Sambungan part 1

Sedar-sedar hidung dah bersumbat dengan menda yang depa panggil sebagai paket. Bila aku google, ada juga yang panggil pack. Sama la kan. Disebabkan pack ni, aku tak leh breath guna hidung. Lepas aku sedar tu, nurse2 yang kejutkan aku kat OT tu terus suruh nafas guna mulut. Kepala aku siyes berat time ni. Macam kena hempuk dari belakang. Dan nasal pack tu memang buat aku rasa panik sekejap. Aku macam masih konpius, pastu tak ble bernapas secara normal. Tataulah nak describe cane, tapi agak panik dan hampir nak meroyan. Tapi inside je lah. Luaran aku try maintain kool.

Sampai kat wad, aku tgk jam dalam pukul 10 am. Aku bajet nak sambung tido. Harem la tak bole. Nasal pack tu mmg sangat-sangat mengganggu. Padahal sebelum tu macam tak boleh nak bukak mata kesan dari bius. Aku sms mak aku, bitau surgeri dah settle, sgt xselesa dan mintak bawak food yg lembut. Aku bajet mak dtg cepat la, sebab aku kembali rasa nak terkucil. Boleh tak aku lupa yg ekceli boleh mintak tolong nurse. Memang tak ingat. So aku dah tak tahan, after almost 2 hours, aku jalan sendiri pegi toilet. Ampun laa… kuar toilet mmg nyaris kelabu pandangan aku, pitam! Nasib baik sempat sampai katil.

Bila doc sampai, aku cite kejadian tadi. Doc cakap memang tak boleh bangun sebab masih terlalu awal dan bius masih ada. Mana aku tau… hangpa tak cakap awal2. Aku jugak dari awal memang 2 kali tanya, 1st aku tanya kat nurse, then kat doc… bila nak remove nasal pack tu. Gila… memang aku tak selesa. Nak bercakap pun susah. Nak makan susah. Nak tido lagi susah. Nak telan air liur pun struggle. Tiap kali telan, ngan telinga sekali rasa cam kena block. Seksa!

Aku memang tade amek gambo sendiri sepanjang kat spital. Eh ada, tapi aku delete sebab of cos la hodoh. Jadi supaya korang yg tatau menatang pack ni cemana, aku kasik gambo dari carian google.

Gamba ni comel dan tak berapa scary. More than 24 hours aku berada dalam keadaan camni. Nampak biasa je kan. Dalam lobang hidung sampai ke rongga2 sinus dalam tu, adalah macam kapas yg sangat panjang. Sebab rongga sinus tu kan masih bleeding lepas surgeri, so pack serap semua tu bagi mengelakkan bleeding yang lebih teruk kot. Lepas baca beberapa artikel dan info tru internet, aku rasa procedure nasal packing ni berbeza dengan setiap hospital, doc dan patient. Kiranya keperluan terhadap nasal pack ni bergantung kepada doc yang handle kes tu. Samalah jugak dengan tempoh pack tu duduk dalam lobang hidung. Ade je yang less than 24 hours. Yang 12 hours pun ada. Yang sampai 48 hours pun ada. Nasib le kalo lama. Tapi bagi aku, lagi cepat remove lagi bagus.

Pengalaman aku sendiri, beberapa jam pertama selepas surgeri quite bad. Tak selesa dan tak bleh nak handle lagi. Lepas tu rasa macam oke. Tapi lama kelamaan aku rasa nak meroyan. Sebab darah makin banyak nak kuar. Dengan lendir2 sekali. So kapas yang dekat luar hidung tu, akan kena tukar setiap kali rasa basah. Basah tu sebab darah dan lendir. Tu yang keluar la. Yang dalam hidung aku tu toksah cite. Memang merimaskan sangat2. Tiap kali tukar pack, kalo dapat nurse yang komited, depa akan bersihkan hidung aku mana yg boleh. Kalu kena yang pemalas, dia tukar buta-buta je. Darah ngan lendir yang dekat hujung2 hidung aku haram dia tak lap. Macam mangkuk! Nak je aku sekeh hidung masing2.

Dekat celah2 cerobong hidung pun aku bley rasa darah ngan lendir. Kadang2 aku rasa cam menggelegak je buih2 lendir tu berebut kat dalam. Dah le sah2 tak boleh breathing guna hidung kan. Siap imagine, kalo lah mulut aku kena tekup, memang arwah kejap2 tu jugak. Tu belum masuk rasa bengang (baca: numb) kat upper teeth, kat belakang kepala, kat sekeliling muka dan bengang tak tentu pasal dalam jiwa.

Dalam jam 2 pm ++, mak ngan kaklong aku sampai. Tak lama pastu encik sulhi pulak sampai. Aku masa nampak encik sulhi ni masuk, nak pitam balik aku rasa. Sebab siyes aku tak expect visitor masa ni. Aku memang tak selesa terima visitor selain keluarga rapat kalo sakit. Sebab aku tak suka orang tgk aku sakit di mana masa sakit ni selalunya wajah aku konpem huduh punya. Plus masa ni pun aku tak bernapsu nak bercakap sebab hidung yang bersumbat. Tapi thanks jugak la kat beliau sebab sudi melawat aku dengan sejambak bunga deepavali. Ini memang sah-sah la bunga deepavali sebab beliau beli tepi jalan ketika hari besoknya memang sambutan deepavali. Siap bungkus dengan old newspaper. Terbaekkkk!

Eh aku bukan perli ko tau encik sulhi. Aku tak kisah sangat pun. Cuma tak syiok arr hang tgk aku masa huduh. Not fair lah. Ke aku dah memang huduh tanpa mengira sakit atau tidak?

Masa ni aku tak leh senyum dah. Dah le menunggu panggilan dari Pulapol tak sampai2. Bila mak aku kol OC Kompeni F, beliau kata belum terima mesej. Fine. Bila mintak supaya isrol bole balik jaga aku, beliau jawab… jaga tak boleh lah kot, melawat boleh lah. Ewah, kalo anak somebody, alasan kecik gado laki bini pun senang-senang ko rekemen supaya dapat cuti. Kalo anak nobody, ko nak rekemen melawat je? Mulia sungguh hati ko la OC. Takpe, memang aku tak ada kabel fiber optic. Tapi kabel aku lebih power dari segala tok nenek kabel yang ada dalam dunia ni. Wireless!

Tak putus asa, mak aku kol lagi petang tu. Orang pejabat yang jawab kol sebab OC meeting. Kalo kol depa ni mmg meeting manjang, kol setiap jam pun meeting, after lunch pun meeting, tepat jam 2 pm pun meeting siot. Projek mega pun tak meeting macam tu. Bizi mengalahkan PM. Kalo request something tu memang boleh beruban tunggu feedback. Tapi i told u, kalo depa yang nak something, sepantas peluru pun depa boleh tercegat depan umah aku. Nak kata lagu mana tu? Pastu procedure. Aku dah muak dengan procedure depa. Sibuk ngan ko punya procedure. Macam procedure ko je yang paling besar dalam dunia ni. Kang aku membebel pasal human rights, barulah nak kata “kami takde kuasa, kami cuma terima arahan, kalo tak nanti kami kena marah”. Memang patut pun ko kena marah. Tak reti buat keje.

MESRA, CEPAT DAN BETUL.

So depa cakap masih belum terima mesej. Jadi dicadangkan hantar semboyan sekali lagi dan sampaikan mesej dengan detail. Depa akan follow up lah kot. Mak ngan kaklong aku pegi lah hantar semboyan lagi. Kali ni very the detail. Siap kol pejabat kompeni lagi sekali untuk inform dah hantar semboyan kali kedua pada sekian2 waktu. Kalo tade feedback jugak, memang kitorang pakat nak bakor je Pulapol petang tu. Nasib baik dalam jam 5 pm ++, dapat panggilan dari depa. Isrol dapat cuti 3 hari. Kompeni suggest dia balik esok pagi (rabu) so that dia boleh balik petang jumaat. Tapi mak aku insist isrol balik malam tu jugak, sebab yang tempoh kritikal aku memerlukan org utk accompany aku adalah malam tu. Kalo jumaat tu rasanya aku dah oke. Cuma bila balik malam selasa tu, rugi lah satu hari. Tapi kalo tanya aku pun, aku prefer dia balik malam tu jugak. Sebab aku dah mula nak meroyan tak selesa.

Petang tu tade menyanggupnye aku nak mandi. Nasib baik pagi tu aku dah mandi siap syampu sekali.

Malam tu, dekat jam 9 pm, the whole family sampai. Depa bawak kfc, sumpah aku tak makan sgt. Aku try cilok mashed potato tapi sesudu je. Aku try jugak makan yogurt. Tu pun nak kena berebut dengan anak aku. Last-last langsung aku malas makan. Aku minum susu je utk alas perut. Tu pun sebab nak kena telan ubat.

Lepas makan2 kat wad, depa sume balik. Isrol pun balik sama, nak mandi blablabla. Aku mintak beliau datang balik asap. Sebab aku rasa release sket tahap meroyan aku bila beliau di sisi. Kalo bley, aku nak suh beliau mandi kat wad tu jugak. Ahaha gedik sangat la gitu kan. Memandangkan jarak rumah aku dengan kpj kajang tu sedepa je, aku expect beliau akan datang balik dalam kurang sejam. Tapi bley pulak beliau tertido kat rumah sekejap. Jadi le lebih dua jam aku meroyan tunggu beliau kembali ke sisi.

Walaupun aku tak larat nak mandi petang tu, malam sebelum tido aku gigihkan pegi berus gigi. Aku pun tak leh ingat cane feel dia. Dengan upper teeth yang masih bengang gile, aku brush buat syarat je. Sebab aku jenis tak leh kalo dalam mulit berlengas. Mau berlipat ganda rasa meroyan.

Alhamdulillah, malam tu dengan ditemani isrol yang tido bertenggek kat kerusi, aku rasa half of meroyan aku macam release jugak. Bukannya beliau ada tolong sangat, padahal tido je kat tepi aku. Tapi dengan adanya beliau di sisi, memang aku rasa separuh tenang la. Nak nak jenis macam aku, yang sangat jarang dapat bersama asben. Bila beliau ada, aku rasa macam heaven gile. Walhal aku sendiri langsung tak boleh tido. Asek duk memandang jam, menghitung waktu. Tak sabar aku nak tunggu saat nasal pack tu dikeluarkan dari lobang hidung aku.

Esok pagi, aku still tak makan. Mandi pun memang tak la. Haha. Aku nak tunggu nasal pack tu berambus dulu baru nak makan. Breakfast aku tu sah-sah le isrol yang bedal. Aku minum susu je.

Dekat jam 11 am baru doc sampai. Aku punyalah expect doc datang dalam jam 8 am. Siyes aku tak sanggup menatang nasal pack tu lagi. Dalam jam 10 am tu, ada visitor. Aku masa ni kalu terima visitor, mau menyumpah dalam hati. Padahal yang datang tu pak anjang dengan ayong (cousin) aku. Ampun laa… orang tak sihat ni memang biol aje. Cuma takdelah meroyan aku dizahirkan. Dalam hati je la pun.

Kisah proses removal of nasal pack tu akan terbit selepas ini. Nantikan. Harap bersabar :)

Baca Part 3.

Related posts:

Comments

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments