Archive for the ‘baby’ Category

 

saye: cermin kat umah sume tinggi

 

Related posts:

saye: terlebih gula agaknya

Related posts:

***

SAFI DAN LACI

*

*

*

ting* baru kembali dari masa depan…

*

*

*

gaya kuak lentang dari zaman dinasor

*

*

*

ponggah sume isi laci… supaya diri sendiri boleh masuk dalam laci tersebut

*

*

*

laci adalah playground saya

*

*

*

saye: sila kunci semua laci apabila safi mengunjungi kediaman anda, sekian

Related posts:

Baru-baru ni, safi meragam waktu malam, start dalam pukul 10 lebih. Normally, cik kak ni jarang tido awal. Tapi waktu ni, dalam pukul 9 dia dah mula lembik dan tertido. Then, dalam pukul 10 lebih dia akan terjaga dan menangis. Lepas puas dipujuk, dia tido balik dalam 15 minit. Later dia terbangun balik dan menangis. Dan ianya berterusan hampir satu malam.

Kejadian yang sama berulang pada keesokkan malam. Melihat kepada sikapnya yang tak ceria macam selalu, aku pasti bahawa safi tak mengalami sakit fizikal tetapi mebi mendapat gangguan. Kebiasaannya, kalau ada rasa macam dapat gangguan, ayat yang kami amalkan cuma ayat kursi dan tiga kul. Tapi kali ni macam tak berapa mujarab. Mujarabnya sekejap, lepas tu jadi balik.

Jadi, dekat office, ada sorang ustazah yang ajarkan supaya membaca surah Al-Baqarah kerana khasiatnya untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan. Katanya, ayat kursi tak cukup power walaupun ianya juga merupakan ayat dari surah Al-Baqarah. Sebaiknya memanglah kena baca satu surah. Tapi panjang gile kan. Jadi memadai baca dari ayat 1 hingga 30. Baca kuat-kuat.

Khasiat surah Al-Baqarah untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan telah banyak diajarkan oleh Rasulullah di dalam banyak hadis sahih. Malah menariknya, khasiatnya boleh tahan sehingga 2-3 hari untuk melindungi rumah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan (hanya untuk tidur sahaja) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Bacalah surat al-Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.

Intipati surah Al-Baqarah menceritakan tentang asal usul kejadian manusia, dan asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Ia mendedahkan kelemahan syaitan dan kehormatan manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia oleh Allah SWT. Hal inilah yang melemahkan syaitan apabila manusia membaca surat tersebut.

Lepas dapat tau perkara ni, aku terus praktikkan membaca surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 30 selepas solat maghrib. Dan keajaiban itu berlaku. Khasiat surah ini memang nampak kemujarabannya serta-merta. Malam tu, safi tak lagi meragam.

Malah situasi yang sama turut dialami oleh maklin yang babynya sebaya dengan safi. Memang selepas baca surah Al-Baqarah ini dalam rumah, takde lagi baby meragam. Sungguh mujarab.

Kelebihan surah Al-Baqarah juga boleh digunakan apabila berpindah rumah. Sebelum memasuki rumah baru, bacakan surah Al-Baqarah di dalam rumah tersebut. InsyaAllah selamat dari gangguan syaitan selama ianya diamalkan.

Jadi parents di luar sana, sekiranya berhadapan dengan masalah anak yang meragam akibat gangguan makhluk lain, bolehlah cuba amalkan surah ini dengan ikhlas dan yakin.

Wallahualam.

saye: entri sopan :D

Related posts:

If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive.
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.
If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.
If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.
If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.

Jika kanak-kanak hidup dengan kritikan, mereka akan belajar mengutuk.
Jika kanak-kanak hidup dengan permusuhan, mereka akan belajar bertumbuk.
Jika kanak-kanak hidup dengan cemuhan, mereka akan belajar menjadi pemalu.
Jika kanak-kanak hidup dengan keaiban, mereka akan belajar mengaku bersalah.
Jika kanak-kanak hidup dengan toleransi, mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika kanak-kanak hidup dengan dorongan, mereka akan belajar menjadi yakin.
Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan, mereka akan belajar menghargai.
Jika kanak-kanak hidup dengan saksama, mereka akan belajar menjadi adil.
Jika kanak-kanak hidup dengan kesejahteraan, mereka akan belajar menjadi setia.
Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran, mereka akan belakar menghargai diri mereka.
Jila kanak-kanak hidup dengan persamaan dan persahabatan, mereka akan belajar menemui kasih sayang di dunia.

Dorothy Law Nolte, Ph.D. 1972

p/s: terjemahan diambil dari sumber bercetak adalah tidak lengkap maka sila translate sendiri.

saye: sumber asli lebih umphh

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments