
7 Januari 2012
.
Tentulah perancangan Allah mengatasi segala pengetahuan yang ada di muka bumi. Dengan kepahitan, kami belajar mengecap manisnya ujian. Benar, alah bisa menerima ujian, perlahan-lahan kepahitan itu menjadi nikmat manis meskipun peritnya masih tetap terasa. Kesakitan beransur menjadi penawar dosa. Derita menjadi sekolah yang mendidik tabah. Fitnah, tohmahan dan hinaan dengan sendirinya menjadi peluang untuk menikmati makna sebenar hidup. Malah, melalui segala kerenah birokrasi dan diskriminasi itulah kami belajar erti kebergantungan penuh kepada Al-Malik.
Meski kami tahu cabaran selepas ini jauh lebih besar, semoga kami tidak terlalu takut untuk melaluinya.
InsyaAllah.
saye: menjadi orang ‘biasa’.
Related posts:
Comments



LIKE.
Khabarnya, sesuatu ujian itu adalah proses ‘naik pangkat’ ke’jawatan’ yang lebih tinggi di sisi Allah. Semoga pengiktirafan dan tawaran ‘naik pangkat’itu diterima Allah & dirahmatiNya. Mohon ‘promotion’ utk sahabat sy ini berterusan hendaknya.
Ameeeen Ya Rabb.
wie Reply:
January 17th, 2012 at 12:18 pm
Amin. Tambah paku dan silang… kalaulah boleh terlihat oleh mata kasar… alangkah!
nus Reply:
January 18th, 2012 at 9:14 am
Kalaulah terlihat dengan mata kasar, alangkah bahayanya.
Suka kongsi banyak2 kali, kisah seorang ulamak di zaman Uthmaniyah.
Katanya, “Maka celakalah bg mereka yang merasakan lapang disaat menerima musibah”.
tabik, mrs sahab…hehe
wie Reply:
January 19th, 2012 at 3:06 pm
hehehe tq…