerana kesannya sungguh hodoh. Katakan kita mahu menulis tentang fesyen, tetapi tidak mempunyai asas dan teorinya malah tidak pernah pulak mahu mengkajinya. Apatah lagi mahu menulis tentang agama, tetapi buta Al-Quran dan hadis, berani pula mengeluarkan fatwa dan hukum.
Hentikan cara begini.
Menulis tanpa rujukan adalah cukup bahaya. Ia akan tambah bahaya apabila sang penulis tidak pula boleh menerima teguran dan kritikan sedangkan apa yang terpapar di atas platform yang digunakan ternyata sesuatu yang perlu diberi ingatan. Kadang-kadang, bukan sahaja pendapat yang kita usulkan itu tidak sesuai. Ada masanya kita malah tersilap menggunakan sesuatu istilah sehingga menjadikan penyampaian lari dari tajuk dan tujuan.
Kita jangan terlalu yakin. Perlu rajin menyemak. Medan rujukan hanya di hujung jari.
Ada gadjet yang gempak dan mahal, maka apa salahnya merajinkan diri menggunakan GOOGLE selain facebook, twitter dan blogspot. Sebelum menulis tentang sesuatu di blog terutamanya (aku stresskan blog sebab ia merupakan satu platform yang sangat mudah dicapai pada kadar masa yang singkat), fikirlah masak-masak sama ada isi yang kita sampaikan itu benar-benar tepat sehingga ianya mampu mencerminkan diri sebagai seorang yang berilmu atau hanya tin kosong.
Dan jangan pula menulis demi mempertahankan kehendak sedangkan kita tahu bahawa matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
Sekiranya kita tidak pasti tentang kebenaran sesuatu fakta, kenyataan, istilah, hatta penggunaan tatabahasa sekalipun, google mempunyai kaedah tersendiri dalam membantu kita menyelesaikan masalah. Meskipun tidak menyeluruh, kita masih memiliki kecerdasan akal untuk menganalisa maklumat yang dikeluarkan oleh google seiring dengan carian yang dilakukan.
Tak guna ada gadjet mahal kalau tak boleh dimanfaatkan dengan baik. Berposing bajet2 diri cun dan hot itu tak salah. Yang salahnya, kalau kita bajet2 diri pandai dan meletup, sekali terkonpiden guna istilah yang salah dengan terang dan nyata dan kemudian berbangga-bangga pula.
Paling masalah, bila dah salah, tak boleh pulak ditegur atau dikritik. Sentap! Mahunya dipuji aje. Tak kool habes! Widura, jangan begitu. Tolong lah cekal!
Kalau takut dilambung ombak, jangan menggatal nak tulis blog. Tulis surat pun perlu gigih perah otak dan merujuk hokey!

Tak caye tanya subjek pada gambar paling atas.
p/s: tapi kalau merujuk tu, toksah la copy-paste membabi buta pulak. Itu gile tade idea. Nak nak menda yang di-paste tu, sudah tersangat la basi.
saye: posto posto… ya sahabat ana pistol… bukan pistol, posto… ana tau la, ana tau
Related posts:
Comments



1. Kebebasan menulis
2. I have my own stand
3. Nak kritik,kritik la..itu mmg style saya. Do i care?
Ketiga-tiga points atas, adalah point yg sgt klise oleh penulis yg bajet ‘pandai’ menulis.
Moga kita dijauhkan oleh sifat2 sedemikian. Takut kelak ditarik nikmat menulis oleh Sang Pencipta.
Sekian.
p/s:menulis surat zaman kini adalah memerlukan ketabahan & daya kreativiti yang tinggi. Ide dari org luar utk membantu menulis surat yang berkualiti adalah sgt penting. Terima Kasih!
wie Reply:
May 12th, 2011 at 2:03 pm
heh heh heh… semua point di atas adalah top up untuk entri ini… terima kasih
selamat bertabah… rajin usaha tangga kejayaan… =)
aku selalu tak tahu nak tulis apa…
wie Reply:
May 13th, 2011 at 1:25 pm
ko memang… ada blog buat jadi rumah hantu je…