Tolak sini tolak sana, balance jadi 30 jam. Boley sangat lah dari takde langsung. Alhamdulillah. Nikmat Allah sangat besar. Cergas! Heh!
Ikut janji asal, 9.30am suda bley pikap encik-encik trainee ini. Aku punya semangat, 9.00am dah terpacak depan pulapol. Malam sebelum tu susah nak tido oke. Berdebar semacam. Excited terlebih kot?
Tunggu punya tunggu, dekat jam 11.00am baru depa kuar. Dah le dengan aku mengangkut dua budak ni.
Huru-hara satu keta. Budak depan tu, banyak kali kena lepuk. Yang belakang tu toksah kata, manjang kena tengking. Tapi emosi mereka maintain! Emosi aku je macam roller coaster.
Sori farah, saye curik wall awak. Just wanna share ke-tensen-an para isteri trainee pulapol sekali-sekali (selalu sebenarnya). Haha.
Menurut isrol, 36 jam ni tempoh percubaan untuk trainee yang berkahwin pulang ke pangkuan isteri memasing. Ewah… siyes siap depa remind bahawa kelepasan 36 jam ni BUKAN untuk berjumpa parents, adek badek, sepupu-sepapat apatah lagi kengkawan tetapi specially untuk berada di sisi ISTERI. If not, tak gunalah depa bagi kelepasan hanya untuk trainee berkahwin sahaja kan?
Part yang aku paling suke ialah, bila JL depa cakap, trainee yang dah berkahwin sebenarnya beruntung. Sebab isteri masing-masing turut sama di-train secara tak langsung untuk merasai pahit maung bersuamikan anggota polis sepanjang tempoh latihan. Jadi insyaAllah, bila dah masuk kerja sok, depa akan paham dan mudah menerima cara kerja suami masing-masing. Kalau nak diikutkan, cabaran kerja kelak of cos jauh lebih susah dan mencabar berbanding semasa training.
Bagi anggota polis yang berkahwin selepas bekerja, ada yang hadapi masalah selagi wife belum boleh adapt dengan cara kerja depa. Bab ni aku takmau komen lebih2. Sebab aku dulu, masa sebulan dua kawin pun, dah kena tinggal laki pi outstation. Emosi memang rapuh. Down memanjang. Padahal laki pegi Ipoh je pun, lima hari je. Tapi stress macam laki pi uganda lima bulan. Baru kawin, standard la kan. Makan setahun jugak la aku nak kukuhkan emosi. Kira lepas tu, takde hal dah. Laki aku outstation sabah sarawak dua tiga minggu non stop pun gua tade hal. Alah bisa tegal biasa. Cewah!
Tapi pulapol adalah different case yek. Cuma aku bley kata, sudah semakin cekal kini. Kiranya kalau pdrm dan pulapol claim apa yang depa buat selama ni adalah sebagai ujian mental kepada trainees dan wife, ye… aku admit. Terima kasih sebab bagi ujian ini. Ianya sangat menyakitkan, yet sangat berguna untuk masa depan. InsyaAllah. Kental! –> baca Hati Rusuh & Kekasih Sejati Teman Yang Berbudi.
Kata JL tu lagi –> oleh itu, bagi yang dah kawin tu, hargailah isteri korang yang sekarang ini. Yang sanggup susah senang dengan korang, yang banyak bagi korang semangat hari ni. Sebab memang ada berlaku, lepas latihan, dah kerja, dah senang, tinggalkan isteri, cari pompuan lain (nauzubillah). Sepatutnya korang bersama dengan orang yang ada di sisi korang pada waktu korang susah.
Susah senang bersama. Tapi aku le yang dok mengadap budak bertoncet tu sepanjang tiga bulan ni. Mak tak kisah. Demi negara. Sedia berkhidmat. Eh!
Abang Ashraff: Abang rindu ayah lah… tapi ayah kat pulapol pulak. Kenapa ayah kena balik pulapol? Kenapa ayah tak keje kat lgm? Kenapa ayah nak jadi polis? Kenapa ayah botak? Kenapa polis kena botak?
Gile banyak persoalan di benak budak ni oke. Tu belum budak bertoncet di atas punya persoalan yang tak terkeluar di bibir beliau yang tak abes2 meratip.
Kesimpulan entri hari ini ialah, 30 jam sememangnya tidak cukup untuk merai cinta. Tapi menjadi sangat bermakna setelah 2 bulan tidak bersama. Bersyukur untuk segala kesempatan sebab hakikatnya manusia tak kan pernah merasa cukup dan puas. Contoh macam kes training kat pulapol ni, katakan la tak dibenarkan tulis surat, sure kita akan cakap –> at least dapat berutus surat pun jadilah! Tapi bila dapat berutus surat, kita ngomel lagi –> at least, bagi la guna phone. Kang dah bagi guna phone –> at least, bagi la jumpa sesekali. Pastu dah bagi jumpa sehari –> sehari mana cukup, at least… bermalam la kat umah. Then dah dapat bermalam kat umah, ko nak apa pulak lagi?
Passing out cepat2 boleh, tuan komanden?
*lariiiiiiiiiiiiiiii
Oke doakan kami sume sentiasa tabah, hepi dan sukses. Hip hip hurrah!
saye: encik gemok sudah menghalus… penangan mandi awal pagi *wink
Related posts:
Comments









ok, super LIKE.
Aku paste wall status aku dulu;
“In every man’s success there is a woman behind him”
Setuju kan..because a woman is a man’s motivation to achieve something in his life. Hip HipHooray!
wie Reply:
June 13th, 2011 at 12:24 pm
yey… tapi tayah la join kelab isteri taat kan? ngehehehehe
kepada nusrah… semoga cekal menghadapi masa depan *wink
hehe..takpela…anyway..terharu bace sume ni..macam nak nangis dah..hehe..kami sangat menghargai segala masa yang diberi..alhamdulillah terasa lebih dihargai..all my wishes granted..sayang papa sangat!!sayang papa baaanyak2..orang lain takkan rase ape yang kite rase..maka dengan itu, kami sahaja yang tau..mudah2an ikatan perkahwinan ini akan terus kekal ke akhir hayat..yang penting kami tak macam suami isteri lain sebab kami macam mase bercinta dulu2!romantik!best!seronooooookkk sangat..thank wie!all the best to u!
wie Reply:
June 13th, 2011 at 2:29 pm
haha speechless… apa yg farah cakap adalah apa yg saya rasa jugak… jadi klu nak tau apa yg saya rasa, pegi cek wall farah… ngeeeeeeee~
salammmmm hahahahaha…br ko tau pn isteri……betapa hebatnya penangan CINTA…hahahhaha akak pas ni nak lebih menghargai en suamiku itew….hahahahah tp 3 minggu nie nak training mcm ko ngan en isroel x nak contact langsung sepanjang en suamiku gi outsation ke sabah,sarawak n brunei ni..hopefully balik nanti tambah windu2 bak kata ko mcm nak pelukkkkk sepjg masa hahahahahahahdoakan utk akak tau wiiiiiii *wink*
wie Reply:
June 13th, 2011 at 3:13 pm
aci kerat jari la kakkkkkkkkk… pakcik tu belum landing lagi ko dah menggeletek kat belakang aku.. ceyyyyyyyyyyyyyyy…
ishhhhkkkkk diam2…kasi semangat kat akak….i try my best hahahhahahah
wie Reply:
June 14th, 2011 at 9:27 am
alahai kak oi… xyah la susah2 kan badan… org nak senang, ko nak susah2… kang cinta rindu tak dapat, penyakit yg dapat… mintak simpang wehhhh
p/s: beli fish banyak2… haha
hargailah segalanya yang ader sementara masih sempat..jangan nanti dah takde,baru nak sebok cari..waktu tu menangis air mata darah sekalipun tak berguna..alhamdulillah allah menganugerahkan mohd izat ab rahaman sebagai suamisaya bersyukur sgt dan berazam akan jadi isteri dan ibu terbaik!kerana perjalanan tu menjadikan suami kita menyedari kewujudan seorang isteri disisinya..hikmah di sebalik ujian ini sangat besar..ikut hati ini memang nak meraung!tapi allah kan ader..mak kita REDHA aje..moga selepas ni manfaatnya BEEEEESSSSSAAAARRR SEKALI!!!!!ek?ek?ek??=)
wie Reply:
June 14th, 2011 at 9:29 am
saya sokong… “Fa inna ma al usri yusra. Innama al usri yusra.” –> With every suffering, there comes relief. Truly, with every suffering there comes relief.
*maka (typo error =P)
huhu…memang makin mengecik laki ko aku tgk….
tabahnya ko kan…aku xtau kalo2 aku sanggup ditinggal-2 kan begitu…ritu time laki aku outstation almost everyweek pun, dah sedepa muncung aku hokey..keke
wie Reply:
June 14th, 2011 at 9:31 am
tabah tu terpaksa mak… kalah diberi pilihan, aku pun xnak… tapi sebab dah takde pilihan, hadap jugaklah… takkan hari2 aku nak muncung, lama2 jadi huduh laki pun tamo tgk… wakaka… so juz enjoy our life… =)
sangat tabah, dan memberi kekuatan kepada org lain…