Dah submit thesis. Mungkin free satu-dua bulan sementara tunggu panggilan viva. Jadi sekarang berada dalam mood yang agak bagus. Otak rasa lapang, tenang, terang, girang, gemilang dan terbilang.

Lepas ini boleh tinjau senarai projek untuk diteruskan, dimulakan atau ditamatkan. Yang pasti, soul sudah mula ada untuk go through lain-lain perkara selain thesis. Go through dengan ‘jiwa’. Iya, sebab sebelum ni kurang atau tak ada jiwa.

Buat masa ni, isrol masih ongoing training dekat pulapol. Bila abesnya adalah sukar diketahui dengan tepat. Apa-apa perkara berkaitan pulapol hanya boleh percaya setelah benda tu berlaku saje. Sama ada pulapol mahupun mana2 agensi kerajaan yang lain sememangnya terkenal dengan arahan yang boleh berubah dalam seminit dua. Itu tak masuk dengan segala rumors oleh sang radio buruk. Memang buruk!

Bila kita semua nak berubah?

Projek utama adalah memunggah bahan2 bacaan yang telah dihindarkan selama lebih setahun ini. Kalaupun ada satu dua yang berjaya ditamatkan rasanya cuma Bumi Cinta (sedikit ulasan yang tidak membantu oleh dr. sufugarpu) dan Ranah 3 Warna. Siyesly teringin nak buat review on books. Tak kisah la ada yang minat nak baca or tak. Buat review pasal books atau movie adalah macam kool. Sebab nak buat ulasan plus kritikan perlu diperah2 processor yang dah outdated dalam kepala ni. Performance low. Perlu asah! Err memang sepanjang masa ni aku tulis thesis. Tapi tu tak sama. Dem! Kalau bawak loghat  literature review ke blog ini, macam membawa bahasa buku ke tengah pasar. “Encik, saya ingin membeli seekor ayam yang siap dipotong.” Hows that?

Projek sampingan antaranya menonton movie sampai lebam. Ini tak boleh nak kata projek sangat. Sebab dah pun dilaksanakan secara berperingkat. Antaranya telah pun menonton filem2 hindustan yang telah diabaikan bertahun2. Kerana itu, telah kembali jatuh cinta kepada salman khan. Mungkin kerana beliau telah kembali tampan (mungkin setelah buat treatment eye bag dan kedut2). Malangnya setiap hari pun terpaksa berebut tv dengan encik ashraff akmi. Kalau sehari tak perang saudara memang janggal jadinya. Akhirnya hanya banyak menonton Handy Mandy. Sigh!

Projek seterusnya adalah untuk kembali ghairah berblogging. Setelah berbulan-bulan tidak bernafsu untuk blogging, maka harus gigih mencari topik untuk digosip dalam blog berbayar ini. Perlu dipastikan topik adalah tidak meng-annoy-kan atau sekurang-kurang separuh tidak annoying. Kalau annoying sila beritahu. Paling bagus beritau secara private sebab kalau masuk ruang komen akan jadi masalah lain pulak. Maklum la, bukan ramai orang mampu menelan kritikan walaupun ianya benar. The truth may be bitter, but it must be told. Kalo tak, takkan sedar diri sampai bila-bila. Ampun!

Oh ya, entri tanpa gambar sangat melesukan.

Memanjat-manjat dalam kereta adalah rutin wajib

Kemudian beri senyuman paling menawan

Ada hati nak pangku baby, bila dah tak larat, lepaskan saje baby berkenaan sampai tergolek.

Baiklah. Sehingga di sini dulu entri kali ini. Moga bertemu lagi kurang dari satu minggu. Kalaulah boleh berlaku!

saye: sinus semakin kronik.

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments