Ramadhan dah nak sampai hujung. Baru aku terasa perlu mengupdate blog secara bertulis.

Ini bukan pertama kali aku melalui Ramadhan yang tak terasa ramadhannya. Mungkin kali kedua. Dulu, masa tenat siapkan final project degree, gitulah jugak perasaannya. Ramadhan berlalu tanpa terasa.

Tup tup raya.

1st Ramadhan berlangsung dengan aku menjadi zombie. Terketar-ketar akibat tak tido malam siapkan tesis. Elok pagi, dalam tak cukup tido, tak cukup makan, ditambah dengan seram sejuk dan stress, ada pulak yang dok buat jiwa aku menggelegak. Dugaan. Terima kasih kepada kesibukan tesis yang membantu aku menjadi malas nak melayan perkara remeh-temeh (wah remeh-temeh konon, tapi ko cite jugak kat sini).

5th Ramadhan, trainees Pulapol dapat kelepasan. So berjimbalah aku sekejap. Kebetulan fasa pertama pemeriksaan tesis pada supervisor aku dah siap-siap antor. Maka bolehlah berjimba seminggu dua sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Gambo-gambo sila rujuk Wordless Wednesday 20, 21 dan 22. Nampak benau pemalas menulisnya. Al maklum, sibuk dengan penulisan ilmiah. Blog-blog ni tade masa nak layan.

Lepas tu, aku balas dendam dengan ini.

Berzaman rasanya tak membaca fiksyen. Sangat rekemen Ranah 3 Warna. Tapi perlu mulakan dengan Negeri 5 Menara. Ketagih oke!

Elok nak masuk 10 akhir Ramadhan, sudah dapat panggillan emas dari supervisor. Dan, masa untuk kembali bekerja keras. Sememangnya aku akan beraya dengan tesis correction.

Tapi sebelum bekerja keras, wajib pekena makanan tinggi kolestrol.

Puas hati! Metod aku melepas tekanan adalah melalui makanan tidak sihat.

Jadi, mohon doakan aku sukes.

Ok bai.

*

*

Eh jap… budak ni kirim salam.

saye: betul2 takde mood blogging… takut bahasa aku jadi skema… ilmiah beb… ilmiah!

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments