Aku teringat term ‘menangis lelaki’ yang keluar dari mulut sorang kawan isrol kat Pulapol. Bunyinya janggal tapi unik. Bukan tak biasa tengok lelaki menangis. Dalam hindustan bersepah. Tapi kebanyakannya tak begitu menepati kedalaman maksud ‘menangis lelaki’. Sehinggalah aku menemuinya dalam Ombak Rindu versi filem.

Membaca review dari pengkritik filem / wartawan memang lebih adil. Review begini hampir menyeluruhi segenap aspek Ombak Rindu termasuk novel dan penulis. Kalau baca review dari bloggers (tak semua), apa yang kita akan dapat hanyalah… Aaron Aziz.

Jujur, aku bukan peminat Aaron. Tapi, sebab utama aku pegi tonton Ombak Rindu adalah Aaron juga. Akibat menggatal tonton klip video ost-nya, terpaksalah terkinja2 penasaran nak menonton.

Advantage untuk aku kali ini ialah, aku tak pernah baca novel Ombak Rindu. Maka risiko filem ini menjadi pemusnah jurus bayangan memang tak ada sama sekali. Tapi, meskipun tak pernah baca novel Ombak Rindu, aku memang dapat rasakan scene2 dalam filem ni melompat-lompat. Pastinya sebab nak compact-kan isi cerita nan panjang kepada durasi filem yang hanya 2 jam.

Sebenarnya, amat menakutkan untuk menonton filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Aku pernah mengomel pasal benda ni kat entri Ayat-ayat Novel Versi Filem. Aku percaya, adalah mustahil untuk memuaskan hati semua pihak terutama pembaca tegar sesebuah novel apabila kisahnya diadaptasi ke filem. Novel dan filem memberikan impak yang berbeza terhadap penceritaan masing-masing. Filem memberikan cerita dan imej visual dengan serentak. Penonton secara langsung akan mendapat gambaran latar tempat dan watak hasil garapan produksi filem. Contohnya, kalau watak Hariz dalam Ombak Rindu dipegang oleh Aaron Aziz, maka itulah gambaran yang terpaksa diterima oleh penonton mengenai watak Hariz. Ianya berbeza dengan novel yang memerlukan pembaca membina imaginasi tersendiri dengan panduan penulis. Bermakna, setiap pembaca akan mungkin mempunyai imaginasi yang berbeza terhadap latar tempat dan watak. Oleh itu, gambaran watak Hariz dalam novel Ombak Rindu juga adalah berbeza-beza bagi setiap pembaca.

Hanya pembaca tegar sahaja yang tahu bagaimana seronoknya melayari pembacaan dengan lakaran imaginasi sendiri.

Dalam banyak2 adaptasi novel ke filem, aku kira hanya Ketika Cinta Bertasbih sahaja yang betul2 menepati kisah sebenar tanpa terlalu merosakkan imaginasi pembaca. Tapi ini tidak bermakna filem perlu menurut sepenuhnya intipati novel. Adunan semula untuk meringkas, memperbaik dan memperkemas jalan cerita dan latar watak adalah juga penting kerana tak mungkin setiap plot dalam novel sesuai dimasukkan ke dalam filem. Asal saje kisah asal dan watak2-nya tidak teruk dirosakkan, ayat-ayat novel versi filem pasti setidak-tidaknya mampu memberi kepuasan minimum.

Ombak Rindu mungkin tidak sebaik dan sekemas yang aku harapkan. Cukuplah ianya berjaya meringkaskan kisah dalam novel tanpa mencacatkan. Malah perubahan pada beberapa latar watak juga aku kira satu usaha untuk memperbaik. Ini berbeza dengan apa yang aku kesalkan dalam filem Ayat-Ayat Cinta yang bagi aku merosakkan beberapa latar watak terutama watak Aishah isteri Fahri. Begitu juga pemansuhan watak bapa Maria yang ketara merosakkan jalan cerita termasuk maklumat dakwah yang sangat penting.

Alangkah bagus kalau filem melayu boleh melebar lebih dari 2 jam asalkan plotnya disusun kemas, skrip natural dan mantap serta tidak meleweh2.

Secara peribadi, aku rasa kekuatan ombak rindu versi filem ini adalah pada Aaron Aziz. Lakonan Aaron adalah terbaik. Terbaik sebab sangat bersahaja. Macam aku kata tadi, aku bukan peminat Aaron. Maka tak timbul unsur bias di sini. Aku bukan pengikut tegar Aaron dalam sebarang drama bersiri. Malah, aku pernah berasa hairan melihat kegilaan orang ramai terhadap Aaron. Sebab sebelum ni, aku tatau apa best-nya Aaron Aziz.

Nak kata hensem, hensem lagi Hans Isacc.

Tapi aku mula admire beliau dalam KL Gangster. Lakonan selamba. Effortless. In fact, aku memang prefer lakonan yang bersahaja rather than yg beriya2 berlakon macam Rosyam Nor ke, Shahrukh Khan ke. Sebab tu aku lagi prefer Salman Khan. Ops, terkeluar topik.

Dalam Ombak Rindu, tahap admire aku dah tak terbendung lagi. Aku mmg kagum secara melampau dengan lakonan Aaron Aziz. Nak nak tang leleh (rujuk scene Hariz + Izzah kat dalam bilik umah Pak Dolah). Serta-merta rasa ralat kenapa beliau bukan warganegara Malaysia yang dengan tidak adilnya menghalang beliau daripada dicalonkan dalam FFM.

Maya Karin bagi aku nod bad. Cuma masih canggung melihatnya bertutur dengan intonasi Bahasa Melayu yang asli. Aku terbayang-bayang andainya watak Izzah dipegang oleh Fazura, lebih feel agaknya. Sebab aku pernah tengok Fazura berlakon jadi perempuan kampung. Untuk watak Izzah ni, aku rasa Fazura lebih sesuai. Natural dan effortless.

Lisa Surihani juga boleh tahan bagus. Cuma untuk watak Mila, imaginasi aku melihat alangkah cantiknya jika watak Mila dilembutkan sedikit lagi. Tak perlulah Mila terjerit-jerit memberontak setiap kali keinginan tak dipatuhi. Dengan kedudukan, kuasa dan pesonanya, Mila mungkin hanya perlu bertegas dalam nada yang lembut tetapi persistent. Dan aku membayangkan watak itu dipegang oleh Maya Karin.

Secara keseluruhan, Ombak Rindu adalah Aaron Aziz. Tanpa Aaron Aziz, Ombak Rindu mungkin tidak berombak mana pun. Sebab aku quite sure, at least 50% jumlah penonton yang berkejar ke panggung adalah kerana Aaron. Tapi itu tidak pelik kerana kombinasi ego dan air mata Hariz yang diperan Aaron adalah pesona yang langsung tidak menghampakan.

Kerana Aaron Aziz, aku mengerti apa itu ‘menangis lelaki’.

saye: Aaron = 2 thumbs up

Related posts:

Comments

  • nus:

    1. Tajuk entri – trafik akan mencanang naik.

    2. Aku dgr rumors, Bumi Cinta akan diadaptasikan juga. Dua kemungkinan, pasti Box Office atau pasti gagal.

    3. Aku belum baca novelnya atau pernah membaca tetapi lupa.

    4. Aku belum menonton juga, walaupun Aaron Aziz yg beraksi.

    5. Tahniah, tulisan hebat.

    6. Sekian.

    wie Reply:

    1. iye ke? tak cek la pulak… heh heh
    2. pasti diadaptasi… setakat ni almost sume karya kang abik yg meletup diadaptasi kan?
    3. aku pun x baca… x kose
    4. sila lah tonton
    5. meh? auwww
    6. terima kasih

    nus Reply:

    Bumi Cinta, kalau diadaptasi dgn cara Kang Abik (ikut syariat) akan tak jadi kan. Kena cari producer+director yg power.

    eh, org cerita Ombak Rindu, aku duk bebel Bumi Cinta.keke

    wie Reply:

    ko memang selalu off topic… btw… silalah baca status wardina pasal ombak rindu… ada kebenaran tetapi macam biasa manusia taksub diri selalu menjengkelkan…

  • aku x tgk lagi tapi aku gile dgn novel dia…aku rasa mesti lagi syok kalo ombak rindu ni dibuat version drama…lebih panjang..lebih meliputi setiap sudut cite dia seeprti novel…aku takot nk tgk sbnrnya, takut cite dia lari dr novel….

    p/s: aku pun suka tgk lakonan aaron aziz…perfect!

    wie Reply:

    mmg tak dapek la nak sama… rasanya byk benda yg tak seswai masuk dalam filem… aku pegi tgk sbb terpesona dgn si aaron dalam trailer… huhuhu… filem aku xjamin best, tapi aaron mmg superb!

  • Pu3:

    sy suka ulasan anda…..

    wie Reply:

    tq :)

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments