Menghadapi pasang surut dalam sesuatu perhubungan, kita kadang-kadang merasakan telah berhadapan dengan jalan buntu dan lantas berkata – “aku dah tak nampak jalan.”
Instead of beranggapan yang kita berhadapan dengan jalan buntu, mungkin sepatutnya kita ubah tanggapan itu kepada “kesesakan lalu-lintas”.
Umum tahu, kesesakan lalu-lintas lazim bersifat sementara. Andai berpanjangan sekalipun, lambat-laun kita tetap akan keluar dari belenggu kesesakkan dan menemui jalan ke destinasi.
Beri ruang kepada diri, beri ruang kepada orang lain (pasangan, keluarga dan sahabat handai).
Beri peluang, beri masa.
Jangan give up.
Jangan bertindak memutuskan pertalian sewenang-wenang.
Jangan menyerang.
Jadilah matang.
Orang yang ikhlas, hatinya akan bertaut meski betapa berbeza pemikiran dan pemahaman.
saye: live and learn.
Related posts:
Comments




ouh,
Jalan yang sudah kau bina jgn lah kau senang2 shj musnahkan sebegitu rupa atas alasan itu jalan penyelesaian yg terbaik. Itu tandanya, otak tidak bekerja.
Tapi,
jika sekadar lakaran sebuah jalan raya di atas kertas, belum sedia & tiada kekuatan untuk merealisasikannya. Waduh, Jangan cari pasal!!
Tapi,
jika kegigihan, kekuatan yg cukup, kematangan, sedikit kebijaksanaan dan yang paling penting punya Iman. Segala ranjau, lautan bergelora, ledakan api gunung berapi sekalipun…apa ada hal??
———————————————————————–
Kadang-kadang aku rasa, ini semua Hukum Dunia, kita tak minta tapi dia datang. Kendian, dari tdk suka bertukar sayang. Akhir hubungan, dia hilang umpawa dibawa derauan.
Tapi, aku yakin itu bukan penghujungnya..itu semua pelengkap hidup. Kita tdk mampu langgar Hukum Dunia itu..kita ikut!
Sekadar 5sen. Sekian.
wie Reply:
July 26th, 2011 at 11:47 am
itu namanya hidup… jangan dipersoal… tapi cipta jalan penyelesaiannya… bukan setakat berdoa… doa tanpa usaha takkan membuahkan hasil. apa jenis perhubungan pun sentiasa berisiko. kita manusia. tak pernah tak buat silap. live and learn. banyakkan bersabar dan bertenang untuk berfikir dan bertindak. jangan lari dari masalah. mesti berani hadapi hidup. memetik kata ustaz hasrizal :
Di persimpangan antara hidup dan mati, pilihlah banyak jalan yang membawa kepada kehidupan, agar tinggi harga sebuah kematian, suatu hari nanti.
p/s: toksah la main personal attack… x kool sungguh
agak kau lah… polis trafik boleh tak clearkan traffic jam ni…?
wie Reply:
July 26th, 2011 at 11:51 am
clearkan? menyesakkan lagi boleh la kot?