Author Archive

1.

Naaa… belum register phd lagi. Belum.

Inilah akibat mengumpat. Fakta yang disebarkan dari mulut ke mulut memang boleh ke laut.

Doktor?

Fuh!

Amin…………………..

.

2.

Saya rasa ramai di antara kita pernah main game ‘cerita berantai’. Biasanya game ni dibuat masa camping, kursus, orientasi, bengkel, training, team building dan yang sewaktu dengannya. Dalam game ini, satu teks akan diberi kepada seorang peserta. Peserta ini akan bertindak sebagai peserta pertama dan dikehendaki menceritakan semula teks berkenaan kepada peserta yang kedua. Peserta yang kedua pula perlu menyampaikan kepada peserta yang ketiga, dan begitulah seterusnya. Peserta yang terakhir kemudian dikehendaki menceritakan semula input yang diperoleh. Dan selalunya apa yang disampaikan oleh peserta terakhir ini sangat jauh berbeza berbanding cerita asal.

Masa darjah 6, saya pernah main game ini dalam satu kumpulan yang besar. Lebih kurang 100++ orang. Kata kunci yang perlu disebarkan ketika itu ialah “ayam”. Di pertengahan rantaian peserta itu, sebaran telah menjadi “diam-diam, nanti cikgu marah!”.

Kesian “ayam”. Yang paling kesian adalah cikgu itu. Sape suruh buat game macam ni pukul 1 pagi?

.

3.

Ketika dalam latihan di Pulapol, Iszrole mendapat kecederaan lutut yang dipanggil sebagai “meniskus tear”. Kekerapan berulang ke HKL bagi menjalani rawatan fisioterapi dan temu janji pakar secara tidak langsung menimbulkan sangsi satu (atau mungkin beberapa) pihak di Pulapol. Iszrole juga berulang kali dipersoalkan kenapa beliau selalu mendapat privilege dari HKL (entah apa privilege-nya saya pun taktau). Bagi melengkapkan spekulasi sendiri, sang speculator ini mengandaikan isteri Iszrole yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej universiti kesihatan pasti ada connection dengan doktor2 di HKL. Walhal sekiranya sang speculator yang merupakan seorang anggota polis terlatih dan berpengalaman ini cuba menyelidik perkara sebenar, beliau akan mendapati bahawa spekulasi beliau itu adalah melucukan kerana hakikatnya saya sang isteri Iszrole ini merupakan seorang pensyarah teknologi maklumat!

Jangan kan kata doktor HKL, pegawai teknologi maklumat di mana2 jabatan kerajaan pun saya tak kenal.

Cerita berantai memang hebat. Bayangkan, kalau permulaannya pun dengan sebuah spekulasi yang berunsur fitnah, bagaimana pula dengan corak sebarannya? Itu baru cerita pekerjaan isteri Iszrole dan connection-nya dengan doktor2 HKL. Belum lagi cerita isteri Iszrole berkrisis dengan OC Kompeni F, isteri Iszrole bercakap buruk dengan kakitangan Kompeni F, isteri Iszrole selalu telefon Kompeni F, isteri Iszrole itu, isteri Iszrole ini… ya isteri Iszrole ini terkenal tahu? Beliau menghantui Pulapol!

Sila tabik spring kepada saya.

Rantaian cerita itu rupanya belum berhenti meski latihan telah tamat awal Januari lalu. Terkini, ada seorang kakitangan Bukit Aman bertanya kepada Iszrole;

“Isrol, wife kau doktor kan?”

.

*mari ketawa besar-besaran

.

Yes sahab, tak lama lagi la tu. Cuma bukan doktor perubatan ye sahab. Kang ramai pulak yang mampus akibat salah makan ubat!

saye: ayat skema? Peralihan kepada bahasa bijaksana ;-)

Related posts:

Buku yang paling senang nak baca. Cepat dan mudah. Tak perlu banyak fikir, tak perlu mengulang perenggan, tak perlu bukak Kamus Dewan. Pendek kata, senanglah!

Itulah Almad Al Kebab. Karya Wan Azlan – sebuah novel parodi, baca tak kering gusi.

credit gambar kepada KakWa (kakaknya dr. sudugarpu)

.

Akhir-akhir ini, istilah parodi jadi terkenal. Atau aku yang rasa macam ia baru terkenal? Menurut Kamus Dewan Online, parodi adalah karya sastera, seni, dsb yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara yg me­lucukan atau menyindir.

Novel ini bermula dengan watak Dimanosajo, seorang warga Thailand yang menjalankan perniagaan kebab sebagai punca rezeki di Kota Permaisuri. Unsur parodi hanya muncul dengan meluas (dan jelas) selepas terhentinya (seketika) watak Dimanosajo yang awalnya disangkakan sebagai watak utama dalam karya ini.

Parodi bermain di sekitar watak Sediakawal, Sakurakura, Sihuruhara, Mergastura, Murrahan dan Sifar. Kambing menjadi burung unta. Pening lalat menjadi Tahi Lalat. Sayuran menjadi ikan. Pintu menjadi perut (penyebab kepada munculnya Al Kebab).

Ya. Ahmad Al Kebab memparodikan Ahmad Albab.

Selain sesuai sebagai bacaan pelbagai peringkat umur, Ahmad Al Kebab boleh menjadi permulaan bagi yang mahu bermula atau mahu kembali berjinak2 kepada naskah penuh teks. Lambakan pilihan di toko buku adalah satu isyarat kepada kita untuk kembali kepada asas, kembali kepada kaedah tradisi sebagai sumber pencerahan. Iya, itupun setelah mendahulukan ayat-ayat Tuhan di dalam naskah Al Quran. Ayuhlah, resam dunia pun tak disuruh untuk tidak dipedulikan.

Mari jadi manusia lively.

saye: siapa kita untuk memandang rendah dan melabel hidup orang lain sebagai tunggang langgang? Tegurlah sikapnya, bukan hidupnya.

Related posts:

Kembali dari USS Februari lepas, masing-masing kemaruk nak bercuti lagi. Dan ianya mestilah a family trip. Dalam family kami, kalau feeling2 nak honeymoon ataupun nak bikin trip anak-beranak sendiri (baca: suami-isteri-anak2), memanglah susah untuk direalisasikan. Sebab akan pasti datang unsur-unsur godaan yang akhirnya akan menjadikan perancangan percutian 5 orang menjadi berbelas orang (rujuk Berkubang @ Legend International Water Homes PD). Malah percutian Fraser’s Hill hampir 3 tahun dulu pun terpaksa warning dan highlight ‘honeymoon’ berkali-kali.

Rancangan Kuching Trip bermula dengan promosi RM10 AirAsia. Masa ni Isrol baru je dapat offer ke Pulapol. Mengikut jangkaan, date yang kami booking ni suppose Isrol dah tamat latihan. Tapi nak buat macam mana, nama pun perancangan manusia.

Secara kasar, harga return tiket seorang adalah RM103. Ini termasuk harga tambang (RM10x2), airport tax (RM7.50×2), insurance (RM9x2), dan pre purchase baggage 15kg (RM25x2). Kalau tolak baggage dan insurance, harga return tiket adalah hanya RM35.

Trip kali ini melibatkan 7 dewasa, 3 kanak2 bawah 12 tahun dan 1 infant. Twin kena tinggal. Tak seswai nak dibawa berjalan sangat. Lagipun masa beli tiket bulan Februari lepas, twin ni belum lahir pun. Untuk infant, harga tiket tak dapat harga promo. Harga dia statik RM50. Macam tak aci la pulak kan. Dah la tade sit, kena pangku. Alih2 tiket lagi mahal pulak.

Untuk perjalanan pergi-balik Kajang-LCCT, kami chater satu van. Senang, tayah pening2 fikir pasal parking.

Kanak-kanak riang memang macam ni. Dari semenanjung sampai ke kuching, kalo tak berebut sit memang tak sah. Err yang tengah tu ketua dia. Paling kuat mengalah jenisnya.

.

Ini taiko rombongan. Nak anggap macam maskot pun boleh jugak. Kalo bab bergambar, memang dia yang conquer. Nak buat macam mana, anugerah Ilahi katanya.

.

Yang tengah dan paling depan itu adalah pengurus itinerary. Selain boss dan banker, beliau juga adalah satu2nya warga separuh emas.

.

Pemilik blog, anak dan entiti terselit di belakang.

.

Sampai kat LCCT, terus buat kaunter check in. Mudah sebab dah buat web check in kat rumah beberapa hari sebelum. Jadi tinggal uruskan baggage saje. Settle, terus masuk terminal.

Wajah keriangan anak-beranak sebab tak payah mengelek, mendukung dan melayan kerenah twin yang ditinggalkan.

.

Mem-bajet duit yang akan dihabiskan.

.

Excitement tiga beradik yang first time naik flight.

.

Taiko duduk sit mahal. Al maklumlah, oversize. Kenalah layanan first class.

.

Minah ini tido b4 takeoff dan bangun hanya selepas landing.

.

Sesampai di Kuching International Airport. Kak long snap this foto sebab tu dia xde dlm gambar. Hanya Toktak dan Abg Ashraff je lelaki. Isrol terkurung d pulapol… burn tiket dia, cuti Bang long (Amer) plak xlulus….

.

Abang baju hitam di sebelah kanan itu adalah driver merangkap tourist guide kami sepjg di Kuching. Namanya Syaza..sangat gentle dan very co-operative… antara factor happening-nya trip kali ini. Oh ya, kat sana pun kami charter van. Kos sehari RM280. Boleh dapat diskaun bergantung pada keadaan.

.

Restoran where we have our 1st lunch. Untuk makan2, kami bayar RM30/sehari setiap orang pada bendahari (Puan Kak Long). Maka setiap kali sesi makan, puan bendahari yang akan uruskan. Yang lain-lain order dan melantak saje. Easy!

.

To be continued….

saye: berhabuk entri ni dalam draf. Mencari masa dan mood untuk siapkan n publish.

Related posts:

7 Januari 2012

.

Tentulah perancangan Allah mengatasi segala pengetahuan yang ada di muka bumi. Dengan kepahitan, kami belajar mengecap manisnya ujian. Benar, alah bisa menerima ujian, perlahan-lahan kepahitan itu menjadi nikmat manis meskipun peritnya masih tetap terasa. Kesakitan beransur menjadi penawar dosa. Derita menjadi sekolah yang mendidik tabah. Fitnah, tohmahan dan hinaan dengan sendirinya menjadi peluang untuk menikmati makna sebenar hidup. Malah, melalui segala kerenah birokrasi dan diskriminasi itulah kami belajar erti kebergantungan penuh kepada Al-Malik.

Meski kami tahu cabaran selepas ini jauh lebih besar, semoga kami tidak terlalu takut untuk melaluinya.

InsyaAllah.

saye: menjadi orang ‘biasa’.

Related posts:

Adalah normal bagi sesebuah karya yang menjadi fenomena untuk memasuki ruang diskusi yang akan diisi dengan kritikan, pujian dan kutukan. Ianya membuktikan bahawa karya tersebut mempunyai aura tersendiri sehingga diperdebatkan sebegitu rupa.

Sebelum ini, satu ulasan berkenaan filem Ombak Rindu (OR) telah dinaikkan di blog ini. Ulasan ini sebetulnya cenderung menyentuh isu adaptasi karya novel ke filem. Ia sama sekali tidak memberi tekanan terhadap isu moral yang menjadi kontroversi dalam filem ini. Namun kemelut Ombak Rindu yang dimainkan beberapa pihak di sana-sini telah membangkitkan beberapa persoalan di benak saya. Malah, sewaktu artikel ini ditulis, beberapa status di facebook yang memaut trailer Hafalan Shalat Delisa (HSD) telah dinaikkan dengan sebahagian besarnya mengaitkan atau membandingkannya dengan OR. Hampir kesemua status ini termasuk deretan komen yang diberikan menjurus kepada kritikan yang menonjolkan kerendahan mutu dan nilai karya filem anak tempatan. Situasi ini benar-benar membuatkan saya terfikir, salah siapa semua ini?

Bukan tidak ada karya kita yang bermutu tinggi. Tetapi bagaimana dengan sambutannya? Kita sendiri yang banyak mengkritik kebobrokan karya tempatan, kita sendiri juga sebenarnya tidak sedar dengan kewujudan karya-karya terbaik yang pernah terbit atau telah diharamkan.

Adakah fenomena OR membuka mata kita untuk mencari karya-karya ini? Tidak! Kita hanya sibuk mengutuk hasil karya anak tempatan sedangkan kita sendiri tak pernah mampu walau untuk mengedit sebuah video peribadi. Lebih buruk lagi, untuk menaikkan sebuah entri yang bermanfaat di blog pun kita tidak mampu. Malah, selepas gagal menjawab pelbagai isu dan persoalan yang kita naikkan ke facebook pun, kita lebih suka lari dan mengambil jalan pintas menuding kepada pihak lain untuk menjawab.

HSD berkait rapat dengan tragedi alam. Malah, kalau kita amati, Indonesia sendiri akrab dengan pelbagai tragedi tidak kira tragedi alam mahupun tragedi manusia. Rakyat negara jiran ini telah bertahun bergelumang dengan tragedi dan perjuangan sebagai rencah kesinambungan hidup. Sedarkah kita bahawa tragedi dan perjuangan ini telah sekian lama mencorak pemikiran seterusnya menjadi pencetus kepada lahirnya karya mereka?

Bagaimana dengan pemikiran kita?

Kalau kita fikir pengkarya perlu menghasilkan karya yang bernilai, bermoral, kritis dan menonjolkan tahap pemikiran yang tinggi, kita inilah yang perlu mula membuktikan telah menjadi manusia yang bernilai, bermoral, kritis dan mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Kerana pengkarya tidak mahu rugi menghasilkan karya yang tidak boleh dijiwai oleh penontonnya seterusnya merencatkan keuntungan.

Perhatikan sahaja facebook kita. Isu apakah yang paling banyak kita naikkan? Kisah peribadi? Dialog suami isteri? Perkembangan anak-anak? Maklumat agama? Isu semasa? Isu politik? Ekonomi? Ilmiah? Nah, masing-masing lebih tahu facebook sendiri. Itulah antara cerminan pemikiran kita. Dan kita tidak malu pula memperlekeh karya tempatan yang hakikatnya mencerminkan jiwa dan minda sebenar kita. Maka bagaimana pula anda mengandaikan pemikiran pengkarya kita?

Hanya pengkarya dengan jati diri yang tinggi sahaja yang sanggup menongkah arus. Tetapi berapa ramai yang sanggup melaburkan berjuta-juta ringgit untuk mengangkat moral, etika dan pemikiran manusia yang belum tentu memberi pulangan? Sedangkan penonton/pembaca hanya melabur RM8 – RM30 untuk menghadam hasil keringat dan idea orang lain.

Saya tentu sekali bukan seorang pengkarya semasa. Namun pengalaman menghasilkan beberapa karya kecil membuatkan saya faham perit jerih berkarya. Ianya umpama anda bersusah-payah memasak, dan orang yang menghadam makanan itu dengan mudah memberi komen “tidak sedap! Sedap lagi makanan Indonesia”.

Seperti mana saya bukan peminat Aaron Aziz (telah disebut dalam ulasan OR), saya juga bukan peminat OR. Namun saya kira, menghukum OR sebagaimana yang dilakukan ramai sekarang ini agak tidak adil. Berapakah peratus kerosakan dilakukan oleh OR sehingga disifatkan sebagai tragedi murahan di sini? Berapa banyakkah penderhakaan plot OR terhadap nilai agama dan kemanusiaan? Adakah di antara anda di luar sana yang pernah cuba membandingkan jumlah kerosakan itu dengan tingkat kerosakan dan penderhakaan yang disajikan dalam banyak filem Melayu yang lain? Jika tidak, anda sama sekali terlalu bias!

Cuba kaitkan sebentar perenggan di atas dengan tragedi Superman Faizal Tahir yang telah dihukum Vs trend pakaian tidak senonoh sesetengah selebriti wanita tanah air yang tidak pernah dihadapkan ke muka pengadilan sebagai satu bentuk pengajaran kepada diri sendiri dan individu lain. Dapatkah anda menterjemahkan konotasinya? Adilkah kita menghukum satu pihak sedangkan pihak yang lain terus ghairah berkarya dalam kemaksiatan?

Di sisi saya, OR memang bukan sebuah filem moral. Ia hanya sebuah filem yang mempertaruhkan idea asal sebuah novel yang laris, barisan pelakon pujaan dan dendangan lagu yang menusuk jiwa untuk bermain dengan emosi penonton rakyat Malaysia yang memang gemarkan melodrama. Ia adalah kehendak pasaran sendiri.

Sekiranya kita masih diulit perkembangan lilitan terbaru hijab muslimah, ghairah mempromosi konsert rock tanah air, masih hanyut mengulit majalah fesyen/keluarga terkini, rasanya lebih molek kita muhasabah diri. Bak kata kawan-kawan facebook saya, carilah cermin.

OR bagaimanapun masih lebih baik dalam beberapa sisi moralnya berbanding lambakan filem-filem tempatan sebelum ini. Ia telah menunjukkan satu peningkatan dan telah pun mendapat sambutan (di sini saya menegaskan bahawa saya 100% menolak keperluan wujudnya adegan ranjang atas sebab apa sekalipun). Sebagai penonton/pembaca yang menikmati hasil kerja pengkarya, buktikan bahawa kita telah bersedia untuk menerima dan memberi sambutan terhadap sebuah karya yang kuat dengan isu kemanusiaan, jati diri dan moral hasil dari pemikiran yang tinggi. Dan semoga lebih ramai pengkarya filem/novel kita akan mampu menghasilkan karya bermutu yang bukan hanya mampu menjadi medan sebaran dakwah dan moral, tetapi mampu meraih keuntungan berganda hasil sambutan pasaran yang hakikatnya adalah terhad.

Berilah peluang kepada karya kita untuk bergerak di atas landasan ‘sokong dan dorong’ rakyatnya sendiri. Kurangkan kritikan membunuh. Keparahan nilai moral dalam karya perlu dibimbing, dipapah, dimotivasikan serta dirawat. Jangan biarkan ianya jadi seperti pokok-pokok yang mati selepas dicaci-maki oleh satu kaum di Pulau Solomon (sumber).

Karya kita, cerminan bangsa kita. Tak percaya? Semak profile facebook masing-masing.

saye: ini belum masuk lagi kekangan berkarya akibat dictatorship. Ada beran?

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments