Archive for the ‘blogging’ Category

Aku rindu entri-entri kat blog lama. Siyes rindu.

Nasib baik aku ada back up sume entri. Cuma berterabur macam kapal titanic dalam laut. 49 entri terawal semuanya tak bertajuk. Sebab aku back up code dalam database aje. Tajuk tak back up. Dan dan… tade date! Pandai? Memang!

Entri-entri seterusnya aku tatau ada berapa. Nampak semua masih selamat dalam folder. Tapi bila bukak, setengah ada gambar, setengah tade. Nasib kau la.

So sekarang aku dah decide untuk publish balik semua entri-entri tu. Sikit-sikit la. Dan yang terpilih saje. Yang biol-biol tu tayah kot. And of course without all the comments. Memang aku tak back up. Sedih! Huu~~ Komen-komen itu memang ada sentimental value. Tak gitu, bloggers?

So yang aku pernah kata nak melepaskan semua entri-entri lama aku dalam entri Transformasi dulu tak jadi la ye.

Dan satu lagi projek ngeri. Nak susun balik folder images dalam hosting. Huhu… huhu. Kerja ngeri. Sebab itu melibatkan perubahan url bagi banyak image. Ngah ngah… sanggup kah? Selowly… mebi.

Ok tu je nak bitau. In case lepas ni aku tak aktif mem-blog… korang tau kenapa.

Bai.

saye: caiyok!

Related posts:

Sungguh tak boleh blah kan tajuk entri aku… macam sungguh comel dan ayu gitu.

Sebenarnya aku nak kata bedebah kau Nus. Sebab buat aku rasa nak mati sebab ketawa.

Kalau sok sok ko terima sms aku masuk spital dari laki aku, itu disebabkan ko.

Terima kasih sebab kenalkan aku dengan blog itu. Aku tak dapat bitau tru ym or fb sebab aku tau ko tgh gunting kain. Or bungkus kepek.

Korang yang lain nak share? Sorry, ai kedekut. Haa… nganga aje la ye. Sambil maki aku.

Aku rasa ayat entri aku pun dah jadi macam penulisan belog tu.

Ok… tak boleh tulis entri untuk beberapa hari. Sehingga aku tamat baca belog itu, dan membersihkan kepala otak aku dari style penulisan dia. Tak nak la kata copikat kan.

Okeh nus… sila komen.

saya: tadi terhantuk kat keyboard sebab ketawa sambil tahan sore…

Related posts:

Tukar baju lagi… tak mampu nak beli baju hebat2… semuanya in usd belaka… aku takde paypal… malas nak register… korang ada? Maybank2u aku ada le…

Dari rustic-portrait yang lalu…

… cinta beralih arah kepada Wooden Fence … tepuk tepuk tepuk

Aku donlod yang free ajela.. customize sendiri… terima kasih kepada adobe cs3 tersayang… i heart u… walaupun i tak terer…

Yang tak bestnya template ni… takde navigation button utk page… esp utk home. Kalu ada yang kat header tu, kalaupun tade home… aku still boleh tepek kat header.php dia. Tapi template ni, haram tade. Malas la pulak nak design.

Lepas tu… sidebar dia kecik sgt. 161 px je. Pastu ada margin lagi pulak. Adoiyai… terpaksa la aku transfer nuffnang kepada post. Janji ada sudah.

Try gak nak besaukan sidebar tu. Tapi leceh doh. Dia pakai gambar seketul. Cit!

Tapi i still in love dengan ke-cute-an tema floralnya. Eh floral ke? Tak kisah la kan. Janji nampak cute and fresh. I like!

Satu lagi… itu gambo masa muda ye. Sila jangan ketawa. Hahahaha… aku je boleh ketawa!

Err… azam nak modified theme rustic-portrait tu berkubur aje lah ye… hiks hiks!

saye: bila la aku nak design and code template sendiri? Apa? Dalam mimpi?

Related posts:

Howeee… waktu produktif datang kembali. Bulan lepas sakit-sakit belakang duk menggodeh e-commerce plugin kat wordpress, kali ni sampai tak tido malam duk termimpi-mimpi css. Oh betapa i addicted kepada mereka sekarang ini.

Dah lama sangat nak bwat sume n tapi asek tertangguh n rasa malas sungguh. Cik cycledevies memang patut buat parti masa launcing website harmana dengan memberi ucapan dedikasi khusus untuk aku cam ni..

“… dan penghargaan serta jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan saya wie atas kerjasama dan tunjuk ajar beliau membangunkan website ini sehinggalah siap sepenuhnya dan boleh digunakan pada hari ini.”

Ngoh hoh hoh…

Godeh wordpress ni tak susah mana pun. Sesape pun buleh bwat asalkan ada keinginan n sedikit effort. Bukannye complicated macam joomla yang encik naza gaban buncit sebuk jaja ke hulur ke hilir tuh. Berlagak, nyampah aku. (to naza:aku penah instal joomla tapi tak wat menda pun :) )

Kepada uols yang sedang atau bercadang untuk menjalankan bisnes secara online, aku nasihatkan uols belajar sendiri cane nak godeh web tu. Takde la terkial-kial bergantung pada web developer tu nanti. Buang masa n duit je sebab menda tu senang aje. Bley je upah orang untuk install n bwat setting sket masa mula-mula tapi pastu upah dia untuk ajar skali cane nak godeh perkara-perkara tertentu cthnya nak tukar theme. Alahai, takkan theme pun tak leh tukar sndri kan. Pastu kalu tambah sket lagi effort n kreativiti, boleh tukar2 design dia. Belajar la sket guna css. Senang ajes. Jangan kata tatau sebab boleh stadi ok. Online tutorial pun melambak2. Budak skolah pun boleh bwat. Inikan plak graduan IT, klu tak reti… mak aih, rendam je la diploma/degree tu dalam tab mandi.

Sorry… hee….

Macam cik cycledevies neyh… demi bisnes dia yang aku tak pernah dapat diskaun sesen tu pun, aku telah berjaya mengalahkan sifat pemalas dan tak produktif aku pada teknologi dengan menggodeh theme crafty cart ini kepada theme aku sndri.

ni theme crafty cart

nilah hasil menggodeh css, php dll – versi hijau

theme sama versi oren

Theme hasil menggodeh ni takde nama lagi. Hopefully pas n akan berhasil menjayakan theme yang pelbagai lagi. Tapi biasanya hasil keje aku kalu bab-bab design memang hancus punye. Ngeeee…. nak demo boleh layan kat sini. Tapi belum siap sepenuhnya. Ada kureng here and there. Akan diupgrade dari semasa ke semasa. Banyak lagi nak kena tambah.

Sila ambil perhatian bahawa web ini hanya demo sahaja. Tiada apa-apa sale kat situh ok. Jangan le uols gatal2 nak order. Nak try form dia buleh tapi barang nyer takde le. Hohoh.

Pada uols yang nak berbisnes online, atau sudah berbisnes online tapi mahu web/blog yang lebih efisien (dengan shopping cart, of course), boleh contact aku untuk maklumat lanjut. Charge? Boleh dirunding. Heh heh heh….

saye: encik naza, cepat la bwat web ngan shopping cart guna joomla… promot je banyak, hasil takde bwat apa? hohoh….

Related posts:

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Setuju? Kalau setuju mari kita mula memerah otak beramai-ramai sebelum menekan butang add new post pada dashboard blog masing-masing.

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Menurut lecturer program master saye di ukm (dr.mm), anak-anak kita kelak perlu diajar how to think! Ups… ini ala-ala critical thinking dengan thinking technique yang diajor kat universiti je? Kalau dilihat dari dasar, apakah yang begitu perlu menekankan bagaimana cara berfikir kepada kanak-kanak dan remaja? Apakah pengalaman dan perjalanan hidup yang dilalui dari masa ke semasa tidak cukup untuk mengajar manusia cara berfikir yang efektif dan kreatif? Apakah yang begitu serius sehingga dr.mm sungguh-sungguh dalam kuliah kami memberitahu bahawa mahasiswa generasi terkini memiliki daya berfikir yang jauh terlalu lemah berbanding mahasiswa dua puluh tahun dulu? Dr.mm, mungkin saja menghampiri gelaran prof, dengan pengalaman berpuluh tahun sebagai tenaga pengajar di universiti mendapati, meskipun peka dan mahir menggunakan gajet terkini, tahap intelektual mahasiswa kini juga merosot.

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Sedang maklumat di hujung jari, kita manjadi semakin malas. Maklumat dan sumber mampu diperoleh dalam tempoh dua saat. Segalanya bergantung kepada keupayaan teknologi yang digunakan. Dibantu dengan teknologi, kita hari ini hanya perlu membuka search engine, taip keyword, cari maklumat bersesuaian, baca sekali lalu, copy dan paste. Siap! Bayangkan bagaimana orang-orang pada zaman sebelum teknologi maklumat berkembang. Mereka perlu ke library, mencari buku melalui katalog atau terus ke rak, mungkin mancapai puluhan buku dan go through setiap satu, menulis semula maklumat yang dikehendaki di kertas, dan bina semula ayat bagi menjelaskan sesuatu maksud. Meskipun mungkin saja mereka juga terjebak dengan plagiat, namun setidak-tidaknya orang-orang zaman sebelum teknologi maklumat ini, secara terpaksa perlu manyalin apa yang diplagiat secara manual dan bukannya copy paste. Ini bermakna, mereka akhirnya akan membaca apa yang diplagiat dan sekurang-kurangnya tahu apa yang diplagiat. Kita? Copy dan paste, isi mengancam tapi cubalah tanya balik… confirm haram tak tau.

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Pembentangan bajet mini baru-baru ini memperuntukkan sedikit dana bagi memperkembangkan bidang kreatif – satu usaha murni yang patut dihargai. Sedihnya, menteri yang cerdik pandai itu menyenaraikan bidang-bidang kreatif ini antaranya industri muzik, filem dan seni persembahan. Aduhai… itu aje ke? Ketika dr.mm menyebut creative field, pertama yang saye fikirkan ialah bidang penulisan. Sayangnya bukan itu yang diutamakan oleh menteri cerdik pandai itu. Dan tidak silap apa yang saye fikirkan itu adalah sama sebagaimana pendapat dr.mm bahawa bidang penulisan (writing) adalah lebih penting untuk diutamakan. Bukannya menafikan industri hiburan, tetapi cuba korang fikirkan, betul tak sekiranya saye katakan bahawa menulis merupakan antara cara berfikir yang paling mencabar? Sekiranya korang ragu-ragu, cuba pilih satu topik dan tulis mengenainya. Kalau korang boleh menulis dalam masa 10 minit dan berpuas hati dengan hasil tulisan korang serta yakin untuk menghantarnya kepada mana-mana penerbitan akhbar atau majalah, maka tahniah! Saye tidak ragu-ragu bahawa korang boleh sebaris faisal tehrani (lagi? hehehe).

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Setidak-tidaknya kepada diri saye sendiri. Sebab itu, antara berkarya dengan membangunkan sebuah sistem maklumat, saye lebih rela yang nombor dua. Menulis bagi saye satu proses yang seronok juga sengsara. Saye tidak kedekut untuk memberi kredit kepada golongan penulis dan setuju bahawa penulis merupakan golongan cerdik lagi bijak kerana mereka mencipta. Sudahkah korang lupa bahawa mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang?

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Kenang kembali, bilakah kali terakhir kita memegang pen untuk menulis sebuah karangan berunsur cereka? Jangan sedih kerana kita pengguna teknologi yang semakin pemalas. Teknologi tidak pernah bersalah. Kitalah manusia yang tidak bijak mengatur. Kerana itu penggunaan teknologi wajar dioptimum ke seluruh bidang yang pernah wujud. Kontroversi kemunculan blogger tempatan yang berani namun lancang perlu kita sambut dengan positif. Sejarah mengajarkan kita bahawa lama dulu, demi menuntut kemerdekaan dan mencelikkan mata dan nurani anak bangsa, penulis berjuang di dada akhbar. Meski ada yang berjaya dipatahkan oleh golongan pemerintah, muncul pula golongan penulis yang menulis di akhbar yang lain (meskipun bukan mudah untuk menerbitkan akhbar pada zaman itu). Nah, akhbar hari ini mungkin dipegang dan dijaga seratus-peratus oleh kerajaan namun sekatan apakah yang mampu dibuat ke atas blog-blog yang boleh dibuka dalam masa 2 saat? Satu pergi sepuluh mari!

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Atas cabaran itu, baik diri saye sendiri dan korang semua, marilah kita mula berfikir. Sekiranya bukan untuk menulis, sekurang-kurangnya untuk blog kita yang tercinta. Berfikirlah apa yang ingin kita mahu orang lain baca dan melihat diri kita. Bahawa sekeping gambar yang kita upload pun mampu bercerita tentang fikiran kita, mesej kita sehingga tahap intelektualiti kita kepada umum. Usah sekadar copy dan paste sesuatu maklumat lantas mendakwa ianya sebuah dakwah. Blog merupakan medan yang tidak terbatas untuk kita mencerna buah fikiran dan ideologi yang kemudiannya boleh dibaca dan dibahaskan. Rasanya tidak pernah salah untuk bercerita tentang aktiviti kita sehari-hari. Kerana kehidupan juga satu pelajaran. Penjelasan yang ringkas dan bersesuaian sedikit-sedikit akan mengasah skil menulis dan berfikir kita dari semasa ke semasa. Pesanan ini khusus untuk diri saye sendiri juga. Haih! Tetapi mahu ingat ya, sebelum boleh berfikir dan menulis kita perlukan input iatu MEMBACA.

Okey sudah berfikir? Kalau sudah mari tekan butang add new post dan muntahkan buah fikiran korang pada kotak putih itu. Sudah? Dengan senang hatinya tekanlah butang publish :)

saye: sekali-sekala poyo best juge.

Related posts:

Adv
About Me

the name is widura.

seorang anak, isteri, ibu, pendidik, pelajar.

suke pada kesederhanaan, bukan kesempurnaan.

Facebook

Widura Abd Kadir

Archives
Categories
Recent Comments