Archive for the ‘aku dan dia’ Category

aku: aku pernah meracau masa tido. Pastu laki aku kejutkan. Bukak2 mata, nampak beliau, terus peluk. Sweet tak?

kawan: Sweet.

aku: laki aku kalau meracau lagi teruk. Siap baca doa, siap azan pun pernah. Kalau mimpi seram, boleh sampai jatuh katil. Pernah sekali beliau jatuh katil, gedebuk. Aku terjaga dan tanya kenapa. Beliau kata, mimpi kena kejar hantu.

kawan: Beliau jatuh? Lepas tu ko peluk beliau tak?

aku: Tak, aku sambung tido.

*

saye: sekarang memang terasa mahu peluk peluk peluk

Related posts:

~ Abang sayang No tak?

~ Kadang-kadang…

saye: ni mak ayah aku… aku pun wat gini kat laki aku… wakaka

Related posts:

Aku pantang encik asben balik lambat.

Walaupun hakikatnya, almost everyday dia lambat.

Satu hari, aku dah plan nak gi somewhere. So aku pesan dia balik awal.

Tapi macam biasa… balik lambat tu dah jadik hobi dia.

Berkali-kali aku kol, balik cepat, balik cepat.

Dia still lambat.

Dan angin aku suda naik dekat kepala.

Bila dia balik, sengih-sengih. Aku wat muka singa.

Dia suruk something kat belakang.

Tat tara tat tara.

Sejambak bunga.

Aku cam nak malu-malu tanya.

Mana beli bunga?

Dia kata… tak beli… ambek Nani punya. Nani dapat bunga, dia tak suke. Dia suruh ambik satu, abang ambik tiga.

!)*^#$GIUN(GF&$@$$%&*(&)(

Aku campak bunga tu kat muka dia.

saye: toksah berangan la nak tepek gambar bunga kat fb dengan dedikasi kepada laki sendiri… dia kata… beli makanan lagi bagus… ok, bak kata comato… redo ajela dapat dia neyh… hak hak hak

Related posts:

Dulu, masa kecik-kecik, masa umur dalam tiga ke empat tahun, kalau mak tanya sayang mak banyak mana, sayang ayah banyak mana… aku tunjuk dengan jari.

Aku sayang ayah tujuh jari. Balance tu mak punya.

Kalau hari ni mak tanya aku soalan yang sama, mesti aku kerut dahi, kerut kening, kerut mata. Tapi mak takkan tanya punya.

Kasih itu, kalau dihitung tak pernah nampak nilai dan bahagian-bahagiannya. Kalau dikongsi tak pernah rasa sempadan-sempadannya. Kalau diberi, tak pernah terasa pergi dan datangnya. Ia bukan seperti wang. Semakin diberi, lahiriahnya semakin kurang. Kasih itu, semakin diberi, semakin banyak yang datang.

Aku belajar mengasihi ayah dalam senyap. Kerana kasih itu, Allah takdirkan aku duduk menyaksikan helaan nafas terakhirnya.

Semakin lama ayah pergi, semakin kekar kasih untuk ayah dalam jiwa ini.


tak banyak gambar ayah dalam harddisk aku… dia pergi masa digital camera tercanggih masih 4MP

Dedikasi ini sedikit lewat. Untuk semua ayah yang dikenali… ketahuilah anda semua hebat.

Buat ayah Safi… selamat menyambut hari ayah buat pertama kali. Sungguh menyenangkan memiliki kamu dalam hidup kami.

Buat abah @ atok mael… didoakan semoga sihat sepanjang usia. Kurangkan gula dalam makanan, maniskan dalam senyuman… cewah.

Buat alang @ toktak… semuga dilimpahi rezeki yang berterusan dan menjadi superabah yang bersinar sepanjang hayat. Katakan taknak pada rokok… please……….

Buat pak anjang @ atok anjang… semoga panjang usia dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik. Wajah dan senyummu itu penawar rindu.

Buat paklong bahau… juga semoga panjang usia dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik. Suaramu itu, kalau ada… kadang memekakkan telinga, kalau takde… sure rindu punye.

Bagi senarai 2,4 dan 5, jangan lupa renew stok gigi masing-masing.

Buat abg long @ abah ameer… semoga berjaya menemui kehidupan yang lebih baik dan menjadi abah yang disayangi dan disegani.

Selamat Hari Ayah… love uols foreva and eva.

saye: my heroes

Related posts:

Aku sedikit lega. Dari tahun ke tahun, segala cabaran dan dugaan telah kami tempuh.

Dan ianya tidak mudah.

Perit, pedih dan sakit. Bukan sedikit dugaan yang kami terima. Termasuklah dengan segala komen dan kritikan. Ada yang membina, tak kurang yang seolah menjahanamkan.

Berkahwin pada usia muda, terutama ketika masih dalam pengajian, sememangnya mengundang pelbagai persepsi dalam masyarakat. Mungkin ramai yang tidak tahu, aku bernikah bukan sebab suka-suka. Tak ada istilah gatal nak kahwin muda.

Aku bernikah atas permintaan emak. Permintaan yang emak lafazkan beberapa jam selepas ayah selamat dikebumikan.

Memang ada yang menyebut, kubur masih merah.

Okeh, tak payah nak cerita banyak-banyak. Semua dah berlalu. Dengan baik, dengan penuh restu.

Namun untuk meneruskan pelayaran di atas bahtera perkahwinan selepas itu… susah dan senangnya, Allah aje yang lebih tahu.

Mujur ada iman, ada ilmu di dada. Walaupun tidak penuh.

Mujur ada mereka.

Hari ini, setiap kali melihat dan mendengar anak-anak murid aku merungut bermacam perkara, aku rasa rimas. Sebagai seorang yang pernah duduk di tempat yang sama, tambahan lagi memikul tanggungjawab berganda, aku rasa sayang sekali seandainya seorang pelajar membazirkan masa dan usia dengan tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Usia muda tidak datang berkali-kali meskipun waktu untuk mengejar ilmu pengetahuan adalah tidak terbatas.

Dulu, zaman mahasiswa aku sarat dengan pelbagai kisah. Tiga tahun… tiga tahun yang tidak pernah mudah. Aku pernah sakit, pernah menjaga ayah yang lumpuh sebelah badan, kehilangan ayah, mendirikan rumah tangga, kehilangan atuk, suami kemalangan, suami sakit dan kemuncaknya emak sakit teruk semasa aku sedang bergelumang dengan final projek.

Ada ketikanya aku rasa sudah tak tertanggung lagi. Dada macam nak meletup. Ada la tiga empat lima kali aku menangis dan menjerit sambil menekup mulut sendiri. Pedih!

Sampai sekarang pun aku boleh menangis kalau mengingatkannya.

Tapi korang tahu apa yang aku perolehi selepas melalui semua itu?

Tak kisahlah kalau korang kata aku nak show off. 6 semester dalam pengajian, cuma sekali aku tercicir untuk sebaris dengan penerima anugerah dekan. Sekali… selepas tragedi kehilangan ayah, selepas bernikah.

Tak tau lah sebab stress atau apa. Tapi semester tu, semua member aku pun drop sama.

Aku rasa, aku menamatkan ijazah aku dengan linangan air mata. Dan… dan dengan jeritan batin.

Tapi hari ini, aku rasa bangga. Dalam segala dugaan dan cabaran tu, aku tetap berjaya. Memang aku berharap dan yakin akan menerima anugerah semasa hari konvokesyen degree. Aku nak buktikan, yang aku tidak tersilap dalam membuat keputusan, yang aku tidak mengalah kepada tuntutan kehidupan, yang aku tidak tewas kepada cabaran, yang aku tidak tunduk pada cemuhan. Dan yang pasti, aku telah kotakan segala janji yang aku lafazkan.

Tak patut ke aku rasa bangga? Aku rasa orang sewel je yang tak bangga.

Encik asben… setelah bertahun memerah tenaga dan otak, berkejar dari opis~rumah~msu, berhujan-berpanas, tak tido malam, tak sempat makan, err… bertekak dengan lecturer… bertekak dengan bini… akhirnya graduate jugak… tanpa pernah mengulang paper.

Dia adalah seorang anak, seorang suami, seorang ayah, seorang abang sulung, seorang pekerja, dan seorang pelajar. Dan hari itu adalah harinya ~ Konvokesyen MSU ke 7, Jun 2010, PWTC.

Berjayakah dia?

Kejayaan di atas kertas bukanlah segalanya. Tapi itulah yang mahu dipandang oleh setiap mata dan setiap jiwa di dunia.

Ini hanya langkah pertama.

Mana tahu ada rezeki tambah title dr. kat pangkal nama.

Aku mahu berdiri lebih tinggi. Bersama dia.

saye: nak power lagi, tambah title professor, boleh ke?

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments