Archive for the ‘baby’ Category
Ini blog untuk Safi. Aku dah lama nak upkan tapi tak terbuat langsung. Baru-baru ni nekadkan hati untuk teruskan. Tujuan blog ini sekadar untuk uplod kan photo2 Safi sebab aku malas nak print. Bole juge jadi kenangan untuk cik Safi in future.
Buat masa ni belum siap uplod semua. Ada gambor yang da masuk external tapi aku tak cari-cari lagi. Tapi malas aku nak perap lama-lama blog ni maka dengan lafaz bismillah…
SAYE MERASMIKAN BLOG SAFI
ewah…
Selamat berkunjung ke sini selalu-selalu. Any updates akan diberitahu.
Bai.
saye: my donut ~
Related posts:
1 – 7 Ogos 2010

Kos permulaan susu ibu (RM):
- Breastpump (medela harmony) = 199.00
- Storage bottle (8 pcs ~ safety plus) = 32.00
- Cooler bag (safety plus) = 65.90
- Ice pack (4 pcs ~ safety plus) = 40.00
- Disposable storage bag (300 pcs ~ youhaveababy.com) = 60.00
- Glass feeding bottle (safety plus) = 22.90
TOTAL = 419.80
Anggaran kos di atas adalah bagi tempoh sekurang-kurangnya setahun. Tetapi bagi gadjet seperti breastpump, jangka hayatnya adalah lebih lama, bergantung kepada penggunaan dan penjagaan.

Kos susu formula (berdasarkan survey di forum)
Anggaran kasar (RM)
Sebulan = 100.00
Setahun = 1200.00
Anggaran kos di atas adalah berdasarkan harga susu formula yang terdapat di pasaran. Ianya mungkin meningkat bergantung kepada keperluan bayi terhadap kuantiti dan kesesuaian terhadap sesuatu produk susu. Susu tertentu seperti susu hypoallergenic adalah jauh lebih mahal.


Susukan bayi anda di mana sahaja pada bila-bila masa.

Makan banyak, berat turun dan maintain.
Ibu yang menyusukan akan sentiasa cun. Selain kos yang rendah, anda hanya perlukan sedikit kesabaran dan pengorbanan. Tidakkah anda mahu yang terbaik untuk yang tersayang.
Katakan YA kepada penyusuan eksklusif.
Tahniah kepada yang telah berjaya.
Gud luck bagi yang baru bermula.
saye: kenapa tak pernah ada iklan tv pasal penyusuan eksklusif kat negara ni?
(baca entri tentang penyusuan ibu yang lalu >> Membudayakan Penyusuan Ibu ~ Part 2 ~ Air Kosong)
Related posts:
POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
Okeh, sambung entri part 1 hari tu.
Sebaik sahaja aku mahir dengan cara untuk menyusukan direct, aku tidak lagi membekalkan Safi dengan susu formula. Aku juga tidak cuba memberikan Safi air kosong. Aku memang ada terbaca yang bayi di bawah 6 bulan tidak perlu diberikan air kosong. Ini ialah polisi penyusuan susu ibu yang aku selalu nampak setiap kali buat check up kat hukm.
Tapi aku tak pernah pulak nak selidik dengan lebih mendalam, kenapa bayi di bawah 6 bulan tidak perlu diberi air kosong. Aku cuma agak, yang susu ibu telah lengkap dengan segala keperluan bayi termasuk kandungan air. Sehinggalah aku diberitahu oleh pediatrician kat hospital an nur, yang pemberian air kosong kepada bayi adalah tidak digalakkan. Tapi aku tak sempat nak tanya kenapa.
Maka, bila balik dari hospital, aku cuba google. Dan yang aku temui pada masa itu hanyalah dikatakan air kosong adalah tidak sesuai untuk perut bayi. Itu sahaja.
Agak sukar untuk melaksanakan misi tidak memberi air kosong ni. Tambahan lagi bila dah terbiasa dengan budaya orang-orang lama yang memang akan berikan air kosong pada baby. Aku memang ada cakap dekat mak ngan kakak aku. Dorang ada jugak persoalkan balik tapi aku cuma jawab apa yang aku tahu. Lebih payah lagi, kalau orang cuba nak bandingkan dengan anak masing-masing yang dorang sumbat dengan air kosong dan masih sihat hingga kini.
Aku akan mati kutu.
Tambah pening lagi, kalau ramai pulak yang datang ke rumah, sokong menda yang sama. Bila aku cakap, yang aku tak ajar Safi minum air kosong, dorang akan suruh aku ajar Safi minum air kosong. Menda ni selalu terjadi kalau Safi tersedu. Mesti suruh sumbat air kosong.
Aku memang tensen. Maklumlah, anak aku bukan aku jaga sorang. Kang cakap lebih-lebih orang akan claim aku over, mengada-ngada.
Maka ada la beberapa kali juge, Safi disumbat air kosong. Sehinggalah aku menemui info tentang bahaya sebenar pemberian air kosong kepada bayi di bawah 6 bulan.
Setakat kata air kosong tu boleh membawa pencemaran aku tak takut sangat. Ewah, bley pulak? Tapi bila tahu bahawa air kosong boleh menghakis salutan pelindung penyakit yang telah dibentuk oleh susu ibu, aku rasa sayang sangat. Penat-penat menyusu badan, bagi imunisasi semulajadi, lepas tu kikis balik.
Pembaziran!
Tanpa salutan pelindung penyakit ni, of cos la bayi akan lebih terdedah kepada risiko jangkitan penyakit. Aku ada jugak terpk, thats y la, walaupun bayi menyusu badan, belum tentu dia kebal. Hanya dengan penyusuan eksklusif sahaja yang boleh memberi kekebalan tersebut.
Dan lagi, pemberian air kosong kepada bayi juga akan meningkatkan keracunan air. Sebabnya, air kosong akan mencairkan kandungan garam dalam darah yang akan mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, masalah kembung perut dan menyebabkan sawan tarik.
Ini kang… dah la budak tu kembung… disumbatnya lagi dengan air kosong. Tak dapek den nak tolong.
Dan lagi… bagi bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh menrencatkan akal. Hah… takut kan?
Sesungguhnya apa yang telah Allah ciptakan itu adalah yang sebaik-baiknya untuk kita. Bagi bayi anda yang masih di bawah enam bulan, katakan TIDAK pada air kosong.
Jumpa lagi dalam topik yang sama pada masa akan datang.
Baca part 3 >> Minggu Penyusuan Ibu Sedunia
saye: susu cap gantung
Related posts:
Aku tidak dibayar, diminta, diarah atau dipujuk rayu untuk membuat entri ini.
Ini adalah entri yang ditulis atas dasar SANGAT BERPUAS HATI.
Terima kasih kepada maklin dan kedai Sweetbondanya kerana menjadi pengedar produk2 ini.
Okeh jom review satu-satu barang yang aku beli.
Yang pertama aku beli dari maklin ialah Safety Plus Storage Bottle. Harga masa tu, 1 set (2 pcs) = RM8.90. Tapi bila beli 4 set, harga dia jatuh RM7.90/set.

Komen aku, botol ni okeh. Seswai untuk storage dan juga sesuai untuk feeding (kalau ada bottle teat, sebab set ni tak ada bottle teat).
Safety Plus Glass Bottle pulak, aku dapat gift dari maklin. Sempena kewujudan cik safi. Harga dia kalu ikut dekat kedai SweetBonda itu ialah RM22.90/each.

Komen aku, ok jugak. Botol ni made from glass. Kebaikannya, ia bebas dari segala kebimbangan mengenai bahaya produk yang diperbuat daripada plastik. Bukan itu saje, ianya bebas dari bau masam susu dan mudah untuk dibersihkan.
Produk kedua yang aku beli dari maklin ialah Safety Plus Stylo Mama Thermal Stylish Cooler Bag. Harga masa aku beli ialah RM65.90/each.



Komen aku… beg ini best gilak. Ianya mampu mengisi sehingga 8 storage bottle sekaligus + ice pack + breast pump. Designnya smart dan ringan. Antara produk kesukaan aku. 5 star!
Yang ini paling lastest aku beli. Safety Plus Duragel Ice Pack. Ikutkan dalam blog sweetbonda yang segan nak berupdate tu, masih ice pack yang lama. Tapi yang aku beli ni, keluaran baru punya. Harga RM12/each. Kalau beli 4, harga jatuh RM10/each. Murah kan?

Komen aku… best gilak lagi! Sebab ice pack ni maintain sejuk dari saat aku kuar umah ke opis, sampai balik. Malah ianya berjaya membuatkan ice pack lama aku turut sejuk dan beku sama. Aku guna 4 pcs ice pack ni + 2 pcs ice pack lama (spectra), dan berjaya menjadikan susu kekal sejuk dalam cooler beg lebih dari 10 jam. Boleh rasa lagik ketul-ketul ice pack lama tu yang menunjukkan tahap sejuk yang dibawa oleh icepack ini memang superb. Suke suke suke!
Seterusnya aku membeli buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya. Harga RM10.

Komen aku, banyak panduan berguna di dalamnya. Bagi ibu-ibu bekerja dan bakal-bakal ibu yang bekerja, patut mendapatkan buku ini sebagai panduan dan sebagai sumber maklumat utama bagi membudayakan penyusuan ibu. Malah bagi ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang tidak bekerja juga wajar membaca buku ini kerana maklumat di dalamnya adalah tidak terhad kepada tips bagi ibu bekerja semata-mata tetapi ianya bersifat menyeluruh kepada penyusuan eksklusif.
Produk seterusnya ialah Cocoa Collagen Power Plus. Ekceli aku tak beli produk ni dari kedai Sweetbonda. Tapi sebab aku turut menggunakannya, jadi tak salah bagi testimonial sekali kan? Harganya RM59.90 (3 kotak x 30 sachet = untuk 1 bulan).

Komen aku, setakat ini memang best. Rasanya sedap. Buat masa ni, aku rasa ia telah membantu menyeimbangkan hormon aku. Kenapa aku cakap camtu? Sebab lepas bersalin hari tu, aku ada bleeding berterusan macam period. Mebi memang period. Sedangkan orang lain kalau lepas bersalin esp yang breastfeed sgt lambat dapat period kan. Aku ni memang ada masalah irregular period. So aku tak pelik sangat. Tapi sejak mengamalkan cocoa collagen power plus ni, alhamdulillah, takde period sampai sekarang. Tapi jangan pulak kata aku dapat two blue lines lagik yek. Tidak!
Selain itu, rasanya macam agak mudah nak turun berat badan kot. Haa… yang ni mesti korang suka kan. Later aku akan kabo tentang penurunan berat badan ni. Yippa!
Oh ya… more info about this produk boleh baca sini.
Okeh… tentunya yang paling meletup di kedai Sweetbonda ialah…

Iya… medela harmony idaman ibu-ibu manis yang berjaya aku perolehi melalui contest SweetBonda.com 1st Giveaway. Ibu-ibu manis yang lain jangan cemburu ya.
Harga di kedai SweetBonda ialah RM199. Murah bukan?

Komen? Aih, mungkin aje tak diperlukan sangat. Produk ini sangat femes dan menjadi kegilaan bagi ibu-ibu yang membudayakan penyusuan ibu. Bagi bakal-bakal ibu atau ibu-ibu yang belum memiliki breast pump dan bercadang untuk memiliki satu, aku cadangkan medela harmony sebab ianya ringan dan sangat mudah disumbat ke dalam cooler bag dan boleh diusung ke mana-mana. Kualitinya juga tip-top. Aku baru saje mencuba breast pump ni beberapa kali dan sangat berpuas hati. Ianya berjaya membantu aku mengepam dengan jumlah yang sama sebagaimana aku menggunakan pump jenis letrik.
Malah ibu-ibu baru juga digalakkan praktis pump jenis manual seperti ini supaya terbiasa dalam aktiviti mengepam secara manual sebelum beralih kepada breast pump jenis lain.
Err… kalau ibu-ibu yang terus guna pump letrik macam aku akan rasa janggal sket mula2. Tapi still okeh sebab pengeluaran susunya sama seperti pump letrik. Malah ianya tidak menyakitkan sebab kuasa sedutan adalah dikawal oleh kita sendiri.
Aku ada jugak google tentang Medela vs Avent. Surprisingly aku dapati breast pump medela menjadi pilihan oleh kebanyakan ibu-ibu. Tapi survey yang aku baca tu, 100% datang dari luar Malaysia ya.
Akhir sekali nak ucapkan syabas dan terima kasih tidak terhingga kepada Sweetbonda kerana telah banyak membantu aku dalam aktiviti penyusuan ibu.
Marilah sama-sama membudayakan penyusuan ibu.
Okeh… kalu ibu-ibu mencari produk2 di atas, boleh la dapatkannya di lama web sweetbonda.com.
Caiyok ibu2 semua.
Caiyok maklin! Go sweetbonda!
saye: ingat penyusuan ibu, ingat sweetbonda
Related posts:
Hoyeh hoyeh…
Ingat lagi entri “Am I The Lucky Bonda?” Oh yeah… really… i’m the lucky one!
Suda menang… suda menang! Terima kasih SweetBonda.
Tak menyempat-nyempat aku nak redeem pump idaman ibu-ibu manis ini…

Sanggup aku wat muke tembok kat depan umah maklin malam tu jugak. Tak senonoh aku kan.
Lega rasanya ada dua pump. Yang spectra 3 tu boleh lepak permanently kat opis. Walaupun ianya gabak di samping memerlukan extension segala, ianya telah banyak membantu aku mengepam dengan pantas. Usually dalam 10 mnts dapat lebih dari 4oz. Rekod ialah 10oz dalam 10mnts. Ooo tapi tu cerita lain yek. Ngeh ngeh.
So yang manual ni boleh ku usung ke mana-mana.
Suke suke suke suke.
Kepada ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana, sekiranya berminat untuk mendapatkan breast pump yang bagus, kedai Sweetbonda ada menjual pelbagai jenis breast pump, dari jenis basic sehingga yang superb. Selain itu blog Sweetbonda turut mempunyai pelbagai skim yang membantu anda untuk memiliki breast pump idaman dengan cara yang tidak membebankan. Cepat, sertai mereka sebelum terlambat.
Selain itu, boleh juga dapatkan pelbagai aksesori penyusuan dan set lepas bersalin. Setakat ini, aku telah berjaya meng-kayakan maklin dengan menjadi customer tetap beliau. And honestly, aku sangat berpuas hati dengan most of the product. Later aku akan publish testimonialnya.
Anyway, terima kasih sweetbonda. I love u soooooooo much.
saye: Safi nak ummi pakai pump yang mana?




